Entri Terbaru

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Alhamdulillah masih mampu menaip dengan kesibukan hari. 

"kalau tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya", "usaha tangga kejayan" "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" dan banyak lagi peribahasa yang membawa maksud jika kita berusaha dari bawah akhirnya kita mampu memperoleh kejayaan. Peribahasa yang memang layak untuk kita renungkan. peribahasa ini juga mampu memberi semangat pada diri sendiri. Kalau kita tidak berusaha mana mungkin kita akan dapat hasilnya bukan? Rezeki tak akan datang bergolek kalau bukan kita yang mencari. Rezeki ni banyak cabangnya, mempunyai ilmu juga rezeki yang Allah beri, ada anak juga rezeki, ada keluarga juga rezeki, kaya juga rezeki dan semua yang kita peroleh juga adalah rezeki. Tapi jangan pula kita sombong bila rezeki kita melimpah ruah dan biarlah mencari rezeki itu daripada yang halal sahaja.

Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi hambaNya Mukmin yang berusaha (mempunyai pekerjaaan)".
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezki yang halal". (Hadith Riwayat al-Dailami)

Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:"Manusia yang paling berdukacita pada hari kiamat kelak ialah orang yang berusaha mencari harta yang tidak halal(haram). Maka ia akan masuk dengan sebab itu ke neraka".(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".(HR Abu Daud)


Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah: 11)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (al-mu'minun:1) 


Bila kita peroleh rezeki jangan pula kita leka dan lupa siapa yang telah memberi rezeki pada kita iaitu ALLAH. ALLAHUAKBAR.. (katakan dengan yakin dan dalaminya sehingga menitis air mata).

~AUTO PUBLISH~

12 comments:

  1. Betul tu cik yaya...
    Rezeki datang tanpa diduga.. Bila kita menerimanya bersyukurlah pada Yang Maha Pemberi..
    InsyaAllah ade lagi rezeki yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. betul tu awak... rezeki datang daripada segenap pelusuk. hanya perlu sabar dan berdoa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum cik yaya, sheila nak ajak awak join review blog 2.0 sheila ni :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html

      Delete
  3. betul tu. banyak cara nak peroleh rezeki asalkan rezeki punca dari yang halal & mendapat keberkatanNYA :)

    ReplyDelete
  4. ye yaya..dIA boleh beri dan DIA boleh tarik kembali...

    ReplyDelete
  5. betul tu yaya.. bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan..

    ReplyDelete
  6. betul tu yaya..bila dapat rezki bersyukurlah..yg penting jangan lupa diri..

    ReplyDelete
  7. nice share..

    "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
    (13:11)

    ReplyDelete
  8. rezeki tu datangnya dari Allah..
    tapi kita sebagai hambaNya haruslah berusaha.

    jom singgah..
    sebarkan ilmu..
    www.freevitamin.my

    ReplyDelete
  9. btol 2 Yaya =) rezeki ni byak maksudnya..Alhamdulillah bersyukur dgn apa yg ada..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...