Entri Terbaru

Membeli-belah dengan bakal ibu mertua.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas dan melihat keindahan ciptaan Allah. Kali ni entri pasal persiapan untuk bertunang. Ni 30 November 2013 punya kisah.

Satu hari yang memenatkan. Dah lama kami rancang untuk beli barang hantaran untuk bertunang dan tiba juga masanya. Dapat juga tarikh yang sesuai untuk beli barang sebab Amirrul pun kerja, ibu dia pun kerja...jadi kena tunggu ibu dan Amirrul free baru dapat keluar sama. Yaya bukan keluar berdua je tau dengan Amirrul. Kami pergi berempat iaitu Amirrul, ibu dia dan adiknya. Tak lupa juga Yaya. Hehe.

Mula-mula...gementar weh masa tunggu Amirrul sampai kolej. Dok kehulu kehilir je dalam bilik tau. Haha. Bila dah sampai tu apa lagi, salam la kan tangan bakal ibu mertuaku. Hik HIk >_<.. Perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur memakan masa yang lama jugak tu. Duduk dalam kereta gelisah je tak tahu nak cakap hape. Mengharap dan menunggu ibunya mengajukan soalan je la. Kalau tak, memang sunyi sepi je la. Lagi Satu Yaya ni dah la mabuk kalau naik kereta ni. Susah la nak serasi. Lagi-lagi bila perut  tengah kosong naik kereta, memang kena tahan la kalau tak memang muntah la jawabnya. Selamat. 

Sampai je KL, kami bersarapan dulu. Destinasi pertama ialah SOGO. Memang sesuai sangat lah kan pergi SOGO sebab tengah sales kan. Akhir tahun memang gitu lah jawabnya. mula-mula malu gak ngan ibu n adik Mirul, tapi lama-lama dah ok la sikit. Tu pun malu gak. Yang sweetnya bila ibunya pimpin tangan Yaya. Ape la Yaya ni, patutnya Yaya la pimpin tangan ibunya. Pusing Sogo, Dapatlah handbag, kasut dan set mandian body shope. Lepas tu pergi Semua House. Melekat la baju nikah. Siap!. Malas nak cari kain, tak dan la nak buat. Baik beli siap je senang tak payah nak fikir-fikir. Tapi kena maintain la berat tu. Hihi.

Lepas tu pergi Plaza Alam Sentral Shah Alam pulak, misi mencari baju bertunang yang Yaya terjumpa masa hang out dengan classmate hari tu.. Memang cantik kot. Mana tak cantik kalau dah warna ungu. Dah agak dah si Yaya ni, ungu memanjang. Pusing-pusing, ingat dah tak ada...last-last jumpa gak. Nampak-nampak je terus peluk patung tu. Haha. Si Amirrul gelak je tengok perangai Yaya ni yang macam budak-budak je. Dan kebetulan nak jadi rezeki kan, saiz yang dekat patung tu je saiz yang Yaya muat, apalagi terpaksa la korbankan patung tu. Haha. Tak boleh dah lain, kene yang tu jugak, kalau tak nanti termimpi-mimpi karang. Terok bebeno Yaya ni.

Lepas  tu singgah jusco, kat mana tah. Lupa lah, Yaya ni yang tak sukanya mengingat jalan. Tu yang payah tu. Sorry la, serabut jadinya. Tapi kena gak la paksa. Sebab Yaya naik kereta je tak sampai lima minit dah lelap. Bangun-bangun je dah sampai tempat yang nak dituju. NI sebab naik ngan Amirrul, ada ibu dan adik dia lagi, segan lorh nak tidur. Selesai beli barang untuk hantaran lelaki, kami pun singgah la petronas untuk solat maghrib sebelum sampai ke rumah Yaya. Dalam perjalan pulang tu, kali ni memang tak tahan dan Yaya tertidur. Malu seeh.. Tapi nak buat macam mana. Dah lepas. Haha.

Jalan punya jalan akhirnya sampai pun rumah ku syurga ku. Hik hik. Abah mak sembang sikit2 dengan Ibu n Amirrul dan mereka pun pulang. Penat + happy hari ni. Semoga urusan kami dipermudahkan Allah. Amin.

# Kalau nak tengok barang hantaran, kena tunggu la update entri ketika bertunang dulu. Hik Hik.


29 comments:

  1. wah... persiapan utk hari bersejarah... hii.. shopping dgn bakal mentua.. malu gtu...

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa sediakan kad jemputan utk semua pengomen tegar, hehehehe....

    ReplyDelete
  3. wahhh. tahniah yaya. kita sama umur tapi yaya dah nak jadi tunangan orang. heee tasneem ni tak fiikir lagi semua ni. apa pun semoga bahagia yaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks syg.. Yaya pun tak pernah fikir sebelum ni, tapi bila dah sedia. Benda tu datang sendiri.

      Delete
  4. wahh!!!..yaya dh nak bertunang..congrats yaya..tak sabar nak tunggu cerita seterusnya dari yaya..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah mempermudahkan urusan Yaya

    ReplyDelete
  6. wahhh...dah nak bertunang ghupernyaa...congratulations...x sabo nak tgk review brg hantaran yaya..hik!hik!

    ReplyDelete
  7. ehem..semoga di permudahkan untuk yaya..

    ReplyDelete
  8. Jeles3X.. Abak lambat lagi... Abak doakan yaya bahagia dunia akhirat.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..jangan jeles ye Abak..kita tak tahu siapa dan bila jodoh kita tau. Amin..terima kasih

      Delete
  9. begitu rupanya..wife to be..ehhe :) tahniah yaya

    ReplyDelete
  10. dah lama akak tak singgah sini.. wah.. tahniah yaya dah nak bertunang.. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.. :D

    ReplyDelete
  11. tahniah yaya..tak sangka dh nk jdi hak org dh..

    ReplyDelete
  12. Wah..bestnya..smoga di permudahkan segala urusan & insha allah kekal ke syurga.

    ReplyDelete
  13. waaa..cam best jer yaya.dah lama tak komen sini.btw, nanti jemput tau..

    ReplyDelete
  14. Wah bestnya yaya. Ciksu dlu sendiri sendiri beli je.hihoo. Sbb masing2 jauhkan.

    Yaya.kalau x silap kt klcc ada pepero tu. tp mhl la. skotak hampir cecah RM30++ jugak la

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...