Entri Terbaru

Peristiwa berdarah 30 Ogos


Assalamualaikum semua, diharap korang semua sihat sejahtera. Mari kita panjatkan kesyukuran pada Allah kerana masih beri kita peluang untuk meneruskan kehidupan dan Yaya teramat syukur sekali kerana diberi peluang kedua untuk hidup kalau tidak Yaya akan pergi 7 tahun lepas dan CCY pun tak akan wujud. Seram la pulak tengok gambar tu lelama. EErrrrr.. Ini kisah 7 tahun lepas. Al-kisah depan rumah Yaya ni rumah tok sidang, jadi macam biasa setiap tahun akan ada sambutan ambang merdeka. Kalau nak pergi rumah dia memang kena lintas jalan je la kan. Malam tu dalam pukul 8 lebih Yaya dah gerak dah dengan mak, kakak dan adik. Tunggu punya tunggu, makan punya makan sambil tengok pertandingan yang sedang berjalan, nak pergi tandas la pulak. Yaya pun dengan muka tak malu p la minta izin isteri tok sidang nak tumpang tandas 2 kali okay.. tetiba terasa nak ke tandas lagi, dalam hati (hadui takkan nak tumpang lagi) naik segan Yaya rasanya, jadi nekad ni nak balik rumah lagipun rumah depan jer kan? Malam tu ada gak rela yang jaga. Yaya pun ajak la kawan kampung. Dah setel dengan hal tandas, jadi kami pun nak pergi la balik rumah tok sidang. Bila tengok keadaan kereta lalu lalang terlampau banyak jadi Yaya ambil keputusan berhenti di tengah, bila tengok line clear je kami pun melintas, tapi dengan terlalu pantas Yaya langsung tak sedar diri. Bila bukak mata je dah ada kat hospital.

Memang tak rasa pape la, bila tanya mak rupanya Yaya kena langgar. Masa dok atas katil tu, Yaya diam je, angguk2 dan cakap pun macam nak tak nak. Penat kot kan. Bila nak simen kaki yang patah tu baru la Yaya terasa bahawa kaki Yaya cukup sampai lutut je, rasa macam kena potong..sedih wow! 5 hari terlantar dihospital dan mak abah yang setia menjaga. Thanks mak abah. Yaya sayang mak abah <3. Bila dengar cerita baru Yaya tahu, Yaya kena langgar then melambung ke jalan sebelah selepas kepala terhantuk di cermin depan kereta. Polis siap tunjuk gambar lagi, cermin yang retak tu. Bulat macam kepala Yaya (kuat tak?) Yaya terus pengsan masa kena langgar tu. kejadian tu memang cepat sangat. Alhamdulillah masa tu jalan raya lagi sebelah tiada kenderaan kalau tidak....Thanks kepada abang kat kampung ni yang telah mendukung sebab nak selamatkan Yaya (mak kata la). Thanks pada semua orang kampung masa tu jugak. Mak kata masa dalam ambulans mulut dan hidung Yaya keluar darah banyak, tu yang mak takut sangat. Kalau Yaya berada kat tempat mak pun Yaya takut. 3 bulan Yaya tak pergi sekolah, datang sekolah pun betul-betul nak exam je. 

Peristiwa tu dah tujuh tahun berlalu tapi kesanya sampai sekarang, kaki Yaya yang patah belah kiri ni tak boleh nak banyak berjalan, kadang2 dia nyilu dan sakit. Waduh, dugaan Allah ^_. Tapi dulu masa lepas bukak simen, Yaya kerap kali rasa nak pitam sampai menangis menahan sakit tu. Allah saja yang tahu. Itulah cerita merdeka Yaya yang kekal dalam ingatan. 30/8/2006 ---> 30/8/2013
Tapi dalam tarikh Yang sama juga sepupu Yaya dekat pahang kemalangan, dan Allah lebih sayangkan dia. Al-Fatihah.

22 comments:

  1. alhamdulillah xde ape jd kt yaya skg..cume kebiasaan klu da accident mmg amik mase juga nk sembuh luka dalaman tuh nasib yaya xdepape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..
      tapi Yaya still rasa sakit kaki bila jalan lama..

      Delete
  2. Al-fatihah. semoga yaya sihat juga :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah yaya msh di beri kesempatan bernafas di bumi Allah nie..Al-Fatihah buat sepupu yaya

    ReplyDelete
  4. Kuasa Allah tu lebih indah kan dik....
    Al-fatihah buat sepupu adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik akak. Allah dah rancang sesuatu yang indah buat adik ^_^

      Delete
  5. ok sy nangis baca entry ni.. sedih dan sgt takut hal2 begini :) semoga kita sentiasa di lindungi Allah amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alooo sweetnya awk dear sampai menangis..
      amin..
      semoga kita sentiasa dilindungi ^_^

      Delete
  6. subhanallah...Allah sayangkan yaya,tu diberi ujian macam tu.jaga kesihatan elok2 ye..ada yang kata kalau ada anggota badan pernah patah,kena kurangkan minum ais,nanti ngilu.al-fatihah untuk sepupu yaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak..
      Allah masih beri Yaya peluang untuk hidup dan berjuang.
      thanks untuk tipsnya tu

      Delete
  7. la ye ke?sian yaya..al fatihah buat kazen yaya...:'(

    ReplyDelete
  8. sabar ye yaya..kak zara tahu yaya seorang yg tabah..Al -fatihah kepada arwah

    ReplyDelete
  9. sy pernah kene langgar sampai melambung 2 kali...tapi,bernasib baik sebab x der kecederaan luar...2x pon motor yang langgar..tapi,skunk terase sengal-sengal jer kat kaki,kekadang menggigil....cume naseb kite x jadik lebih teruk sampai kene potong dsb...syukur sangat...hehheheh...alfatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah bt sepupu yaya..truk juga ye xcident tu..ape yg lggar yaya?? dah mcm kena pukau je smpai xsedar..hu3 kaki sy ni smpai skrg xbaik2 lg..alamatnya kena msukkn besi la =) sbar jelah..Alhamdulillah la yaya ok..kalau x..mmg dh xkenal skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ^_^
      kena langgar kereta..
      tak sedar means pengsan la fais..hehe

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...