Entri Terbaru

menu tab baru yaya





Assalamualaikum..
perasan tak ape yang lain dekat blog yaya?
nampak kan button2 kat atas tu?
hehe..yaya merajinkan diri buat menu bar nih tau (yaya ni pemalas)hehe..
dulu-dulu tu..ala blog lama yang yaya terpaksa delete uh dah ada da bende alah mcm ni..(menu tab tuh)
tapi lepas buat yang baru ni, baru la sekarang rajin nak buat balik..
yaya ni kan malas nak fikir bende yang leceh-meceh ni(padahal tak la seleceh mana pun kan u all?)
tapi yang pasti blog korang lagi awesome dari yaya kan?
walaupun blog ni tak seberapa tapi yaya terima dia seadanya..

belek punya belek dekat encik dan puan google..
yaya terjumpa blog adik comey ni..
yaya follow dari situ ler..
huhu..
cian budak yaya ni kan..
blogger lain dah lme letak bende alah tu, dia baru nak letak.. >_<
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

haa..perasan tak lagi satu..
yaya tak join apa-apa segmen or GA pun hari ni..
selalunya yaya akan join satu, dua atau tiga segmen or GA..
tapi hari ni langsung tak..
sebaba sibuk mengedit blog nih..huhu
tapi tadi ada tertengok satu content ni..
then lelaju yaya klik..
tapi disebabkan sponsornya terlalu ramai jadi tak semangat pulak nak join..
sorry k..(jangan marah yaya)
kadang-kadang terdapat blogger yang macam yaya ni..
kita dah excited nak join tetibe syarat dia bagi kene klik sana sini then follow sana sini then kene tunggu loading something la itu la ini la..
yaya mintak maaf taw sekali lagi..

pergi bercuti naik kerani
yaya bukan perli cuma nak bagi tahu isi hati..

kita kan blogger sehati
please forgive me :'(

blog skin

banguuuun..
selamat pagi blogger..(gaya ehsan cakap)
hehe..
"blog skin?"
yaya dah lme usha da bende dah bertahun tapi malas nak mencubanya..
tapi hari ni terdetik pulak nak cuba..tatau la jadi ke tak..
sememangnya yaya ni gila yang teramat lah gile yang masih waras terhadap warna pink dan purple..
tapi yaya prefer purple lah kan..lembut gitu..hehe..
so sini yaya share blog skin yang berkaitan dengannya yang yaya rase cute cute cecomey belaka..huhu





kalau awk semua nak tengok lagi yang awesome2 klik sini
good luck dude ^_^

yaya kene kuat taw!!

Assalamualaikum..
hurm..nk story ape??
yang penting yaya kene kuat tu je!
kalau tidak, dah lama yaya hantar notis 24 jam..
tapi kenapa pulak??
hurm...yaya tau yaya pendiam
yaya tau akak lebih tua dr yaya
dan akak lagi superb pandai dr yaya
yaya hormat akak
tapi akak kene jugak la jaga hati yaya
memang kita tak kenal hati budi seseorang at least jaga la
kita tak tahu org tu mcm mna..
walaupun yaya ni agak kasar sedikit dan kecoh
tapi...
yaya mempunyai hati yang cukup la rapuh..
akak tahu ke?
yaya pendamkan je dan yaya mencari kekuatan dari Allah
supaya yaya masih mampu bersabar..
kalau tidak pasti butir-butir mutiara ni sudah mengalir tahu..
yaya doa pada allah agar akak dapat berubah menjadi yang lebih baik..

#owh hati kau sungguh fragile#

owner celoteh yaya

Assalamualaikum..


  • Adilah binti Mohd Asari
  • Melihat dunia pada 30 Januari 1993
  • Menetap di Tanjung Karang, Selangor.
  • Puteri kepada ayahanda tersayang, Mohd Asari bin Juri dan bonda tercinta, Rosminah binti Shuhaimi.
  • Purple and lavender lover.
  • Periang, pemalu, peramah

carilah kawan baik pekerti


Alqamah berpesan kepada anaknya ; "wahai anakku! sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian:
  • jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungimu.
  • sekiranya engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
  • sekiranya engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • sekiranya engkau berdiam diri(kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • jika datang sesuatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu.
  • apabila engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
  • sekiranya engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
  • jika engkau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk kepentingan persahabatan.

sementara itu, Saidina Ali dalam satu syairnya berkata :
"saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu,
dia sanggup membahayakan dirinya demi kemasalahatanmu,
orang yang setiap masa bekerjauntuk keperluanmu,
sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentinganmu."



happynyer dia ^______________^

nak lompat nak lompat..
hehe..
asal cik yaya happy semacam je nih?
begini ceritanya..
tadi mse lunch, yaya tak tahu nak mkn ape..
jadi pergilah jalan kaki go to billion..
waah..berbillion-lion org..(merapu dah)
pergilah dekat bahagian biskut..dan yaya nampak ni
seriously yaya nak yang warna purpink tu..
i wanna i wanna!!
jdi yaya pun pergi kaunter then bayar..
lagi pun yaya memey suke mkn biskut lexus ni..sedap!!!
selalu makan masa dok asrama dulu..
tapi dapat mug gambar ibu la..tapi tak pe la..still comey..

dan semestinya yaya takkan lepaskan fevet yang yaya sgt tegarkan ini(ape ayat ya ni?)
mr. cadbury crunchie!!
I LOVE U SO MUCH la!
u are double triple sweet!!
sory gambar terbalik..hehe


antara sunnah Rasulullah

 Assalamualaikum..hai para blogger..
semalam dengan ketiadaan moodkan yaya ada share tentang sunnah Rasulullah..
jadi pagi ini yaya nak seru semua untuk melakukan salah satu antara & sunnah tersebut..
ya memang benar kalau boleh kita buat semua sunnah-sunnah tersebut tapi secara perlahan dan haruslah istiqamah k..
jadi hari ni yaya nak ajak awak semua mari kita beristighfar setiap hari..
tak susah pun..percayalah..kalau kita dah selalu buat ia akan menjadi kebiasaan..
semoga akan ada sesuatu yang indah yang akan kita perolehi..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali."

Sabdanya yang bermaksud:


"Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali."

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:

Maksudya:


"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya."

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


"Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan."

Sabdanya yang bermaksud:


"Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu."

Sabdanya yang bermaksud:


"Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."

wordsad thursday

Bonjour fella ^_^
selalu blogger buat entri "wordless" kan?
kali ni yaya buat entri "wordsad" pulak..
entah dan kenapa yaya pun tak tahu bagaimana

kenapa tah kan?
kemurungan...ops! tak lah murung sangat
kekurangan kesihatan hari ini membuatkan yaya seperti hilang semangat.
seperti hari-hari biasa yaya akan tersenyum dan senyumannya itu takkan pernah hilang.
namun, semalan dia ditegur oleh rakan sepejabatnya.
"kau sihat ke tak?"
"eh kenapa? ok je la, nampak macam tak sihat ke?" dia cuba menyembunyikan ketidakselesaannya.
ternyata dia tidak mahu sesiapa tahu tahap kesihatannya.
namun, mata tidak dapat menipu tatkala wajah kehilangan serinya.
seri senyuman yang selalu terukir dan terhias diwajahnya.

dan hari ini pun dia tetap seperti semalam.
cuma dia sudah menambahkan sedikit gula dibibir agar senyumannya bertambah manis.
namun kepucatan warna bibir tidak dapat hilang walaupun berguni gincu dikenakan.
Dia hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
hari esok dia berharap akan lebih senyuman. :')
ya.. itulah yaya nak cuba sampaikan..
the end.
sorry fella.
kenapatah kehilangan mood.

7 Sunnah Rasulullah yang kita harus jaga


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

#ramai antara kita hanya pandai mengatakan "saya cinta Rasulullah" tapi dalam masa yang sama mereka tidak langsung melakukan sunnah-sunnah Rasulullah. Jadi perbaikilah diri kita semula wahai saudara#
 

WANITA YANG MENGGEGARKAN SEJARAH ISLAM (part 1)



 Assalamualaikum..yaya sedang membaca sebuah buku muhasabah diri yang mengandungi pelbagai cerita tauladan untuk kita semua..
jadi yaya nak share balik apa yang yaya dah baca semoga kita semua dapat kebaikan daripadanya.
Serius yaya kata, baru yaya baca sikit tapi mesej yang cuba disampaikan tu sangatlah menyentak perasaan..
SELAMAT MEMBACA ^_^

Pada suatu malam, seorang wanita keluar dari rumahnya dengan membawa obor yang menyala-nyala di tangan kanannya dan sebaldi air ditangan kirinya. Dia pergi mengelilingi kampung menjerit dengan sangat kuat,"Wahai manusia, seandainya kamu beribadah kepada Allah dan mengharapkan syurga. Maka, biarkan syurga itu ku bakar dengan api ini! Dan, apabila kamu menjauhi maksiat oleh sebab takut akan neraka. Maka, biarkan neraka itu ku siram dengan sebaldi air yang ada di tangan kiriku.....!"

Siapakah wanita yang berani menjentik kesedaran orang disekelilingmya, dan mungkin juga kita?
Siapa lagi jika bukan Rabi'ah Adawiyah.
wanita suci yang sepanjang hayatnya mengajar cara beribadah pada Allah dengan tujuan mencintai-Nya dengan tulus. Dia adalah seorang sufi yang membawa corak baru dalam penghayatan Islam melalui ajaran cinta. Seluruh ajaran Islam dilaksanakan bukan disebabkan, " Ini semua kerana perintah-Nya dan harus dilaksanakan untuk mengharapkan syurga-Nya", bukan juga kerana," Itu harus dijauhi kerana takut akan seksaan-Nya."
namun, dia melaksanakan perintah dan menjauhi semua larangan-Nya disebabkan cinta yang sebenar-benarnya (al-hubb haqq al-hubb)

bukankah seorang yang mencintai akan berhias rapi dan wangi dalan solatnya, melebihi pertemuan dengan orang yang dicintainya sekalipun ? Bahkan, kerap kali dia menangis dalam solatnya. Cucuran air mata orang yang mencintai ini adalah dalam bentuk ungkapan kerinduan, cinta dan kebahagiaan ketika "berjumpa" dengan-Nya.

cuba baca perkataan yang yaya boldkan tu berulang kali 
sehingga mesej yang disampaikan tu masuk tepat kedalam hati awk semua.
ia sangatlah menyentak hati yaya, sangat! 
jadi yaya dan kita semua harus perbetulkan balik andai terdapat niat yang tersimpang daripada sebenarnya.
biarlah kita lakukan amalan dan menjauhi larangan semua hanyalah kerana cinta kita kepada Allah dan bukan semata-mata mengharapkan ganjaran-Nya.
awak semua nak tahu sambungan seterusnya?
tunggu WANITA YANG MENGGEGARKAN SEJARAH ISLAM (part 2)

yaya cuba untuk kuat ^_^

yaya cube kuat
untuk teruskan langkah kaki ini meninggalkan awak yang akan menambahkan lagi sedih yaya tatkala minda dan hati ini terkenangkan awk wahai insan..
mendung hari tidak semendung hati
luka dijari tak seteruk luka yang ditanggung
sakit gigi tak sesakit hari ini
maaf..
biar yaya pergi..
biar awak benci..
biar kita sudah tiada lagi..
biarkanlah hari ini awak menyesali..
asalkan awak bahagia dikemudian hari..
yaya pergi mencari sesuatu yang hakiki..
maafkan ADILAH BINTI MOHD ASARI

mahar wanita

again yaya nak share yang ada kene-mengena dengan wanita..
kali ni mahar pulak..
bukan bermaksud yaya ni dah nak bernikah taw..
hanya perkongsian kepada semua agar kita tahu..
ada seorang insan pernah berkata kepada yaya ” Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )
mcm ni lah bunyi ayatnya..
dan pada ketika itu yaya pun tersenyum dan mengatakan terima kasih kepada insan itu..

Saudari,

Seharusnya kamu sedar ketika kamu meminta mahar mahal sedangkan lelaki yang melamar kamu tidak memiliki sesuatu yang kau pinta. Maka kau telah kehilangan keberkatan perkahwinan itu, kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik bagimu iaitu sebuah pernikahan.
Seharusnya kamu mempermudahkan maharmu, mempermudahkan jalan lelaki yang hendak melamarmu. Kerana ini sunnah Rasulullah Alaihi Wasallam. Sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping, apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran padahal dia seorang lelaki muslim yang soleh, maka rugilah kamu.

Saudara,


Mudahnya seorang wanita dengan maharnya, jangan kamu meremehkan harga mahar tersebut dengan memberikan mahar ala kadar. Lantas, kemanakan kemuliaan wanita yang akan mendampingi dirimu?

Kamu telah memiliki harta yang melimpah, kau telah kukuh dengan keadaanmu. Namun, kamu lalai kerana wanita yang hendak kau nikahi tak menuntut mahar tinggi terhadapmu.

Seharusnya kamu sedar bahawa mahar adalah bentuk penghargaan yang memuliakan wanita. Betapa Rasulullah sangat memuliakan wanita, begitu pula dengan mahar-mahar yang tinggi pada isteri-isteri baginda.  

Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar  yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah  untuk isteri-isterinya.- (HR. Muslim)

Kecuali bila kamu memang tidak memiliki apa-apa pun, seperti apa yang dikatakan Rasulullah kepada seorang pemuda ketika dia hendak berkahwin meskipun tidak memiliki apa-apapun. Maka Rasulullah menyuruhnya untuk mencari cincin walaupun dari besi.
Sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita. Mengapa oleh kerana wanita tidak meminta mahar yang lebih, maka kamu enggan memuliakannya?

sahabat, sesungguhnya wanita sangat memerlukan pemdamping, sehingga tiada pun kebaikan dalam tingginya wang hantaran sehingga kamu tiada dapat berkahwin oleh kerana kamu menyukarkan diri kamu dengan nilai hantaran.
lelaki juga memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya, rumah tangganya, juga anak-anaknya kelak, sehingga kamu sepatutnya memuliakannya dengan mahar tertinggi yang kamu mampu.
 

mari kita tutup aurat..

Assalamualaikum para pembaca yang budiman..
pagi ni yaya nak share sesuatu untuk kebaikan dan sebagai pengajaran kita semua..
semalam masa balik dari kerja yaya pun singgah lah gerai beli makanan..
dan yaya ternampak sesorang lelaki yang sedang membuat aksi lucah kepada kwnnya setelah melihat seorang perempuan yang berpakaian tidak menutup aurat..
pada ketika itu yaya terasa hendak marah lelaki itu..
namun yaya tahu..perempuan itu bersalah kerana dia mendedahkan auratnya sehingga menimbulkan keghairahan kepada lelaki tersebut..
pada ketika itu yaya rasa betapa rendahnya maruah seorang wanita apabila lelaki memperlakukan sebegitu..
jadi, mahukah kita menjadi seperti itu? (wanita yang tidak menutup aurat mereka)
semoga Allah memelihara kita..
yaya bukan nak memalukan mana-mana pihak tapi biarlah ia menjadi pengajaran buat kita agar kita tidak melakukan sebegitu..

Dalam kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama
Menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik... Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.


Ikuti dialog antara seorang abang dan adik di bawah..
adik : abg tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg  : pergi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik : salah, teka la lagi
abg  : (berfikir) masa dah dapat hidayah Allah kan?
adik : salah, nak tahu jawapanya tak?? senang ja..
abg  : apa dia dik?
adik : tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akan tutup buat selamanya
abg : (hebat kata2 ustazah yg mendalam maksudnya).=)

jadi takkan kita nak tunggu di kafankan baru tutup segala aurat kita??

Dalil wajibnya menutup aurat

                Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan 
mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku 
sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :

 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.

ni pulak yaya amik salah satu hadis Nabi S.A.W

  Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
 
 jadi..marilah kita menjaga aurat kita wahai muslimah..





 #entri ni sebagai pengajaran dan ilmu untuk kita semua bukan untuk membuat sesiapa terasa#
 

"Segmen:Bloglist Februari Falun"

yaya join sini pulak..
klik banner kalau mau ikot serta..
terima kasih ^_^ (gaya mcm dekat kaunter pembayaran pulak dah)

jodoh itu ~


yaya lepaskan awak pergi bukan sebab yaya tak sayang awak lagi..
tapi kerana sayanglah yaya lepaskan..
sebab yaya nak awak temui sesuatu yang indah yang telah Allah tentukan untuk awak..
maafkan yaya..
yaya juga nak mencari dan mengejar sesuatu yang indah itu..
jadi jangan lah awak anggap yaya ni kejam taw..
insya Allah..
jodoh itu Allah dah tentukan..
kalau betul awak jodoh yaya, kita pasti akan bersama..
andai tidak, walaupun dekat pasti terpisah juga..
yaya akan tetap jadi kwn awak sampai bila-bila..
petang-petang ni rasa sebak pulak pg tadi punya pasal..
ni yaya nak share kat semua sedikit sebanyak pasal jodoh..




 ni ada doa untuk mendapat jodoh k..


#insya Allah kalau ada jodoh kita pasti bersama#

Cinta Tak Harus Memiliki

ST12 – Cinta Tak Harus Memiliki
 
Cinta memang tak selamanya bisa indah
Cinta juga bisa berubah menjadi sakit
Begitu yang ku rasakan kini
Perih hatiku tinggal kehancuran

Tak pernah terbayangkan
Dan tak pernah terfikirkan
Cintamu dan cintaku akan berpisah
Namun harus ku relakan itu
Untuk hidupmu agar lebih baik

Maafkan aku setulus hatimu
Kepergian diriku itu bukan keinginanku
Terima saja dengan pilihan yang lain
Dari orang tuamu

Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan
Untukmu…

Sayang semua ini aku lakukan
Hanya demi kebaikan kamu
Meski semua ini
Itu menyakitkanku

Maafkan aku setulus hatimu
Kepergian diriku itu bukan keinginanku
Terima saja dengan pilihan yang lain
Dari orang tuamu

Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan
Demi kebaikanmu

Jangan bersedih dengan keadaan ini
Jika kamu menangis aku juga ikut menangis
Terima saja semua ini ku lakukan
Terima saja semua ini ku lakukan
Untukmu…

 cinta itu tidak semestinya dapat kita miliki..
andai perpisahan tercipta maka terimalah ia dengan redha..
kerana ada sesuatu yang lebih indah yang Allah telah tentukan untuk kita..
maka janganlah kita menyalahkan takdir Ilahi..
memang perit dan memang sukar untuk melupakan tapi itulah yang harus kita lakukan..
biarlah hati sakit buat ketika ini jangan kita sakit dikemudian hari..
ingat!! apa yang kita kehendaki tak semestinya akan kita miliki..
yaya redha melepaskan awak pergi..
yaya harap awak mendapat sesuatu yang indah dalam hidup ini..
yaya akan tetap menjadi kawan awak sampai bila-bila..
yaya sayangkan awak kawan :')

solat sunat rawatib

Assalamualaikum..
sepetang-sepetang selamat petang ^__^ ( apa bahasa yang yaya gune nih?)
huhu..ok lah sayang-sayang semua..
petang-petang nih yaya nak kongsi..ops bukan kongsi..mungkin kongsi bg yang tidak tahu lagi..
cume yaya nak mengingatkan kembali ntuk kita semua..
maklumlah kita ini hanyalah mahluk yang lemah dan banyak kekurangan dan kadang-kadang mudah benar lupa..
jadi!!! biar yaya ingatkan u all balik k seterusnya ia akan menjadi ingatan kepada yaya jugak..
ingat tak mase sekolah rendah dulu mase darjah 5 & 6 kita dah diajar tentang solat-solat sunat yang menambahkan lagi amalan kita apabila kita melakukannya..
jadi petang ni yaya nak celoteh pasal solat sunat rawatib ataupun orang suka ckp solat sunat fardhu tak pun solat sunat jeh..

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

mudah kan kawan-kawan untuk menambahkan pahala amalan kita..
marilah kita bersama-sama meringankan apa yang berat bg menambahkan amalan untuk akhirat kelak..
semoga apa yang kita kerjakan diterima oleh Allah Taala. Amin..
ingat ye... niat kene ikhlas tau..
kalau u all nak tahu lebih detail jom singgah solat-solat sunat

hati ini..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu..

buat seketika hati ini rapuh..

Allahuakbar!!!
aku memohon kekuatan dari-Mu Ya Allah..

stpm???

aaarrghh!!!!!!!
bagi yaya jerit kuat2..
astagfirullah halazim..
apelah yaya nih..
buat mengucap k..
huhu..
stpm???
jangan fikir sangat nanti yaya migrin..
so yaya kne chill2 jeh tau yaya..
yaya harap yaya dan kawan-kawan dapat keputusan yang terbaik..
Amin..
dan yaya tak sabar tunggu satu ramadhan nanti ^_^

indahnya yang halal itu..

Assalamualaikum..
tengah dok blogwalking tadi..
yaya terjumpa satu blog yang dimiliki oleh kakak satu sekolah dengan yaya dulu..
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TANJONG KARANG...
blog kaka nih sgt lah ramai follower dan sangat lah aktif..
cantik dan menarik..
dan yang paling menyentuh perasaan sekali ialah entri pasal pernikahan dia..
soo sweet sangat kawan-kawan..
kakak ni tua setahun je dari yaya..
tapi yang pasti yaya dapat rasakan kebahagiaan yang kak niera kecapi..
indahnya yang halal itu..
yaya rasa excited pulok..hehe..
yaya pun mahukan yang halal seperti ini..
dan bukan yang bertentangan dari agama..
rasa mcm nak bocor pulok mata nih..
aarghh!! tahan yaya tahan..
insyaAllah..
kalau sudah di tetapkan oleh Allah..
insya Allah yaya akan dapat..
bagi sayang-sayang semua..
mari kita cari yang halal je ya.. ^_^

yaya sayang dia dan dia sangat-sangat

Assalamualaikum..
yaya nak story cikit nih..
dia sebahagian dari hidup yaya..
yaya berkenalan dengan dia sebulan sebelum yaya bersama dia..
pertama kali yaya pandang dia yaya dah jatuh hati dengannya..
hati yaya sudah diikat ketat-ketat dengan dia..
then pada raya ketiga yaya declair dengan dia..
yaya sayang sangat-sangat dengan dia..
tak ada sape pun bleh sentuh dia..
setiap hari yaya ambil berat pasal dia..
bukan tiap hari tapi selalu! dan tiap masa!
awk yang selalu bersama yaya setiap masa..
saat yaya suka dan duka..
awk selalu dodoikan kalau yaya tak boleh tido..
awklah segala-galanya untuk yaya
tak boleh nak gambarkan betapa sayangnya yaya pada dia..
yaya akan jaga dia baik2..
Y tolong jangan sakit tau..
yaya tak nak kehilangan awk..
yaya sayang sangat kat awk Y..



 dah banyak yaya tukar baju awk..
hanya kerana tak nak awk terluka..
 yaya amat rindukan awk zylo..
tapi awk kini hanya tinggal kenangan ~_~
 dan awk..
bila awk nak pulang?
yaya still tunggu awk..


wordless saturday

Assalamualaikum..
yaya nak bagi senyuman yang panjang lebor ni dekat sayang-sayang semua
^_______________________^
hehe..
amboi cik yaya..sukenye dia..
hehe..
excited nak bercuti ke pangkor besok hari wif my lovely family..
almaklumlah yaya ni kje je sampai ta ada mase nak bercuti..
soo bile dah dapat peluang keemasan begini memang tak la yaya nak lepaskan dia jauh-jauh..haha
yaya nak share nak korang semua..
yaya baru siapkan order kwn yaya nih..

comey tak comey tak??
hehe..
kalau nak tahu lebih lanjut lagi u all boleh pergi ke blog LOVE THE CRAFT..
jemput-jemput ye singgah

"Segmen Bloglist dan Review Blog"

jom singgah kraf comey

Assalamualaikum..
pagi jumaat ni yaya join segmen yang dianjurkan oleh cik ninaa zaini..
klik la banner tu kalau nak join k ^_^
senang je syaratnyer..
tak susah pun..ngee >_<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...