Entri Terbaru

Memang aku tengah marah!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah masih dapat bernafas lagi dan melihat keindahan ciptaan Allah..
Ingat pepagi buta ni Yaya just nak taip entry dan simpan kat draf...but suddenly Yaya jadi terlalu emosional sangat...Yaya marah, marah yang teramat sangat... 
Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. 
sebenarnya perasaan marah ni datang dari perasaan Yaya yang terlalu sedih teramat sangat..
Ya Allah..saat dan tika ini Yaya rasa macam nak mengalirkan air mata apabila mengenangkan 
segalanya. Sedih terus bertukar jadi marah..
Kenapa Yaya sedih? Kenapa marah pulak?

Actually Yaya sedih dan marah bila ada segelintir umat Islam yang tak peka dengan keadaan 
sekeliling. Bila ada yang selamba dengan bangganya menyokong perbuatan orang lain yang 
salah di sisi agama dan tak fikir dahulu dengan apa yang mereka kata. Memang kita insan 
yang lemah, tak sempurna tapi Allah beri kita akal untuk kita berfikir dengan waras iaitu
dengan melihat kebaikan serta keburukan sesuatu. Yaya pun sama.. Tapi kalau kita tak ada
ilmu..Allah suruh kita menuntut ilmu supaya kita tak jadi seperti tin kosong.


Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).

".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).

Wahai orang-orang Yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taat kepadanya). (al-Anfal:20)

Makna ayat-ayat di atas jelas dan nyata bahawa Allah menyuruh kita melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Segala larangan tu meski korang semua dah belajar masa sekolah rendah dulu. Dok belajar fikah, tauhid bertahun tapi korang tak terapkan pun. Larang-Nya ialah mencuri, meninggalkan solat, puasa, menjauhi zina dan banyak lagi. 

Perkara yang Yaya nak tekankan kat sini ialah ZINA..zina ni banyak jenis tapi untuk kali ni Yaya nak sentuh zina yang zahir, orang lain pun boleh nampak kalau pejam sebelah mata. Ini lebih kepada couple. Couple??? or mybe tunang. Tangkap gambar sama-sama pegang-pegang, tersentuh kat sini sana walaupun berlapik tetap korang rasa kan. Tetap dosa!! Zina dosa besar. Then orang lain mula lah puji sweet , sepadan, secocok, tercocok dan macam-macam lagi pujian yang sebenarnya bagi saham juga pada si pemuji. Ingat!!! bukan suka-suka kita nak puji orang lagi-lagi yang jelas2 langgar hukum Islam. Sama macam kita sokong apa yang dia buat tu. 

Bila ada yang cuba kupas isu-isu tentang Islam yang, ada pulak suara sumbang yang tak puas hati menyangkah. Boleh pulak cakap mereka tak salah, tahu halal haram. Nak cakap dorang tahu? Kalau tahu kenapa still buat? Korang sokong la sebab dia tu idola korang..tak pun korang memang minat dia...popular la kata kan..popular tak popular lain cerita, kita still pakai kain kapan yang sama. Tak ada pun yang pakai kain kapan yang diperbuat daripada emas kan? Korang seperti menegakkan benang yang basah. Jelas dan nyata nampak kesalahan mereka tapi korang buta kan mata dan hati. 

Tolong lah nilai dan selidik dahulu apa yang korang cakap. Tak takut Allah murka? Yaya tak pernah berkata tanpa bukti yang nyata. Orang pandai cakap sahaja. Bukan semua tapi memang ada. Jangan cakap sahaja. Semoga entri kali ni dapat Yaya bagi sesuatu dan menyedarkan kita semua. Allah suruh ikut dan jangan buat larangan Allah.


13 comments:

  1. stuju tu.. makanya kita hanya perlu berdoa utk sekalian ummat dan menasihat sekadar kita mampu. Selebihnya kita serah kepada ALLAH s.w.t

    ReplyDelete
  2. ni laaa jadinya klu hukum islam tidak dipraktikkan...nama je negara islam..tapi hampehh...sila tukaq pemimpin pelisss..

    ReplyDelete
  3. okey tasneem faham. yaya nak tekan kan pasal pre wedding haritu? sorry, tasneem sedar, ilmu tasneem kurang pasal agama. tasneem cuma comment atas pendapat tasneem sendiri. sekali lagi tasneem mintak maaf :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf Yaya pun khilaf.. tak tahu macam mana nak sampaikan biar yang lain faham..

      Delete
  4. Kadang2 kita tiada pilihan. Contohnya musim banjir seperti sekarang, ramai yg tonton berita TV utk tahu nasib saudara-mara mereka di negeri2 yg ditimpa banjir. Malangnya ada pembaca berita wanita tak menutup aurat. Maka jadilah penonton TV yg lelaki terpaksa "berzina mata" (pinjam istilah seorang ustaz) dengan pembaca berita itu....

    ReplyDelete
  5. kekadang manusia nie cakap pakai mulot je..x guna akal yang Allah bagi,..lalu jadilah isu2 sebegini..sabar ye yaya :)

    ReplyDelete
  6. nice sharing,kak yaya :) sabar,sabar... hehe :)

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya Alah bersama-sama orang yg sabar...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...