Entri Terbaru

Kisah si budak baru.


Assalamualaikum semua.. Mari panjatkan syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.. Dah lama rasanya Yaya tak update blog kan? Maaf Yaya sibuk dengan MDS dekat uitm ni..maklumlah baru je daftar kan kena lah menjalani sesi orentasi yang amat memenatkan.. okay cerita pasal orentasi kita tangguh dulu..ni nak cerita selepas orentasi.

Dalam bilik Yaya ada 4 orang termasuk Yaya dan bilik Yaya di tingkat yang paling atas sekali blok b.. pergh..memang kurus la Yaya kalau macam ni..baru cadang nak gemukkan badan..kuang kuang kuang.. roomate Yaya semua lain negeri, perak, johor dan kelantan.. Alhamdulillah mereka semua satu kepala dan cos kami pun ada pasangnya..mean 2 dari pengajian bahasa dan 2 lagi Tesl.. memang perancangan Allah itu hebat, Allah memudahkan kami untuk berada di sini. Alhamdulillah. 

MDS kami habis dalam pukul 12 lebih dan petang tu kami bercadang mahu melawat fakulti sambil nak pergi menara sebab nak tengok lokasi pejabat pos sebab nak pos barang nanti senang la kan. Kami pun gerak la dalam pukul 4 lebih. Sebelum nak naik bas tu kena la tanya dulu aka senior kan nak naik bas mana karang sesat la pulak. Nasib baik bas free, yang berbayar pun ada. Terpulang la kita nak yang mana kan ^_^

Naik je bas, terus la menuju ke menara. sampai je..peeerghhhh...banyaknya tangga.. macam naik dekat batu caves tu dah..penat kot..balik kolej naik tangga, pergi sana sini semua tangga lah..memang terbaik.. sampai atas menara tu..wow besarnya keadaan dalam u ni kan. maklumlah Yaya ni dulu dok sekolah je kan, macam batak la sikit. hehe. Pusing-pusinh dekat menara. lepas siap turun la kunun-kununnya nak usha la Akademi Pengajian Bahasa tapi tak jumpa. mana tah kami sesat. Jalan punya jalan mencari busstop sebab bas takkan berhenti kalau kat tepi jalan. Jalan punya jalan rupanya kami pusing balik lalu pintu depan nak masuk uitm nih..memang penat la kan. Tengah jalan terjumpa satu tempat air pancut dan ada macam kolam. apalagi kami bergambar la. Memang cantik tempat tu, siap je tangkap gambar kami teruskan perjalanan yang entah kemana arah tujunya..kira-kira 20 minit berjalan akhirnya nampak jugak bustop. Alhamdulillah.. Tak lama lepas tu bas pun sampai, abang driver tu tersenyum sebab dah dua kali dia ulang - alik tengok kami berjalan..hahahaha..sampai je kolej, kami beli bungkus makanan then balik bilik. Memang best. Pengalaman kan. ^_^ Malam tu memang pengsan semua dah la baru lepas MDS, penat tak habis lagi dah merantau. saksikanlah aksi2 jelajah kami ^_^.












dekat pintu utama..









pendpata? besar tak?







hari-hari la tengok kapal terbang..



9 comments:

  1. bergambar sakan...saya telah isi tabung nuff anda.

    ReplyDelete
  2. wahh! new life kn.. enjoy ur life there dear :)

    ReplyDelete
  3. Happy study yaya..moga berjaya :)

    ReplyDelete
  4. cantik gambar..moga berjaya ye yaya..jaga diri elok2 tau..=D

    ReplyDelete
  5. banyak nyer gambar..dah jumpa akwan baru jangan lupa akak tau?

    ReplyDelete
  6. yaya chan, orientasi la, bukan buah oren. hahaha

    wah lepas ni ramai la yang menjadi model dalam blog eh.


    p.s: adik ku sudah melangkah ke alam dewasa. selamat membesar dik.. *tisu please!

    ReplyDelete
  7. Teena pernah jadi PM masa MDS dulu. Ni uitm mana?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...