Entri Terbaru

Kita pinta sesuatu tapi Allah beri apa yang perlu.


Assalamualaikum readers..
macam mana dengan hari anda hari ini?
semoga semuanya berjalan lancar serta dipermudahkan segala urusan kita.
Pernah tak kita berfikir dan tertanya-tanya kenapa kadang kala Allah tak tunaikan permintaan kita? tapi dalam pada masa yang sama Allah beri kita sesuatu yang lain yang lebih kita perlukan dari apa yang kita pinta itu sebenarnya.sebenarnya Allah ada perancangan yang lain buat kita, mungkin belum tiba masanya lagi untuk kita mendapatkan apa yang kita pinta itu dan mungkin Allah nak tengok sejauh mana kita terus meminta pada-Nya. Jangan bersangka buruk pada Allah kerana Allah ada perancangan tersendiri buat hambanya. Teruskanlah berdoa dan meminta tanpa henti, mana tahu dalam masa 40 hari kita berdoa, ada satu hari doa kita itu dimakbulkan. Yang penting jangan cepat putus asa dengan rahmatnya dan sentiasalah memanjatkan kesyukuran setiap apa yang diberi.

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". 
(HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Mohonlah kepada Allah s.w.t keampunan serta kesejahteraan. Sesungguhnya kurnian yang terbaik untuk seseorang itu selepas mendapat keyakinan ialah mendapat kesejahteraan hidup." 
(HR Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan".
(HR Hakim dan disahkan oleh Adz Dzahabi)

9 comments:

  1. jangan lupa berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin..suka baca entri yayayg macam ni..

    ReplyDelete
  2. menarik entry kak yaya ni... :) best baca... :) betul tu,kita cuma minta tapi allah yang bagi kan?

    ReplyDelete
  3. Berdoalah lah dik...Kerana Allah maha mengetahui apa yang kita inginkan.,.walaupun DIA menggantikan dengan yang lain...bersyukurlah dengan apa yang kita apa...:)

    ReplyDelete
  4. betul tu yaya.. hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. yang penting jangan putus asa untuk terus berusaha dan berdoa agar diberikan yang terbaik..

    ReplyDelete
  5. hanye Allah yang tau mane terbaik untuk kite.. yang penting kite redhakan dik..

    ReplyDelete
  6. Allah yang menentukan segalanya, kita sebagai hamba mintalah apa sahaja.... pasti didengariNya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..nice sharing yaya =) yg pntg selalulah positif dn yakin pada Allah..Dia lbih thu yg terbaik bt kita

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...