Entri Terbaru

Kita semua sama saja.

  ----> 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Kali ni gigih nak menaip walaupun kat luar tu bunyi dentuman kilat dan petir yang membuatkan Yaya kecut perut. Kali ni entry Yaya beremosi sedikit... Sebab? Sebab apa nak emosi tetiba ni?

Sebab apa lagi kalau bukan sebab perangai dan sikap segelintir manusia yang tak reti nak menghormati hak orang lain. Marah...marah...marah...Yaya marah walaupun dia tak buat dekat yaya..nasib baiklah tak jadi dekat Yaya..kalau tak bertambah lagi amarah ni rasanya... ASTAGHFIRULLAH... ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini..

Yaya nak cerita ni...apabila mengatakan soal hormat menghormati orang lain, terdapat banyak cara untuk hormat dalam setiap perlakuan kita. Untuk entri kali ni Yaya nak tekankan pasal hormat orang ketika sedang beratur. Beratur? Banyak tempat kan kita selalu kena dan harus beratur. Misalnya masa nak beli makanan, dekat bank, pejabat pos dan banyak lagi.

Ni kisah pagi tadi, Yaya pun ajak la sahabat Yaya, Syuhada untuk teman pergi menara untuk hantar hadiah kepada para pemenang november giveaway dekat pejabat pos. Sampai-sampai je, "Ah, selamat tak panjang". Tapi masa beratur tu sempat gak la barisan yang tadinya pendek memanjang. Sebab kaunter tu ada seorang je pekerja yang bertugas mungkin sebab yang lain tengah rehat kan. Tu yang lambat tu prosesnya. Tengah beratur, tiba-tiba " Eh aku kena beratur jugak ke? Aku pakai uniform ni". Terdengar suara seorang anggota polis yang berumur sedang berkata kepada kenalannya yang kebetulan sedang beratur jugak menunggu giliran di pejabat pos tu. Kenalannya itu merupakan salah seorang pekerja di UiTM ini. Hurm... aku mendengus...dalam hati...eeeeeeee kena jugak la beratur..ingat suka-suka je nak potong barisan? Lepas tu anggota polis tadi berkata pada kawannya "nanti kalau dah sampai giliran kau, bagi tahu aku k..tolong bayarkan untuk aku".. perrgghhh!!!! senangnya..

Maaf andai Yaya terkasar bahasa (walaupun bercakap dalam hati sebenarnya)..
Kisah ini bukan nak memalukan empunya diri tapi nk jadikan pengajaran buat kita.. Biar kita sedar yang pangkat kita bukanlah alasan untuk kita berbuat sesuka hati kita. Kalau kena beratur, beratur lah sekali. Tak rugi ape pun..Yaya tengok anggota polis tu bukanlah sibuk sngat pun..Dia hanya berlegar-legar je berdekatan situ..(malas nak beratur).. Memang la kalau nak tegur rasa tak sopan. Tapi sekurang-kurangnya beri penghormatan pada yang lain juga tak mengira tua atau muda. Kesiankan orang lain penat-penat beratur, dia pulak yang siap awal. Mengambil jalan mudah. Sepatutnya kita fikir jugak perasaan orang lain.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di hadapan Allah adalah orang yang paling bertaqwa.”
 (Al-Hujurat, 49:13)

Yaya nak tekankan disini, pangkat, darjat, keturunan bukanlah segalanya. Bukan sebab itu juga kita boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kita semua sama dimata Allah, cuma yang membezakan kita adalah taqwa dan amalan kita. Jadi, sila menghormati orang lain.

9 comments:

  1. setuju sangat.. walau tinggi mana pangkat tue, kalau dah buat hati orang sakit, Allah tak pandang juga..

    ReplyDelete
  2. Haish, tu lah kan. Bukan susah pun nak hormat orang lain. Tak kena duit pon... -.-

    ReplyDelete
  3. Betul tu,Abak setuju... kita hiduplah mestilah berukun,hormat menghormati... memotong barisan bukanlah satu jenayah yang jelas keburukannya,tapi cukup untuk mendatangkan dosa kepada kita... Astaga,sama2 muhasabah...

    ReplyDelete
  4. betul tu.... kita semua sama saja di sisi Allah... entry yang bermanfaat... :)

    ReplyDelete
  5. betol tu . ramai org gune skill tu sekarang . mls nak beratur punye pasal .

    ReplyDelete
  6. Di highway selalu tengok kereta polis (bukan ada urusan mustahak pun) pecut lebih kurang 150 km sejam. Rakyat kena ikut undang2, tak boleh lebih 110 km sejam, pihak penguatkuasa undang2 (polis) tak payah ikut undang2....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...