Entri Terbaru

Pre Wedding



Assalamualaikum dan salam sejahtera,,bersyukur kita kerana masih diberi peluang untuk berjuang sebagai khalifah di muka bumi ini.. Kali ni Yaya nak mengupas tentang pre wedding. Tahukan untuk apa? Ala-ala kenangan untuk disimpan la selepas kahwin. Hampeh...

Maaf bukan apa. Semakin menginjak ke tahun 2020, semakin dan bermacam ragam manusia zaman sekarang. Minda kita dijajah dengan bermacam-macam cara untuk bagi kita ni alpa dengan amanah dan tanggungjawab kita sebenarnya. Semakin canggih, semakin lah parah. Semakin rosak jadinya. Cuba kita fikir balik dan dalami apa makna pernikahan yang sebenarnya. "Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut istilah syara’ pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam."

Sekarang kita sudah tahu pengertian nikah bukan? "yang menghalalkan" cukup ayat ini sahaja yang Yaya tekankan disini. Nikah sebab nak pasangan atau orang yang kita sayang itu halal buat kita. Jadi kalau buat pre wedding ni, adakah masa tu kita sudah halal? Sudah halal untuk memegang tangannya ketika bergambar yang katanya untuk kenangan. Sudah halal untuk merapatkan badan tatkala bergambar untuk posisi paling cantik dan romantis? Kenapa tak tunggu bila sudah bernikah? Masih boleh kan kita bergambar? Bohong lah kalau kata lepas nikah tak tangkap gambar. Nyata-nyata orang akan tangkap gambar masa tengah sesi pembatalan wuduk, masa bersanding pun pastinya ada juga bergambar. 

Sekarang semua makin nak maju. Berlumba. Entah apa yang dikejar. Nama ataupun niat sebenar kita? Maaf bukan lancang berkata-kata, tapi inilah hakikatnya. Pentingkan glamour. Tapi ada tak kita pentingkan keredhaan Allah? Buat biar bersederhana. Sekarang ni Yaya tengok yang melangsungkan majlis pertunangan pun sudah ada pelamin. Malah ada yang dah macam majlis persandingan dah. Nampak tak pembaziran disitu? Lepas tu tangkap gambar bersama-sama masa tunang. Pegang tangan. Pegang itu ini. Hurm... Lepas tu ada pulak pre wedding. Tangkap lagi, pegang lagi. Rapat lagi. Nak buat apa semua tu kalau kita boleh lakukan masa sudah sah? Buat apa tambah lagi dosa sedangkan kita cuba mengejar pahala? Bukan nak kata apa, cuma Yaya tak suka cara yang sesetengah umat Islam guna. Tolong lihat sesuatu perbuatan kita dan nilai dari segi agama. Bolehkah kita buat? Kalau tak, JANGAN!

Sedih..sebuah pernikahan, perkahwinan yang sepatutnya memberikan keindahan , kemanisan, kesucian sesuatu perhubungan itu kita cemari ia dari awal. Keindahan itu hilang. Mungkin ramai yang berfikiran Yaya ni kolot. Bukan kolot!!! tapi itulah larangan dan perintah Allah yang patut kita ikuti. Mohon kalau ada yang terniat untuk buat begitu, mohon fikir berkali-kali. Fikir dosa pahalanya. Fikir dan fikirlah sahabat.

18 comments:

  1. Sangat setuju dengan kak yaya. Tak perlu rasanya untuk buat pre wedding segala bagai. Cukuplah bergambar bila sudah sah. Nak pegang apa pon tak jadi masalah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu syg..kan lagi mania dipandang ^_^

      Delete
  2. Dan ketika kita bermegah dengan gambar intim lelaki perempuan belum halal berpegang dan beraba-raba, malaikat sedang sibuk mencatat dosa untuk kita bawa sebagai bekalan ke padang mahsyar....

    ReplyDelete
  3. betul yaya..kadang kala akak terfikir juga mengapa harus buat semua tu..hehehehhe..

    ReplyDelete
  4. em..toi kata2 yaya..buat la ikut kemampuan dan bersederhana...

    ReplyDelete
  5. pre-wedding sesentuh serupa dah kawen takdak guna,huh

    ReplyDelete
  6. hmm, btul tu kak yaya , ntah budya sapa yg diikut .

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum yaya. ni pendapat tasneem je lah kan. pre wedding ni boleh je kan kalau kita buat tak pegang pegang tangan, tak sentuh sentuh. kita tau kan halal haram dalam Islam. tak salah kot bagi tasneem. sweet jugak. macam YUYU ZULAIKHA ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. ye Tasneem, Yaya hormat pendapat awak.. tapi cuba fikir balik.. orang tahu halal haram tapi mereka still buat..

      Delete
    2. Maaf mencelah . tapi bagi pendapat saya..pertama. elak pembaziran...dalam islam kan digalakkan besederhana. Gambar2 tu ambik nak tunjuk sapa? nak bangga diri?. okeyla kalau awak kata tak pegang2...misalnya aw ambil..awak tak pegang2 ni tapi aw post merata2. lelaki2 tgk...bentuk badan, tudung singkat...pandangan menggoda..tergugat tak hati lelaki?sendiri fikir2kan. pendapat kedua pula...setahu saya tak pernah lagi saya tengok orang ambil gambar pra wedding duduk jauh2... .

      p/s: sweet2 jg tp fikir dulu sblm buat sesuatu perkara. seronok hari ni tapi merana di alam akhirat. ..

      Delete
  8. Dan yang paling penting buat ikut syariat Islam

    ReplyDelete
  9. Sangat2 stuju dan sememangnya kita berada di akhir zaman, dan inilah 'kiamat2' kecil. Semoga kita samua dapat mengambil iktibar dan terap dalam diri.

    ReplyDelete
  10. sendiri pikir la kan
    zaman sy dulu.dh ade ke blom erkk.. tp sy x buat po.. cm membazir je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...