Entri Terbaru

Murah hati tinggi budi.

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan kehidupan seharian sebagai penuntut pula di sini. Kali ini Yaya nak kongsi serba sedikit ilmu yang Yaya ada dengan korang semua. Murah hati tinggi budi. Bila berkata tentang ini bagi korang siapa yang dikatakan murah hati? Orang yang selalu memberi bantuan atau orang yang selalu tersenyum? Papetah soalan Yaya ni kan? Orang murah hati ini sering dikaitkan dengan insan yang suka menderma iaitu membantu orang lain yang susah dengan pelbagai bantuan.

Tak perlu tunggu kita untuk menjadi kaya baru kita mahu menghulurkan bantuan. Beri bantuan itu bergantung kepada niat kita untuk membantu dan yang paling penting ianya ikhlas. Bantuan atau kata lainnya sedekah. Sedekah ini pula terbahagi kepada dua iaitu sedekah fizikal dan sedekah yang tak nampak.

Sedekah fizikal ini seperti bantuan dari segi wang ringgit, makanan, pakaian, barangan dapur dan pelbagai lagi bantuan yang kita nampak. Sedekah tak nampak ni pulak seperti pujian, nasihat, ilmu, bantuan tenaga dan seangkatan dengannya. Banyak cara disebut sedekah. Senyum pun sedekah. Hati yang terluka bisa terubat walaupun sedikit dengan senyuman yang kita lemparkan. Korang sedekah apa hari ni?

Pernah tak korang sedekah walaupun duit korang masa tu pun tengah sikit tapi bila korang derma korang rasa duit korang tak pernah kurang? Jangan ragu-ragu bila nak menderma dan jangan risau korang akan jatuh miskin kerana Allah sentiasa menolong hambanya. Kalau hubungan kita dengan Allah tidak dijaga, dunia kita tidak akan teratur dan sering ditimpa masalah tanpa kita sedar. Oleh itu jagalah hubungan kita dengan Allah. Okay la sampai disini sahaja entri kali ini.. Jumpa lagi ^_^

21 comments:

  1. Betul tu, kak. Kadang2 apa yang disedekahkan oleh yang tak mampu kpd yg mampu dpt buat hati tersentuh gak. Bersedekah ni tak menunggu kekayaan. Apa yg kita ada dan mampu, itulah dia.. :)

    ReplyDelete
  2. Allah sentiasa membantu hamba Nya selagi mana hambanya itu berprasangka yang baik-2 pada Nya

    ReplyDelete
  3. betul tu, derma lah walaupun dengan jumlah yang sikit, insyaallah... kita akan mendapat ganjarannya..

    ReplyDelete
  4. Assalam.. mmg betul, x perlu nk tunggu kaya baru nk bersedekah.. sedekah ni boleh dgn pelbagai2 cara kan.. klu rajin bersedekah, in shaa Allah kaya hati dan jiwa.. harta pun berkat..

    ReplyDelete
  5. nice entri yaya..:) fizi lebih suka sedekah yang x menunjuk2..lebih kepada secara spontan..faham kan...

    ReplyDelete
  6. menarik entry kak yaya ni,hehe :) betul tu.. :)

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar ceramah seorang jutawan yg berkata utk berjaya dlm kehidupan kita tak boleh kedekut berderma, terutama kepada anak yatim. Katanya bila kita membuka satu pintu (utk berderma), Allah akan membuka enam pintu rezeki, wallahualam....

    ReplyDelete
  8. pernah jugak dema kat org yang memerlukan time tu mmg duit cukup2 je...
    sbb ada orang lain yang lebih memerlukan...

    http://abgdude.com/blog/2013/10/04/header-kini-bertukar/

    ReplyDelete
  9. Betul tu . Kalau kite bersedekah , apa yg ada kat kite takkan berkurang tapi makin bertambah .

    ReplyDelete
  10. Inshaa'Allah kalau kita mmberi dgn ikhlas..Allah pasti menambahnya =) hrini bersedekah dgn senyuman je..he3..snyum tu pasti..nice sharing Yaya

    ReplyDelete
  11. betul tu yaya.. lagi banyak kita memberi, insya-Allah kita akan merasa cukup dan bersyukur selalu.. paling mudah sedekahkan senyuman, kata-kata penghargaan dan nasihat..

    ReplyDelete
  12. bila nak sedakah , buat jer . jgn fikir duit yg tggl tu cukup ker tak utk kita ...

    ReplyDelete
  13. yup..yup..kalau tak dgn wang ringgit.. cukuplah dengan perlakuan untuk meringan beban seseorang.. small things also count..

    ReplyDelete
  14. senyum pun kira sedekah jugak kan?

    kita nak sedekah hati kita pada orang lain, tapi orang tu tak nak. huhu

    ReplyDelete
  15. betol tu sayang....sedekah perlu lah ikhlas..walupun nilai dia tak berapa sangat...
    kerana nilai keikhlasan tu lebih penting

    ReplyDelete
  16. Betul..bila kita sedekah dgn hati yg iklas..Alhmdullilh dapat ganjaran yg lbih dri yg kita sedekah tu...=)

    ReplyDelete
  17. Ada org penah ckp... lepas kita sedekah, walaupon sikit kita akan rasa puas hati. Rasa seronok sbb sikit sbnyk kita dpt tolong org.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...