Entri Terbaru

salah seorang pemenang Banner Giveaway by AzzahSaid

Assalamualaikum..
syukur...syukur.....syukur Ya Allah..
syukur Alhamdulillah.. ^_^

ingat tak sayang-sayang semua yang yaya penah join giveaway kat bwh ni oleh azzahsaid..
dan dia inform kat yaya bahawa yaya adalah salah seorang daripada pemenangnya..
wink wink..
walaupun banner tapi ia tetap hadiah kan..
Alhamdulillah..
walaupun kecik ia tetap bermakna buat yaya ^_^
kalau kawan-kawan nak hadiah jugak, rajin-rajinlah join giveaway k..


lindungilah kami Ya Robb

pagi-pagi sedang dalam perjalanan hendak menuju ke tempat kerja, yaya ternampak satu kemalangan tapi tak pasti melibatkan apa yang pasti suami isteri itu sudah pun mati..kenapa guna perkataan  mati??dorg orang cina..ada orang tutup badan mereka yang ada kesan darah tu..sungguh membuatkan yaya lemah semangat seketika..

Ya Allah,
Ya Robb,
kau lindungilah aku dan hamba-hambaMu yang lain dimana saja mereka berada..
jikalau ajal kami sudah sampai, 
Kau ambillah dengan secara terhormat dam mulia 
serta tempatkanlah kami ditempat orang-orang yang beriman..
Amin.

sahabat

Assalamualaikum sahabat..
betul tak kata yaya??
ape yang yaya kate??
yaya tak kate pape lg la..baru jer nak mengate..haha..
kawan tu kat mane-mane kita boleh cari kan??
tapi sahabat susah kita nak jumpe..
lagi-lagi apabila ikatan yang terjalin itu hanyalah di alam maya tanpa pernah bertemu serta bersua muka..
persahabatan yaya yang pertama..
baru je tahun lepas..mungkin yaya suke menyibuk dengan status orang kot.....
tapi lama-kelamaan perkenalan ini menjadi lebih ikhlas dan jujur..
ia disebut "sahabat"


 tgk gmbar gadis ni..sape kenal??angkat tgn..
nme gadis y shomel mia..yaya panggil dia mia..mia sahaja..
ini je yang yaya tahu..
tak pernah tnyer latar belakang dia..
tp y pasti dia selalu ad time yaya sedih dan yaya pun selalu ada time mia sedih..
syg begedil sy..
jarak umor tak membezakan apa-apa pun tentang kami..
tapi disebabkan persahabatan y ikhlas tu buat kami tak pernah mengkhianati satu sama lain..
terima kasih kerana Allah menjadikan kami sahabat walau tanpa bersua muka..
yaya harap yaya dapat bertemu mia suatu hari nanti..
semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal hingga akhirat..
amiiiiin..

yong tau fu & begedil 
^_^

Sanah helwah ^_^



sanah helwah to adilah mohd asari..
today yaya dah mencecah 20 tahun yang sebenarnya mengikut kad pengenalan ^_^
yaya nak mini cooper sebijik.. bedebub jatuh depan mata yaya nih..haha
mengarut je budak yaya nih..
tgk kad dekat atas tu..kakak kesayangan yaya yang bagi..hanya dia seorang je la kakak yang ada pertalian darah dgn yaya yang yaya ada dekat dunia nih tau..
tolong jangan curi atau amek dia dari yaya yerk..
aina irdina tu anak dia la kan..n suami tercinta..
thankz taw bg kad nih kad yaya..walaupun hanyalah gambar..
n thankz tok semua yang wish dr fb, ad gak y msj..
thankz taw korang semua ^_^
walaupun hanya perkataan yang terlafaz, tapi hati yang menerima ni sangat lah bahagia..
hanya dengan satu perkataan sahaja kita telah bisa membuatkan seseorang tersenyum ^_^
sebenarnya yaya tak nak pun mini cooper tu..pegilah men jauh-jauh kat sana..
untuk hari ini dan mendatang, yaya harap...............
hidup yaya akan lebih diberkati Allah..
semoga yaya dapat berjihad ke jalan-Nya..amin.. insya Allah..
semoga yaya dapat lalui kehidupan ini dengan lebih kuat dan bersabar..
yaya harap yaya dapat berubah ke arah yang lebih baik..insya Allah..
semoga kita semua berubah kepada yang lebih baik..insya Allah..     

Al-Fatihah




sedang yaya usha2 status kawan,
yaya terbace satu kisah yang sangat menyentuh perasaan..
Al-Fatihah buat arwah


DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

#Air mata yaya bergenang baca kisah ni, sedih.. inilah dia kematian para mukminin yang mungkin mendapat syahid kecil. Kematian itu pasti, dan bagaimanakah cara kematian kita nanti.. Masha-Allah :(



semoga Allah menempatkan arwah ditempat orang-orang yang beriman..
marilah kita bermuhasabah diri bersama ^_^
#sampaikanlah dakwah walau hanya sepotong ayat#

WORDLESS SATURDAY



biarkan apa yang berlaku dan lihatlah kesudahannya..
 

bibir mungkin bisa mengungkap kata-kata tapi hati tidak bisa membenarkannya..
 


tatkala hati sudah sebati dan
jiwa sudah terbiasa bersama
maka tiada apa yang mampu memisahkan kita
kecuali takdir Allah..
cinta itu sukar dirasa dan diperoleh
namun sekali kita merasainya kita tak mungkin bisa melepaskannya begitu sahaja..
walaupun hati sudah berkali terluka
dan mata sentiasa bermutiara,,
cinta itu cukup kuat dan memberi kekuatan
tapi ianya akan bertambah kuat dengan cintanya kepada Allah..

Banner Giveaway by AzzahSaid








petang-petang ni yaya join sini..
menarik tahu..
sape2 y nak join boleh la klik kat azzahsaid
tarikh tutup 31 Januari 2013..
30 peserta terawal dapat hadiah taw..
jom ramai-ramai join.. ^_^

NAMA: LOVE THE CRAFT
WARNA: HIJAU PUCUK PISANG

Aku yang Tersakiti

hai u all..post yaya hari ni banyak dan semuanya pasal sad story..sorry yer korang..kat sini jer la yaya suke luahkan bila insan sudah tiada mampun untuk mendengar dan yaya sudah tidak mampu untuk berbicara..

Pernahkah kau merasa 
Jarak antara kita 
 Kini semakin terasa  
Setelah kau kenal dia
  Aku tiada percaya 
 Teganya kau putuskan  
Indahnya cinta kita 
 Yang tak ingin ku akhiri 
Kau pergi tinggalkanku 
 Tak pernahkah kau sadari 
 Akulah yang kau sakiti 
 Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari 
 Oh Tuhan tolonglah aku 
Hapuskan rasa cintaku 
Akupun ingin bahagia 
Walau tak bersama dia 
Memang tak ‘kan mudah 
 Bagiku ‘tuk lupakan segalanya 
Aku pergi untuk dia 
Tak pernahkah kau sadari 
Akulah yang kau sakiti
  Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari  
Oh Tuhan tolonglah aku 
 Hapuskan rasa cintaku 
Akupun ingin bahagia  
Walau tak bersama dia… dia… 
 Oh Tuhan tolonglah aku 
Hapuskan rasa cintaku 
 Akupun ingin bahagia 
 Walau tak bersama dia


awak :'(

awak..
awak nak tahu..
walaupun seteruk mana pun masalah kita yaya tak dapat nak story kat sape-sape..
sebab bile yaya ada mslh yaya selalu story dekat awak..
tapi bile kita yang ada mslh,, mcm ni la yaya..
yaya hanya mampu berdiam je sebab yaya tak tahu dah nak ckp ape awak..
mungkin sebab yaya tak mahu pk kan sgt hal ni..
nanti yaya jugak yang sakit..
Ya Allah jangan hanya kerana cinta dunia ini sahaja membuatkan aku lemah dan berputus asa..
kuatkanlah hati aku, kuatkanlah semangat aku untuk terus berjihad serta meneruskan kehidupan yang mendatang..

#andai hidup menjadi punca perpisahan,,
biarlah mati menjadi penyatuanya#

KALAU AWAK RINDU AWAK TENGOKLAH BLOG YAYA :'(

awak.....kalau awak rindu yaya, awak tengoklah selalu blog yaya yer :')

#ini nota buat awak......awaklah----> :'(
  awak yang yaya sangat sayang dan awak yang yaya beri kepercayaan....awak lah insan tu.....#

awak..
kenapa awak buat yaya macam ni??
awak ingat tak dulu awak dah pernah buat banyak kali tapi awak janji pun banyak kali yang awak akan berubah...sebab yaya sayangkan awak,,,yaya bagi awak peluang....
 tapi kenapa??
kenapa mesti buat hati yaya hancur sampai macam ni??
yaya pun ada hati tapi bukan untuk dilukai..
mungkin salah yaya sebab yaya mengongkong awak, tak bagi awak bebas dengan perempuan lain..tapi semua tu berbataslah!!
sebab tu yaya takut awak bebas,,tapi awak tetap buat jugak..
sekarang mcm ni lah jadinya

awak..
yaya mintak maaf..
yaya terpaksa buat keputusan ini dan yaya harap awak akan berubah..
yaya buat semua ni sebab yaya terlalu sayangkan awak..

awak..
walaupun yaya tak contact awak tak bermakna yaya dah bencikan awak..
walauapapun terjadi yaya tetap setia tunggu awak..
yaya tunggu awak berubah..
nanti kalau yaya dah tiada barulah awak boleh cari yang lain taw.. :'(
berubah yer sayang kalau betul awak sayang yaya..

terima kasih :'(

hati kalau sudah hancur memang sukar kan nak pulih??
kenape sayang ini buat yaya sakit hati??
mane letak semua janji yang pernah ko tabur dulu??
janji janji dan terus berjanji tapi tetap kau mungkir..
sayang, aku tak bodoh untuk buta akan semua ini..
terima kasih sayang..
kini aku hanya berserah..
Ya Allah, kuatkan lah hati ini..
aku hanya insan yang lemah

again :'(

again :'( dia datang dan selalu menyapa yaya..
yaya cube endahkan dia dan buat seperti biase tapi kadang-kadang yaya tak kuat..
yaya mohon pada Allah agar beri yaya kekuatan..
sakit nih ujian :'/
pasti ada hikmat kenapa Allah uji yaya sebegini..
korang doakan yaya selalu sihat yer..
XoXo.. ^_^ YaYa

Aplikasi mengumpul markah Kokurikulum





kali ni yaya nak share tok pelajar lepasan spm dan stpm..
u all boleh semak markah koko korang dekat sini http://apps.moe.gov.my/emkoko/papar_mark.cfm
cepat-cepat.. tengok je Nurul Amira Mohamad Salleh post dekat fb, yaya terus dengan terujanya mengecek..
selamat mengecek korang.. ^_^

senarai kaki blog

January 

http://yayacraft.blogspot.com/2013/01/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html
http://faizahzulkifli.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html--> 2/1/2000
http://sigadis-setereberry.blogspot.com/2013/06/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->5/1/98
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->/10/1/
http://missrochelle1999.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->10/1/99
http://myraeyralife.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->16/1/02
http://irapunyela.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->17/1/95
http://quraistory.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->19/1/94
http://adamthewriter.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->24/1/91
http://bondaqalish.blogspot.com/2013/03/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->1/1/88

February


http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/01/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->4/2/96
http://www.nurainsyahirah.my/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->15/2/97
http://sisfacemuslim.blogspot.com/2013/04/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->18/7
August

http://xeerazara.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->8/8/92
http://sweet7cupcakes.blogspot.com/2013/06/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->12/8/98
http://hazimahstory.blogspot.com/2013/01/80-segmen-tambah-kenali-kaki-blog.html --> 21/8/95
http://www.nurulazieyan.my/2013/01/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html -->11/8/89
http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/01/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->5/8/2000
http://ehfarahin.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->22/8/94
http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->22/8/94
http://umikasum.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html
http://iu-hazirah.blogspot.com/2013/03/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->10/8

September





http://chocalatejannah.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->19/11/91
http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/02/segmentambah-dan-kenali-kaki-blog.html-->17/11/91
http://rai-raihannah.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-dan-kenali-kaki-blog.html-->9/11/86

December

http://nshsmirotic-bouncet.blogspot.com/2013/01/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->3/12/95
http://darlieyana.blogspot.com/2013/05/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->26/12/94
http://cikyanxyanx.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->29/12/93
http://www.erazfadli.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html--.22/12
http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->13/12/89
http://isyapurple.blogspot.com/2013/02/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->16/12/96
http://syuhadasyada.blogspot.com/2013/03/segmen-tambah-kenali-kaki-blog-mengikut.html-->25/12/95

unfeeling weel :(





disebabkan nak jugak siapkan baju tok pakai pergi pahang besok, yaya melelapkan mata pkol 2..
OMG!!! so late dan bangun pagi mata pun bertukar dgn mata panda
haha..bayangkanlah kebengkakan yang melanda..huhu
dan sekarang yaya rasa dah mula tak sihat..
aaaargh!! mcm mane nak berjalan-jalan di putrajaya dan pahang nih??
Tuhan tolong aku :(
ta pe..yaya kan kuat..
awak kan kuat yaya..
yeeah!!
yaya kne dan harus kuat..
kuat! kuat! dan terus kuat!
kalau tak, tak dpt la jalan ii..huhu
k la..yaya nak out..
ptg ni mau gerak dah..
doakan yaya selamat k..
XoXo
sayang korang

mengenang pemergian blogger remaja, Yasmin Hunwick





siapakah yasmin hunwick??
aku terlihat namanya ketika sedang berlegar-legar di blog seorang teman lalu aku terus mencari maklumat mengenainya.
berdarah kacukan inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Jun 2012.
Al-fatihah buat beliau.
kali pertama dila membaca kisah tragis yang menimpa dirinya, pilu menusuk ke dinding hati..
sungguh menyayat hati..

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah
Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah  kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick
Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya
Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh


Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian
Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama


“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” 
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” 



Kematian arwah meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi
Oleh itu marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah Yasmin Hunwick dan kawan-kawannya yang lain yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin.

kalau awak semua mahu mengunjungi blog arwah anda boleh klik Yasmin Hunwick
blog arwah masih lagi aktif dan ibunya yang sering menulis di dalam blog tersebut sebagai melepas rindu kepada arwah.
sekali lagi mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Yasmin Hunwick.

setiap insan akan pergi
dan
andai suatu hari nanti tika dila sudah tiada di muka bumi ini
tolong jangan padam blog dila ye
biarlah ianya menjadi kenang-kenangan ^_^ (rasa sebak lah pulak)

cara buat duit online

Assalamualaikum
cepat cepat!!
bagi sesiapa yang mahu belajar cara membuat duit secara online





tengah belek2 surat khabar harian metro, terjumpa pula iklan ni di m/s 6
seminar cara buat duit online
bagi sesiapa yang berminat anda boleh menghubungi 03- 5523 8623 / 011-2905 1788/87
atau daftar secara online di : www.kitaboleh.com
cepat-cepat..
tempat adalah terhad

apa erti rindu??

orang kata kalau kita rindukan someone tu maknenya orang tu pun tgh merindui kita..
betol ke?
mybe..
waah..bestnya bile org rindu kite kan?
tapi perit bile kite merindui org
rindu itu sgt misteri kerana ia dtg dengan tiba-tiba dan teros membuatkan kite mengalirkan air mata
rindu membuatkan kita bertambah syg pada dia
jikalau kita merindui seseorang, maka kita bacakanlah Al-fatihah untuknya dan letak dihati kite agar dia sentiase sihat dan berbahagia.
#salam rindu untuk kamu semua#

C.I.N.T.A.

cinta itu tidak melemahkan tapi menguatkan
cinta tidak menyakitkan tapi membahagiakan
cinta itu bukan untuk dipermainkan tapi ia suatu amanah
cinta tidak boleh dijual beli kerana ia datang dengan sendiri
cinta itu suatu yang suci jadi jangan dicemari dengan nafsu duniawi
cinta suatu yang bernilai dan berharga jadi tolonglah jaga ia seperti kita menjaga diri kita sendiri


insya Allah


semakin sejuk mata memandang apabila lihat wahida berpurdah.
 


insya Allah suatu hari nanti yaya akan memakainya.. korang doakan yaya k.. thankz.. ^___^

hati kecil seorang hamba



ya Allah,
hati ini meronta-ronta meminta hidayah-Mu
meminta akan ada sinar untukku
agar aku tetap kuat untuk terus menegakkan dan melakukan suruhan-Mu Ya Robb,
hiba hati ini bila aku mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan,
ya Allah,
sambutlah taubat ku dan kau curahkan lah hidayah Mu
agar aku tidak berpaling dari Mu
ya Allah jangan pernah berhenti memberikan sinar mu pada Adilah Binti Mohd Asari ya Allah,
aku mahukan cinta Mu itu Allah

selamat tinggal


langkah demi langkah
aku teruskan jua
masa demi masa 
sampai akhirnya
terima kasih atas penghinaan
yang kau lemparkan

 tangga demi tangga
kita daki bersama
jatuh terluka
bangun semula
terima kasih 
atas kesakitan
yang kau berikan

kerana itu penghinaan
juga cemuhan
diganti dengan kepujian
dan kemuliaan

air mata menjadi permata
kebencian menjadi cinta
inilah hidup didalam dunia
bak sandiwara

selamat tinggal kesengsaraan
selamat tinggal penderitaan
terima kasih atas pengalaman
yang kau berikan

kini terbukti
cinta yang ku alami
bukannya mimpi
lautan api boleh menjadi
oh! taman salji

 
 

Iklim-Selamat Tinggal Penderitaan~lirik~

hanya kau yang mampu



ku cuba redakan relung hati
bayangmu yang berlalu pergi
terlukis didalam kenangan
bebas bermain dihatiku

cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
bebas bermain di hatiku

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
membuat ku terpuruk rasa ingin mati
derita yang mendera kapan akan berakhir
hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

aku cinta oooooo
aku cinta ooohhhh
aku cinta oooooo
aku cinta oohhhh

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
membuat ku terpuruk rasa ingin mati
derita yang mendera kapan akan berakhir
hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

aku cinta ooooo
aku cinta oohhhh
aku cinta ooooo
aku cinta oohhhh

hanya kau yang mampu
 

hidup mesti berubah

Assalamualaikum ^_^






seperti malam bertukar siang,
seperti kecil menjadi besar,
seperti kasih menjadi sayang,
seperti kelopak menjadi bunga,
semuanya akan berubah,
begitu jugalah manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang diciptakan Allah,
mereka pun harus berubah,
berubah menjadi sesuatu yang lebih baik dan semakin baik,
pernah dengar tak ayat "hari ini lebih baik dari semalam"??
ia merupakan suatu ayat peransang jika kita hayati dengan mendalam
tidak salah untuk berubah walaupun dulu dia merupakan seorang penjenayah
dan kita haruslah memberi mereka peluang untuk berubah kerah kebaikan..
pernah tak berfikir kenapa org jahat tu dia tak berubah??
mungkin dia tidak mendapat hidayah dan mungkin juga dia telah berubah tetapi mendapat hinaan drpd org sekeliling..
salah ke seseorang tu hendak berubah??
kita sebagai saudara islam sepatutnya menyokong mereka dan bermuhasabah diri agar kita juga dapat berubah menjadi yang lebih baik.
perubahan itu jangan lah terlalu mendadak sehingga kita sendiri yang tidak mampu menggalasnya,
biarlah berubah perlahan-lahan agar kita tidak mendapat kejutan yang mendadak ok..
semoga kita semua dapat berubah menjadi baik dan lebih baik..
amin ^_^

am i stalker??


am i is a stalker???
what do you think??
oooh now..
i'm a stalker..
ppffffttt!!!
sejak bile aku berkecimpung dalam dunia permotoran nih??ups!! dunia pengstalkeran la..
sejak??
sejak aku mula rase ada bende yang aku perlu tahu dan sibuk-sibuk amek tahu..
dont you bother them la yaya!!!
get out!!!
do i care???
if you think that i'm annoying you..so just block me ok!!
ah..kejamnya statement yang aku keluarkan nih..
saja mengejamkan diri..
terpulang pada u all nk terima atau tak..
sorry korang.. =,=
budak ni kenape tah.. <--------- ???????
i'm sorry coz stalk fb ko..
so plez stop to being stalker..
yaya..plez stop it..
i'm sorry =,=


perempuan dan rajukan mereka..


hai korang.. hai hai.. ^_^
now yaya nak story pasal dan kenapa perempuan ni or wanita merajok lagi-lagi pada insan yang mereka sayang mean kekasih mereka..
ok..perempuan ni berjiwa sensitive walaupun kita tgk yang mereka tu agak kasar tapi sebenarnya yang kita tgk kasar itulah lagi lembut hatinya daripada yang sedia kita lihat lembut..
ok..jangan lah pula kaum adam marah atau buat acuh tak acuh apabila si hawa merajok..
mereka bukan mengade-ngade tapi sebenarnya mereka mahukan kasih sayang yang lebih drpd sang adam..
walaupun bukan sang adam, hawa tetap memerlukan sayang pada insan yang mereka merajuk itu tidak kisah lah ibubapa ataupun sahabat handai..
janganlah pula kamu terus menyampah andai si hawa ni merajuk pula..
engat tu sang adam..
take note yang hawa ni bukan mengade-ngade bila mereka merajuk tapi sebenarnya mereka mahukan kasih sayang walaupun tidak banyak..
 

dah daftar ke belom???





assalamualaikum korang..
hari ni yaya nak share kat korang terutamanya pada lepasan spm , stpm n yang sewaktu dengannya..huhu
ok..korang semua sudah daftar ke untuk kemasukan ke IPTA untuk sesi 2013/2014??
kalau belom korang boleh klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut..
cepat tau sebelom terlambat..
tarikh tutup permohonan 15.4.2013
korang boleh beli no. pin dengan Bank Simpanan Nasional tau..
sediakanlah apa yang perlu..
mase depan korang bergantung pada diri korang sendiri..
ok..good luck k yaya doakan.. ^_^
XoXo.. YaYa ^_^

its true!!!

its true ang really ii true..
band 1 for muet..
its only 5 mark more to get band 2..
haa???what??how come??
mengarut dah aku nih..
ok..
aku akan repet lg muet ni bulan julai nti..
wish me luck k korg.. ^_^
XoXO.. yaya

satu pesanan seribu kedukaan =,=

one message a thousand of sadness..
inilah yang aku cube bg tahu korg..
hanya dekat blog ni jer aku bercerita dan bukan di fb or twitter or di mane-mane..
sad!! sad!! sad!!
hati aku hancur berkecai bagai tak percaye dgn apa yang aku telah ketahui..
semuanya terjadi saat dan ketika aku menghantar sms begini
MUET RESULT  93013010****** dan hantar ke 15888 tepat pada pukul 12.26 pagi..
duuuum!!! berkecai hati aku bila dapat balasan balik sms aku tadi..
dgn tidak percayanya..
aku cube melelapkan mata dengan keadaan yang hiba..
hello.. ini mase depan saya mestilah saya sedih..
bangun jer pagi bende pertama yang aku fikir ialah result muet tu..
aaaaargghhh!!
aku masih tak percaye dengan ape yang aku da bce..
jadi aku ulang bende yang sme..
aku semak balik result aku..
but, it still same.. :(
band 1 for MUER result???
takkan la aku tak boleh lepas band 2???
damn it!! sorry..
tp tak mengapa..
disebabkan MUET ni boleh ulang, aku amek keputusan untuk mengulang balik sebelum aku sambung belajar insyaAllah..
wish me luck ye korg..
love u all ^_^
XoXo.. YaYa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...