Entri Terbaru

Hati ku yang merintih.


Assalamualaikum semua , bersyukur kerana Yaya masih dapat lagi menaip disini walaupun rasanya dah lama membiarkan ruangan luahan hati ini kosong dan terbiar tanpa sebarang kata cinta yang selalu menjadi peneman hati. Sejak blog tak berupdate, pengunjung pun makin kurang, sangat la sedih. Tapi kekurangan pengunjung bukanlah faktor utama yang mengundang kesedihan yang Yaya sedang alami. Entah la, Yaya tak tahu nak terangkan macam mana, blank, KOSONG...hanya itu saja yang Yaya mampu kata. Masalah? pasti semua orang tak lari dari masalah bukan. Yaya pun begitu. Banyak masalah yang mencucuk dinding hati ini perlahan-perlahan sehingga membuatkan Yaya rasa sakit yang amat sangat. Sakit yang hanya Yaya seorang sahaja yang rasa. Masalah dengan kawan-kawan? Sama sekali tak. Masalah lain yang entah dari mana ia bermula dan Yaya berharap akan ada pengakhiran yang bahagia. Ini sama sekali lagi bukan masalah cinta dan yang berkaitan dengannya. Entahlah. Blank + kosong sangat ni.Hanya mahu menangis dan meraung dengan kuatnya. Ya Allah aku sedih dan berduka. Hanya Allah sahaja yang tahu segala apa yang Yaya rasa sekarang ni.

Ya Allah, aku memerlukan kekuatan dari-Mu. Berikanlah ketabahan agar aku mampu mengharungi semua masalah ini dengan kuat dan tanpa lemah. Jangan biarkan aku kecundang ditengah jalan. Berilah berita bahagia disetiap kesedihan yang melingkari hati ini. Biarkan senyuman terus terukir dibibir ini walaupun duka datang bertalu-talu. Aku mahu tetap kuat. Permudahkanlah setiap urusanku Ya Allah. Amin

29 comments:

  1. Semoga yayah tabah. Allah bersama yayah selalu. :)

    ReplyDelete
  2. Yaya... be Strong.. banyakkan berdoa dan jangan berputus asa untuk meminta pertolongan dari Nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..semoga Yaya kuat hadapi semua ujian ini ^_^

      Delete
  3. don't worry sis, sume ade hikmahnya..it's all already planned by Allah :)

    anyway, jemput support segmen fifi :)

    http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/09/segmen-my-feveret-book-everrr.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..amin..thanks dear,,
      insyaAllah kalau ada masa yaya join..quite busy right now dear

      Delete
  4. salam yaya :) doa banyak2 pada Allah semoga hati dan perasaan yaya tak kosong.. Allah ada bersama syg :)

    ReplyDelete
  5. setiap kali sy rasa down, sy akan ingat hadis ni.. hope Yaya sabar.. diriwayatkan Imam Tirmidzi disebutkan: “Sebaik-baik ibadah adalah sabar menunggu jalan keluar.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear untuk sebaris ayat yang amat bermakna ini ^_^

      Delete
  6. bertabah la cik yaya, semoga ada jalan yg bercahaya dihujung pencarian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..semoga sinar itu memberi senyuman yang indah

      Delete
  7. Sebaiknya apa jua masalah yg menjerut hati dikongsi secara berterus terang dgn orang lain, seeloknya dgn org yg paling rapat dgn kita dan bukan disimpan kerana takut ia semakin mencakar hati...

    Apapun kpd Cik Yaya semoga di hujung terowong akan ada satu sinar ceria menanti, insyallah...

    ReplyDelete
  8. Amin..semoga tabah dan kuat atas ujian ini..ujian ni adalah tanda Allah syang kepada kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..insyaAllah sedang mengumpul kekuatan

      Delete
  9. Replies
    1. mybe kejutan kot...memerlukan kekuatan

      Delete
  10. semoga kak yaya tabah menghadapi ujian ini :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. culture shock mybe..huhu..kena rushing everyday..rehat pun cukup2 je..sob sob

      Delete
  12. salam..yaya rindu kampung ke..rindu family kot...biasakan diri..semua orang merasa seperti mana yaya rasa sekarang...kuatkan semangat ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya tak la homesick sgt sbb dah biasa kan stay hostel. cume mungkin stress sikit sbb nak pakai byk duit kan

      Delete
  13. Yaya kena kuat tauu..
    Tak moh sedih2x..
    Allah ada..
    tau tau tauuu :)

    ReplyDelete
  14. No matter what it is, bersabar ya? Don't lose hope/faith in Allah, He always be there for you. Keep praying that He will make things easier for you or for those who you truly love.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...