Entri Terbaru

Makan di Hotel.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Disebabkan terlalu sibuk ditambah dengan line internet uitm yang tak dapat sambung ni, jawabnya Yaya baru la dapat update entry pagi buta ni. Baru laju je dia jalan.

Okay kali ni nak story pasal semalam. Semalam ada apa eh? Semalam Yaya pergi makan-makan dekat Hotel. Wah kelas kau hotel. Hotel mana la tu kan? Dekat je, mesti la Hotel UiTM Shah Alam. Makan bukan saja-sjaa makan tapi ini merupakan salah satu yang termasuk dalam pembelajaran bagi course BME417 ( PROTOCOL AND SOCIAL ETIQUETTE ). Amacam best tak? Hehe. 

Kami diminta untuk hadir di hotel pada pukul 9.45 pagi tapi Yaya dan sahabat sampai pukul 10 10 pagi macam tu la. Yaya...yaya...memang la dia ni. Nasib baik penceramah tak start lagi. Cari punya cari tinggal kerusi yang dekat dengan meja VVIP je yang still kosong. Nak tak nak duduk je la kan. Tu la sape suruh datang lambat, hambek kau. 

Disebabkan majlis ni pun berkaitan dengan course kami, jadi semuanya mengenai etika la. Etika di meja makan. Biasa la kan kalau makan dekat hotel, kalau ada event, etika tu kena jaga walhal dalam makan seharian pun kita kena jaga etika kita di meja makan tapi tak dela sampai cara makan pun kita nak follow kan, memang parah la. Makan sikit-sikit penuh protokol. Memang jawabnya lima minit lepas makan berirama balik la perut Yaya ni.

Ceramah punya ceramah akhirnya sampai jugak la makanan kami. Tapi bukan sekali bedebuk dapat makan, step by step. Meh usha menu bawah ni.


Macam-macam makanan ada. Nak makan pun kena tunggu VVIP makan dulu sebab meja kami berdekatan. Tak pe, saya okay ^_^. Then nak makan jangan habiskan semua makanan, kena tinggal sedikit misalnya hiasan macam sayur-sayur ke. Bawah ni adalah antara makanan yang Yaya sempat snap, sebab sebenarnya kalau pergi ke majlis makan macam ni tak boleh snap pict sebab dianggan kurang ajar atau kurang sopan. Tapi nasib harini penceramah tu bagi kelonggaran. 


Nampak tak garpu dia ni lain sikit. Bukan garpu ni cacat tau, tapi memang dia begitu sebab nak bagi senang potong kek, nak slicekan kek tu. Macam tu la.

Done for today. Ilmu dapat, makan pun dapat walaupun tak sesodap masakan mak di kampung. Biasalah siapa dapat tandingi masakan ibu kita iyadak? Okay sampai disini je entry kali ni. Lain kali jumap lagi ^_^.

14 comments:

  1. cemuih dah attend course nie..memula keje dolu memg kena attend course by intan...cara nak mkn, cara nak letak sudu bila dh abeh mkn....skang nie turonkan ilmu kat anak dara plak...hik!hik!

    ReplyDelete
  2. best nye dapat mkn kt hotel..tb nth bile le nk mkn sane..ade sape2 nk bwk x heheh

    ReplyDelete
  3. nampak sedap je kek tu ..hehhe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampka saja sedap, rasa belum tahu..hehe

      Delete
  4. sedapnya makanan tu,haha :D
    tu la,nak makan pun kena ada etika kan... tapi kalau kat rumah,hehe...

    ReplyDelete
  5. hehehehhe..adik akak pun ada belajar ni jugak kat kolej komuniti sis..pening kepala dia..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Waaaahhhh!!! sedapnya... teringin la nak rasa..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum yaya :') waa seronok laa makan kat hotel semalam. ha'aa tak pernah tasneem tengok garpu cenggitu. unik ^^ tapi walau sesedap mana atau semahal mana pun makanan tu, masakan mak tak leh kalah weh. hehe emak masak penuh kasih sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada sape boleh tanding masakan mak kita..

      Delete
  8. Saya juga benci betul dgn course mcm ni, nak ajar kita makan macam diplomat Barat yg kononnya gentleman itu. Kita dah biasa makan dengan tangan, bila guna garpu, sudu dan pisau berbunyilah segala ting tong ting tong, depa kata itu tak boleh, tak sopan....Dah hari2 terbiasa makan sambal belacan, nak tukar mekan keju bukan mudah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...