Entri Terbaru

"Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com "


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Hari ni Yaya nak join segmen dari blog Acik. 
Salah satu syarat nak join ni adalah "ceritakan kenapa kamu jadi blogger?"
Kenapa?
Kita mempunyai alasan tersendiri kenapa kita menjadi blogger kan?

Yaya mula serius berblog pada awal tahun ni sama usia umur blog ini di cipta. Dulu sebelum CCY, Yaya ada jugak blog, blog yang hanya menjadi tempat meluahkan segala perasaan, isi hati yang terkadang tak bisa kita kongsi dengan sesiapa. Followers dulu pun tak sampai 20 lebih. Masa tu memang tak fikir nak mempunyai followers sebab kita hanya berblog secara suka-suka. Bila tengok blog orang lain cantik, yaya pun cuba mencatikkan blog dan kesudahannya blog tu terpaksa di delete kerana hancus dah rupa parasnya. Sob sob. dengan berat hati Yaya pun delete lah. Daaaaaan.....
Sukar kita nak tinggalkan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kita. Sama macam Yaya yang kuat berceloteh ni, jadi Yaya nekad wujudkan blog baru. Kali ni lebih focus penceritaan yang ingin di kongsikan, selain berkongsi kegembiraan, suka duka kehidupan, Yaya juga rasa Yaya patut sampaikan sesuatu untuk tatapan pembaca dan juga sebagai saham Yaya di sana kelak. Seperti Sabda Nabi SAW "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat" Jadi Yaya nekad menyampaikan apa yang Yaya rasa perlu dan apa yang Yaya tahu. Teruskan berjihad sebab Yaya tak mampu untuk turun ke gelanggang perang menegakkan Islam, jadi biar Yaya berjihad sebegini. 
Ada seribu satu sebab kenapa Yaya memilih untuk menjadi blogger dan yang pastinya bukan mahu mengejar popular. TQ ^_^ 

7 comments:

  1. semua orang punya niat tersendiri..apa pun all the best yaya :)

    ReplyDelete
  2. Selamat bersegmen yaya..sya pun join jugak :)

    ReplyDelete
  3. hai yaya..

    dtg singgah dari segmen yang sama.
    semoga berjaya.

    http://www.syuhada1981.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  4. selamat bersegmen akak,,semoga berjaya

    ReplyDelete
  5. salam gud luck awak, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...