Entri Terbaru

Mulakan dengan NIAT.


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas dan menikmati keindahan ciptaan Allah. Pagi ni mulakan setiap perkara dengan bismillah dan niat. Niat??? 

Pupuk niat,
Semai niat,
Semak niat,
Yakin niat.

Niat??? Niat merupakan perkara penting dalam setiap apa yang kita lakukan. Tak mungkin orang melakukan sesuatu tanpa niat bukan melainkan kalau tak sengaja. Tapi tak sengajakah seseorang tu bila mencuri? tak sengajakag seseorang tu bila berpakaian tidak menutup aurat? tidak sengajakah seseorang itu bila dia mengaibkan orang lain? Tanpa niatkah apa yang dia lakukan itu? 90% apa yang kita lakukan pasti bersandarkan dan berdasarkan niat kita kan?

"INNAMA A'MALU BIN NIAT" ...
sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat.

Betul tak kalau Yaya katakan first perception itu penting kerana orang akan membuat penilaian melalui apa yang dia lihat dahulu barulah kenal hati budi dia. Cuba kita lah kan tengok someone tu selekeh je datang jalan menuju arah ke kita, mesti dalam hati kita "ish siapalah yang selekeh ni? kerja ke idak? ke hape.." mesti bermacam-macam yang kita anggap sebelum kita kenal orang itu. Aleh-aleh dia merupakan bos disalah sebuah syarikat, atau dia seorang guru. 

First perception ni jugaklah mencerminkan diri kita. Bukan untuk sehari tu saja, tapi selamanya sebab kita sukar meninggalkan tabiat dan cara kita kan? Lepas tu cakap "dia saja je selekeh nak tengok apa tanggapan orang" itu dah dikira niat dia. 

baiklah, Yaya bagi contoh lain pula. Apa pandangan kita bila tengok pemakaian seseorang wanita itu terumatanya yang terdedah. Sebelum terus berbicara, Yaya memohon maaf dahulu andai entry kali ni buat korang terasa. Kita ambil satu contoh lah k, dia ni free hair, pakaian terdedah tapi dia ni solat, suka sedekah, baik terhadap orang lain. Apa tanggapan kita? Niat dia baik? Memang cara dia baik tapi dia salah. Ada orang kata "itu semua bergantung pada niat dia nak pakai macam mana". Tapi apa niat dia bila pakai macam tu? Lebih kepada baik atau sebaliknya? 

bila sentuh bab pemakaian ni, kita sandarkan pada perintah Allah dan niatkan diri agar Allah meredhai setiap apa yang kita pakai. Cara kita. Mestilah kita berniat yang baik kan? Tapi kalau kita mendedahkan aurat, boleh ke kita cakap yang niat dia baik? Renung-renungkanlah sahabat semua. 

Walau ada yang mengatakan jangan menilai mudah menilai orang,
orang tu pakai seksi tapi dia baik dari segi perlakuan dia, 
orang tu pakai labuh tapi dia still tak elok,
yang seksi,
yang labuh,
mereka masih mencuba untuk berubah, 
mereka masih belajar,
tapi yang pasti orang lebih ambil gula-gula yang berbalut daripada gula-gula yang terbiar.


9 comments:

  1. Selalu sgt dengar org kata tak semua perempuan yang bertudung itu baik. Mmg betul. Tapi boelhkah seseorang perempuan itu digelar baik kalau dia tak bertudung. Susah nak cakap bab2 yang boleh buat org sentap ni. Mcm kena tarik rambut dalam tepung... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang susah bab sentuh isu mcm ni..tapi kita kena bagi mereka sedar hakikat niat yang sebenar..

      Delete
  2. Bukan soal hati berniat baik atau hati berniat tak baik, tapi bila dah mendedah aurat untuk dijilat mata orang yg bukan muhrim ia satu penghinaan kepada hukum Allah yang sudah jelas menyatakan sempadan aurat seseorang...Bila kita menentang hukum Allah, maknanya hati kita sudah bernaiat tak baik....

    ReplyDelete
  3. orang boleh kata apa pon juga.. tapi Allah maha mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  4. Cik yaya... jom join GA havoc ni. Senang je nak menang.

    http://isabellaidura.blogspot.com/2013/12/havoc-giveway.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...