Entri Terbaru

Apabila Hilangnya Hikmah Jubah.



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni dapat update kejap sementara merehatkan minda untuk sambung exam seterusnya. Alhamdulillah tadi dapat menguntumkan senyuman yang indah tatkala melihat baris-baris soalan. Hopefully dapat la lagi macam ni. 

Malam ni Yaya nak share dan kupas tentang pakaian indah iaitu jubah. Siapa suka pakai jubah angkat tangan. Ada yang tak suka pakai jubah ni sebab alasannya panas, ye la fabrik yang diperbuat tebal sesuai dengan jubah tu sendiri. Ada yang Yaya pernah tanya cakap tak bersedia lagi (mungkin nampak macam baik sangat kot). Tapi semua itu tak mengapa asalkan dia masih menutup auratnya dengan sempurna.

Tapi...kebelakangan ni pemakaian jubah bukanlah satu tuntutan untuk menutup aurat lagi, sekarang ni seperti trend. "TREND JUBAH" ...Kenapa Yaya cakap trend? Korang pun boleh bezakan sendiri gambar di atas. Sekarang ni memang Yaya akui banyak sangat jubah-jubah di pasaran, tetapi adakah jubah tu seperti jubah yang sepatutnya? 

Dibandingkan dulu, sekarang ni susah nak jumpa jubah yang di perbuat daripada kain yang tebal, longgar dan tidak jarang. Senang kata jubah yang betul-betul mengikut syarat pemakaian bagi kaum Hawa. Jawabnya kena beli kain tebal then buat sendiri la. Sekarang ni memang ramai suka pakai jubah, Yaya suka tengok dorang pakai jubah tapi sedih bila pemakaian jubah itu tidak dititikberatkan. 

  • Jubah bukannya jarang yang boleh menampakkan apa yang tak sepatutnya. 
  • Tidak pula ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakai.
Sayang...sedihkan bila sia-sia saja kita pakai baju tetapi masih di labelkan sebagai telanjang.  Cek balik niat kita, kenapa kita pakai jubah? Sebab dia senang main sarung je atau nak mengikut tuntutan agama iaitu menutup aurat? Ini teguran dan peringatan buat diri Yaya juga. Yaya juga tak lari dari melakukan kesilapan. Renung-renungkan semua ^_^.



14 comments:

  1. Astaghfirullah. muslimah ke kalau pakai jubah tapi nampak susuk tubuh? pelik. haha ! btw, nice entry.

    http://lovelydaie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak yaya. Kadang2 tengok jubah2 di pasaran, macam tak kena je dengan konteks menutup aurat. Kenapa perlu buat begitu.. Nama saja jubah tapi tak mengikuti konsep menutup aurat yang sebenar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang lebih menuntut fesyen dan trend drpd syariat

      Delete
  3. yeah..jubah skrg more to fashion..hilang erti sebenar jubah itu..sedih tgok..='( ..

    btw, sis.. klo xletak gmbr2 y seksi2 kat ats tu pun xpe..cukup sekdr kata2 dn gmbr mereka y berjubah secara sempurna..sbb sekdr melihat susuk tubuh je da boleh mergsg nfsu laki2..walaupun ia skdr lukisan..hanya skdr peringtn dr seorg insn y byk kurgnye.. =)

    ReplyDelete
  4. nak buat macam mana, terlalu ramai pendakwah bebas sendiri yang berpakaian begitu malah siap meletakkan hukum harus dalam berfesyen... hmmm, kalaulah yang belajar agama pun jahil apa lagi orang biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita di pelihara ^_^
      mungkin mereka tersilap, berfesyen memang boleh tapi wajib mengikut syariat.. tutup aurat tu wajib dari segala segi..

      Delete
  5. Betul, nasibaik qilah gemok so mmg tak beli pun jubah diorang tu huhuhu.
    Qilah beli pon yg betul2 gedabak hahahahahh.
    Pastu yang style maxi tu, pun seksi jugak lah sebenarnyaaaaa.
    Hmmm. Jubah tapi...... dah hilang hikmah tu.
    Betul, yg mak arab pakai semua pergh memang superb. :D

    ReplyDelete
  6. Lelaki pun kena cakna...hehe.. tq yaya

    ReplyDelete
  7. sbb tu walupn jubah, ktekne berhati2 memilih mana yg ssuai

    ReplyDelete
  8. betul tu, sekarang trend jubah kat maaysia, dah macam apa entah...ikut shape, dan macam tak pakai apa-apa...tp, sy suka pakai jubah, sebab senang nak p class...hehe

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Nak story. Saya pernah nampak seorang muslimah pakai tudung labuh dan jubah labuh tapi bila dia berdiri bangun tengah pintu keluar restoran nak bahagian dalam jubah hitamnya, nampak bentuk seluar dalam siap nampak bekasseluar dalam huhuhuhu pakai sarung tangan lak tuh mungkin dia tak perasan kain dalam dia pun jarang n tembus pandang kot kesian muslimah tuh ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...