Entri Terbaru

Perkara paling jauh dari kita.

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya kepada anak muridnya : 
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab : "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang" .
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah BENAR.
Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

=====================================================================

 Assalamualaikum semua..mari kita panjatkan rasa syukur kerana masih lagi dapat bernafas hari ini dan jangan lupa berselawat kepada junjungan besar Nabi kita. Pernah tak kita berkata sebegini "kalaulah aku dapat mengundurkan masa", "kalaulah boleh berpatah balik". Mungkin terlintas dibenak hati kita untuk kembali semula kepada masa lalu, tak kisah la masa kita kecil, dewasa, sedang bersekolah, sedang bercinta atau apapun jua keadaan kita. Tak usah tipu kerana Yaya juga pernah terdetik sebegitu tapi Yaya sedar masa lalu tak dapat diputar balikkan. Ada pelbagai peristiwa yang membuatkan kita mahu kembali ke masa lalu, mungkin mahu merasa kembali saat riang ketika kanak-kanak atau mungkin mahu merasa kemanisan ketika sedang berbahagia bersama insan yang kita sayangi yang mungkin sudah pergi jauh meninggalkan kita atau mungkin mahu perbetulkan kesilapan, khilaf kita suatu ketika dulu. Tapi kebanyakkannya pasti mahu mengundur masa kerana mahu menebus segala salah silap kita pada Yang Maha Esa.

Masa lalu akan tetap menjadi kenangan buat kita dan kerana masa lalu jugalah kita mampu berubah kepada arah yang lebih baik. Masa lalu akan sentiasa menjadi peneman hari-hari kita tapi jangan sampai masa lalu itu memakan diri kita sendiri. Masa lalu mengajar kita tentang pelbagai erti dan yang paling penting masa lalulah mengajar erti sebuah kehidupan, erti sahabat, kasih sayang, pengorbanan dan banyak lagi.Tapi rugilah jika kita tidak mengambil apa yang telah terjadi di masa lalu sebagai suatu pengajaran dan mengulangi lagi untuk kali kedua dan seterusnya. Masa lalu kan tetap dipanggail masa lalu dan terus menjadi kenangan. Masa lalu juga merupakan penasihat kita untuk kehidupan yang mendatang.
~Belajar dari pengalaman.~

11 comments:

  1. betul jugak tu sis..kita tak dapat putarkan masa kembali ke asal..

    ReplyDelete
  2. masa yang berlalu, biarkan berlalu, jadikan sejarah dalam hidup.... nice sharing yaya..

    ReplyDelete
  3. masa yang telah berlalu jadikan pengalaman..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulliah fizi suka entri yaya^^..bagi fizi pula hargailah masa yang ada untuk bertaubat serta memohon ampun dan rezeki dari-Nya..

    ReplyDelete
  5. jadikan kesilapan lalu sebagai pengalaman yang mematangkan diri kita..

    ReplyDelete
  6. setuju, biarlah apa yang terjadi di jadikan pengalaman dan tauladan.. semua itu ada hikmah yang kita tak ketahui

    ReplyDelete
  7. Masa lalu yang menjadikan diri lebih berpengalaman, meskipun perit dan pahit tapi telan juaa..

    ReplyDelete
  8. betul 2..sbb 2 la masa lalu kita yg pling jauh..sbb kita sedar yg kita xmgkin akan berptah balik..kalau boleh, pasti ramau je yg berpatah blik buat baik2 je..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...