Entri Terbaru

Kanser Serviks.



Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Selamat petang yang dingin menggigit-gigit kulit. Hehe. Apela ayat yang Yaya guna ni. Nampak tak gambar atas tu? Ni adalah muka depan pamplet yang Yaya dapat masa pergi ke Pusak Kesihatan UiTM Shah Alam. Macam mana boleh dapat pulak benda ni dan apa kaitannya dengan tajuk entri yaya malam ni?

Ni kisah budak yang tersedar la ni dari lamunan mimpi indah dunia. Ops!!! kelaut dah Yaya ni. Selalu Yaya dengar tentang bahayanya kanser serviks ni dan selalu gak dengar di media masa supaya kita mengambil suntikan pelalian HPV ni yang dimana dapat mencegah daripada kanser (dengan izin Allah) dan oenyakit HPV. Ada juga kes kematian penuntut di UiTM berpunca daripada kanser serviks dalam usia yang muda iaitu 21 tahun. Terdetik nak buat suntikan ni bila ada seorang classmate Yaya ajak pergi suntik tapi malangnya dia tak boleh sebab kena bayar sebab umurnya 21 tahun. Yang lahir tahun 1993 dan seterusnya rasanya percuma tapi hanya dekat hospital yang ada LPPKN je la. Kalau swasta mahai la jawabnya.

Bincang punya bicang akhirnya harini la kami pergi. Kami bpergi berempat. Kurang la sikit takutnya tukan. Dalam seram bercampur takut tu, kami beranikan diri juga. Mana tak takut weyh, jarum meh. Ala jarum je bukannya hape kan? Tapi seram gak la. Nasib baik kolej dengan Pusat Kesihatan(PK) tu dekat je. Sampai je PK, kami diberi borang untuk diisi.


Tanda la ape yang patut kan, siap je isiterus pergi bilik rawatan. Sebelum masuk tu kami baca la segala doa yang ada. Nasib baik nurse suruh masuk sekali empat. Kecut perut gak. Haha. Kejap je. Duduk then nurse suntuk. Langsung ak rasa pape masa kene suntik, mybe jarum dia halus je kot tu yang tak rasa. Lepas tu kami dapat la borang pink ni.


Lepas tu kami pun bergerak balik. Selesai jugak. Suntikan ni kene amik sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan. Suntikan ke-2 sebulan lepas suntikan pertama dan suntikan ketiga selepas enam bulan dari suntikan pertama kalau tidak takut ubat tu tak berkesan. Masa suntik memang tak rasa pape kan, tapi lepas suntik sampai sekarang lenguh dia tu...tak tahu nak gambarkan macam mana. Jadi jom la sama-sama kita mengambil pelalian HPV ni demi kesihatan kita bersama. Sebelum menamatkan entri kali ni, Yaya nak share tentang gambar yang Yaya peroleh dari google pasal penyakit ni.


Ingat nak tunjuk banyak lagi gambar tapi takut ada yang geli lak kan. Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh klik Kanser serviks dan LPPKN.
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat buat kita semua.







10 comments:

  1. hmm..memang baik ni sis..utk kesihatan bersama..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..doktor dah sahkan saya tak mungkin dpt kanser servik...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang lelaki tak akan dapat kanser serviks tapi lelaki boleh jugak dapat kanser lain.. jadi kena juga ambil berat teatang diri

      Delete
  3. ............................... Ambil tahu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup lelaki pun kena ambil tahu jugak.. ilmu kan..

      Delete
  4. eh yaya baru satu dos ka? haha tasneem dah selamat untuk ketiga tiga dos. urm dos yang akhir tu lebih lengoh sikit kot. sakit lebih sikit je. hikhik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah.. yang pertama ni pun dah buat badan Yaya panas.. tak tahu la mcm mana doa kedua dan ketiga.. semoga diberi kekuatan

      Delete
  5. salam yaya =)

    ok la kalau percuma..tp lau sblm tu kene byar la ye..huuuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...