Entri Terbaru

Raya pertama kali ni berbeza.

Assalamualaikum semua dan selamat berhari raya. Macam mana raya kali ni? Meriah tak? mestiadik-adik dan anak-anak kita sibuk kumpul duit raya (termasuk Yaya la sekali)..hehe.. terasa lagi diri ni kecil, selalu makcik-pakcik akan bagi duit raya pada anak buah mereka yang maish belajar. Ada can lagi la ni kan Yaya.
Entri raya pertama yang berbeza ni adalah sambungan untuk entri adakah raya kali ini akan semeriah seperti dulu
Pastinya raya pertama kali ini berbeza, kalau sebelum ini dipagi raya Yaya, abang, adik akan bersalaman meminta maaf pada mak dan abah tapi pagi tadi abah cakap "dah tinggal sorang je" sebab abang temankan adik di hospital sungai buloh. Sayu je dicampur dengan sunyi sepi tanpa gurauan adik dan abang. Kakak Yaya pula tahun ni giliran mertua raya pertama, bertambah la sunyi. Lepas je salam kami akan pergi ke rumah nenek dekat sebelah rumah dan kemudian nenek dekat sawah pula lepas tu akan pergi kerumah makcik sehingga malam. 

Tapi hari ni lepas je bersalaman dengan nenek dekat sebelah rumah terus gerak pergi lawat adik dekat hospital langsung tak sempat nak singgah rumah nenek sawah. Kami bertolak dalam pukul 11 pagi dan sampai dah nak dekat pukul 1 petang. Duduk-duduk je la tengok adik makan, alhamdulillah adik dah semakin berisi. Kalau tidak dulu nampak tulang dekat pipi dia. Alhamdulillah berkat doa blogger semua juga adik Yaya semakin sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mak dan adik Yaya. Yang penting kita berusaha dan selebihnya kita serah pada Allah. Petang tu kakak sekeluarga pulak sampai. Lama jugak dekat hospital tu, lepas solat asar kami pun pulang ke rumah. Baru je sampai tadi pukul 7 malam. Memang la Yaya ni tak reti penat. Dah kurang la penat sebab nak hentam tidur dalam kereta. Yaya ni kalau duk kereta sekejap je dah lena sebab takut pening nanti mula la nak muntah (mabuk darat)..pape je la.

Malam ni kami tak pergi beraya, besok baru nak start jalan rumah saudara. Malam ni rehat je kat rumah(penat). Raya kali ni tak sempat tangkap gambar satu family lagi, tunggu adik keluar dulu baru lengkap. Alhamdulillah khabarnya besok adik dah boleh keluar. ^_^ Terima kasih Allah.

 gambar adik n abang dekat hospital...

8 comments:

  1. jangan putus2 berdoa ye yaya..moga adik yaya bertambah sihat dan kembali menceriakan hari2 keluarga yaya..sabar ye yaya..:)

    ReplyDelete
  2. Laa kesiannya. Moga tabah menghadapi dugaan ini. Saya doakan orang tersayang Cik Yaya akan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. x pe...rayekan sebulan...heheheh...sabar yek!!!heheheh...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...