Entri Terbaru

Perkara paling tajam di dunia.



Assalamualaikum semua.. bersyukur kita masih dapat merasai nikmatnya Jumaat. Sudah lama sangat rasanya Yaya tak berceloteh, tak menyampaikan sesuatu kepada semua. Ya Allah...sedih rasa hati. Hope korang sudi lagi singgah di blog picisan Yaya ni. (sob sob).


Apakah tanggapan korang bila baca tajuk entri Yaya? Perkara yang tajam? pedang kot... kan tajam kalau tercucuk tu boleh luka tau. Nak tahu apa yang tajam? Jom baca sampai habis k.. ^_^

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al- Ghozali bertanya
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak : "pedang".
BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. 


QS. Al-Ahzab [33] : 19. "Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".

Lidah...lidah dan lidah..
Selembut kata-kata tapi berubah menjadi bisa...
Sedikit lantunan tapi luka sepanjang masa...


pernah tak korang dengar pepatah "kerana mulut badan binasa"... pepatah ini memberi makna dan pengajaran kepada kita supaya menjaga setiap percakapan kita, apa yang kita lontarkan kerana ianya mampu membinasakan diri kita sendiri. Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Bahasa juga melambangkan sifat atau keperibadian kita sendiri. Jika apa yang dituturkan kita itu adalah perkataan yang baik-baik, maka pandangan orang terhadap kita adalah seperti percakapan kita dan begitu jugalah sebaliknya.

Tajamnya lidah manusia ini adalah melalui kata-kata yang keluar yang mampu melukakan dalam diam. Luka yang tak berdarah tapi sukar diubati dan akan meninggalkan parut yang takkan hilang. Begitulah tajamnya suatu  kata-kata. Antara sedar dan tak, mulut kita ni cepat sahaja bertindak bila melihat sesuatu. Paling cepat bila melihat benda yang tak cantik, yang pelik, yang tak elok...mulalah nak komen, nak mengata dan bergosip. Baik perempuan mahupun lelaki, sama sahaja. Tipulah kalau korang tak pernah jumpa mulut lelaki yang terkadang lebih berbisa daripada perempuan kan? Jadi dalam hal ini kita tak boleh nak menunding jari kepada salah satu jantina sahaja. 

Mulut memang susah kita nak jaga, sebab tu lah lebih baik diam daripada berkata perkara yang tidak baik. Dalam kehidupan, kita tak lari daripada melakukan kesalahan termasuklah juga Yaya. Terkadang kita tak sedar pun yang kata-kata kita telah melukakan hati orang disekeliling kita walaupun kita rasa apa yang kita tuturkan itu tidak berniat pun mahu menyinggung hati dia kan? Jadi andai kita terasa lain macam tu, sebaiknya mintalah maaf awal-awal sebelum berkata. Ada sesetengah orang pula suka sangat berbalas-balas. "Dia boleh pulak kata kat aku, aku pun balas la"... caci balas caci, maki balas maki... kesudahannya tak jadi pape..malah menimbulkan pergaduhan ynag berlarutan. Andai katalah anda yang mengata kita, bersabarlah walaupun duri tu mencucuk-cucuk hati.. sabarlah..jangalah pula kita balas sebab kalau kita balas sama saja kita dengan dia. 

Semoga kita semua dapat menjaga pertuturan kita seharian. La Tahzan.. Tazkirah hati kita, insaf diri kita agar kita mampu menjaga hati mereka melalui tutur kata kita. 

12 comments:

  1. Salam.. betul :) terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya :)

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kita terlupa penerimaan orang. Bagi kita apa yang kita kata seperti biasa saja, tapi penerimaan orang? Oleh itu perlu berhati2 dalam pertuturan dan penulisan. Peringatan ini ditujukan utk diri saya juga sebagai blogger yang kadang2 ada angin tersendiri..

    ReplyDelete
  3. betul sangat2 yaya..kerana mulut badan binasa..

    ReplyDelete
  4. selain lidah manusia, jari manusia juga yer sayang... *_^

    ReplyDelete
  5. yayaaa~ terbaik :) dulu fae kalo ckp mmg main lepas je. skrg fae more aware.

    ReplyDelete
  6. betoi tu yaya..klu x, xde laa peribahasa, kerana mulot badan binasa...hehehe..

    ReplyDelete
  7. Muhasabah diri... Abak pun kadang2 selalu keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.. Astaga.. Sama2 ambil pengajaran..tq Yaya..

    ReplyDelete
  8. lidahlah yg paling tajam dlm dunia ni. itu pun kalau kita ada tersilap dlm berkata-kata

    ReplyDelete
  9. Mmg betul tu.. perkongsian yg sgt bermanaat. Semoga menjadi peringatan yg baik utk kita semua.. T kasih.

    ReplyDelete
  10. sangat betul sekali.. mulut orang kita tak boleh nak jaga :) jadi kita boleh jaga mulut kita agar tidak jadi seperti mereka

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...