Entri Terbaru

Korang mesti cuba

 
Yaya nak ajak korang cuba hand & body lotion ni..
lotion ni sangatlah best..
memang lembut je kan..
 lotion ini menggabungkan campuran unik emolien semula jadi dan vitamin E yang cepat diserap ke dalam kulit untuk mendalam.
Sangat ringan dan formula ini tidak berminyak dan menjadikan kulit korang sangat lembut sepanjang hari.
disamping melembut, aroma nya yang harum dapat memukau orang di sekeliling kita..
sekali bau terus jatuh cinta macam jatuh cinta pandang pertama..
jadi Yaya nak ajak korang cuba lotion ni.
yaya dah cuba dan hasilnya sangat memuaskan dah la wangi..
tak payah nak pakai minyak wangi dah..pakej..
tak rugi pun kalau mencuba..
tak cuba tak tahu kan?
jadi kalau korang nak, korang boleh pm Yaya..
harga promosi satu RM 14 
kalau korang beli dua RM 24 sahaja.
cepat-cepat boleh bagi hadiah dekat mak atau adik-beradik..
kalau nak pm yaya dekat 017-6893976
 
emolien = (émolien) sediaan atau bahan yg mempunyai kesan yg melembutkan dan menyamankan apabila disapu pd kulit.
 

SEGMEN KATHY MENCARI BLOGLIST MEI-OGOS

 
JOM SUPPORT SEGMEN BLOGGER KATHY
lepas makan ada la sikit mood nak blogging ni..
sejak kebelakangan ni semangat tu hilang la..entah..
lupakan je la..
jom la join ramai-ramai..

Semut hitam

 

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

Cuba  kita renungkan sejenak kata-kata di atas dan cuba memahami dengan penuh mendalam dan korang akan mengerti maknanya yang tersirat.

Keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu dan orang lain tak boleh menghakiminya. Walau terkadang orang lain menganggap kita tak ikhlas dalam melakukan kerja.

Apa yang kita lihat hanyalah suatu subjektif dengan perilaku individu itu tapi setiap amalannya hanyalah Allah sahaja lebih mengetahui. Jadi jangan mudah berburuk sangka kerana perbuatan itu tidak disukai oleh Allah. 

sembunyi

 
 
lama dah menyepi dengan entri sendiri, tapi pagi ni muncul dengan luahan isi hati..
tak banyak,,sikit je pun untuk dikongsi bagi mengurangkan lelah didada ini.
lelah yang sering datang dan sukar untuk hilang.
lelah saat kita merasakan sayang tak hilang pada dia yang lama..
pada sejarah kita.
pada kenangan yang harus dilupakan tak pun harus dilepaskan jauh begitu sahaja.
benar seperti lirik lagu ST 12- Saat Terakhir
"Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup"
dan Yaya cuba mengambil waktu untuk melupakan segalanya agar Yaya tak lagi sakit dan pedih..
Allah telah menjanjikan sesuatu pada kita.
Ya I know that.
Cuma kekuatan yang Yaya perlukan sekarang ini dan masa mendatang untuk melupakannya..
Yaya tahu status Yaya sekarang ni tapi itulah erti sayang..
susahkan nak lupakan orang yang pernah kita sayang dengan ikhlas.
I'm sorry Mr. A..
Yaya akan cuba lupakan dia..
chayok chayok!!
Yaya kan kuat..
orang hanya nampak senyuman  yang terukir dibibir tapi tak nampak luka yang merebak di hati..
ok..cukup sampai disini saja~~
jom layan lagu sembunyi ni..
dah lama tak dengar,,
 
Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri ku tawan

Tak sempat berkelip aku kau punya
 Biar pun mengutus ilham memujuk jiwa
Mengikut suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencoba

Sembunyi namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita memang penasaran merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap aku tersedar diperhatikan
Sedangkan diri terasa kemana
Renungan aku nak alih

Sembunyi…namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam cerah beri cahaya
Tak menghalang menyinari segala

Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya
Yang tersimpan di hati

renungan kita bersama

 
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

semangat jangan punah!!

 

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

semangat untuk ku!

 
 "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."
 

semangat hari ini

 
Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

ini KALILAH!!!

 
 orang lain dok sibuk-sibuk pasang bendera tang sana tang sini..
yaya tengok saja..
semoga pihak yang benar menang..
yaya memang tak layak lagi nak cakap pasal politik ni sebab tak cukup umo (baru 20 tahun)
tapi yaya masih waras dan kita semua pun boleh nampak pihak mana yang benar..
pilihan di tangan kita, biar kita yang tentukan.
jangan ada kepentingan yang lain..
ikhlaskan hati kerana Allah..
tadi pagi dok usha2 fb sekali tengok kwn sekolah agama post gambar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dekat pasar bawah ofis ni ha..
hapa lagi..
alang-alang memang nak turun ke pasar yaya pun join la sekali dengar ceramah..
teruja dapat salam pun tak habis lagi..
ramai jugak la wakil yang turun..
apa-apa pun yaya mendoakan yang terbaik untuk keharmonian Malaysia..






Ujian itu suatu ANUGERAH

 
Ujian itu suatu Anugerah yang sangat bernilai..
walaupun terkadang ujian itu membuatkan hati kita rapuh seperti dedaun yang guur dari dahan.
walaupun ujian itu sebesar alam dan sebesar memikul amanah, tapi kita harus kuat dan yakin bahawa ada sebab dan hikmah kenapa Allah melakukannya begitu.
keyakinan itulah yang membuatkan kita akan terus merasa kuat untuk mengharungi hari yang mendatang.
tapi ingat ujian Allah itu adalah anugerah kerana...

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

pemenang contest page CCY & LTC

 
dok leka main pou..
maaf buat kalian menunggu ya..

harap korang puas hati dengan keputusan pemenang kerana ia berdasarkan jumlah like yang terbanyak..
pemenang sila tuntut di hadiah..korang just perlu klik gambar bawah ni dan isi yang perlu..
nama, alamat, no hp, menang hadiah apa dari segmen apa dan isi la apa yang form tu mintak ye..
pemenang-pemenangnya..
korang jangan risau kerana semua yang join menang..
felt purse - Ezzah Nabilah & Fiqa nsz (bagi nick name max 5 abjad)

felt wallet - Fatin Diana & Abby Blue Nadhirah

penanda buku nama - Nur Alja & Ti Aishah (bg nick name max 4 abjad)

keychain muslimah - Norvanida & Dhia Akma

keychain bintang - Eynilah blog kami & Seneorita Baharin

brooch kain - Hakim Faiz
                     Mazelina Zaini
                     Yana Aina
                     Aina Areen

roses brooch - Nao Mei
                       Ain Nadia Syahmina
                       Nik Nur Fatihah
                       Nida Oh Nadhirah
                       Hani Asi
                       Ain Baharom

u all diberi masa sehingga 5/5/2013 untuk tuntut hadiah..
selepas itu hadiah dikira burn dan Yaya tak akan melayan ok..
bagi la kerjasama sebab Yaya sibuk sekarang ni makin sibuk nak puasa dan raya.
terima kasih

Hukum onani dan Cara Qada solat

 
 
pagi ni nak share sumber dari harian Islam..
senang sikit bila dah melanggan, jadi setiap apa yang mereka update Yaya pun dapat..
jadi Yaya nak kongsikan kepada korang semua sebagai menambahkan ilmu..
 
Posted: 25 Apr 2013 12:41 AM PDT
Soalan : Ustaz, mohon terangkan cara bagi meng-qada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun. Bagaimana niatnya?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus : Qada solat adalah sama caranya dengan solat fardu yang kita tunaikan. Sekiranya kita qada solat subuh, tetap ia dikerjakan dua rakaat. Niatnya adalah , “Sahaja aku solat fardhu subuh qada, dua rakaat tunai , kerana Allah” .. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada kelapangan sama ada dalam waktu subuh , waktu pagi , petang , ataupun malam.
Posted: 25 Apr 2013 12:26 AM PDT
Soalan: Apakah hukum apabila individu itu melakukan onani ? Sekiranya tidak beronani, mungkin beliau melakukan maksiat. Apakah kesan onani kepada tubuh badan dan minda ?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus : Hukum onani tetap haram sekalipun diberikan alasan akan berzina kerana Nabi Muhammad memberikan penawar bagi membendung gelora nafsu ini dengan menunaikan ibadah puasa. Kesannya kepada tubuh badan antaranya adalah melemahkan akal dan ingatan, sperma yang terhasil tidak shiat, penyakit lenguh, dan menyebabkan MATI PUCUK.
 

AURAT : dagu atau bawah dagu?

dalam kewajipan menutup aurat sering kita leka dan alpa..

tak payah nak menunding jari ke arah orang lain..
tengok gadis kat atas tu (of courde la yaya )
alhamdulillah dia dapat menutup aurat..
tapi adakah sempurna??
owh!! tidak..
masih lagi ada kekurangan pada diri dia dari segi menutup aurat..
 sumber ni yaya ambil dari blog hukum-hakam

Soalan:

Adakah dagu wanita termasuk aurat (anggota) yang dilarang memperlihatkannya.. saya ada melihat wanita yang memakai tudung dan menutup dagunya..minta penjelasan wallahua'lam


Jawapan:

Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Barangkali yang dimaksudkan oleh saudara penyoal iaitulah bahagian bawah dagu wanita. Jika benar demikian, maka jawapannya, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”

Berdasarkan kenyataan ini, sekali lagi dinyatakan bahawa bahagian bawah dagu TIDAK TERMASUK WAJAH, oleh kerana itu ia WAJIB DITUTUP.

berjaya!!

dah dua hari tak update blog..
sangat sibuk dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan..
yaya ni teringin nak beli telekung lycra kat internet tu..
tapi harga dia mahal la..
jadi yaya nekad untuk buat sendiri..
hari ahad tu pergi sungai besar, then beli kain lycra..
kain lucra taw sebab dia sangat lah lembut..
then malam tu jugak buat..
jahit punya jahit then pakai longgar la pulak muka dia,
betulkan balik..tup tup ketat sampai anak buah yang umo 3 tahun tu pun tercekik nak pakai..haha
then geram kejap yaya p letak dulu then baring-baring..
hujan turun membasahi bumi..
biasanya kalau masa hujan ramai yang suka tidokan maklumlah sejuk..
tapi yaya kalau hujan aktif la pulak..cerah je matanya..
apa lagi terus bersemangat nak buat..
then tepat pkol 1 pagi..
Alhamdulillah berjaya gak buat..
bila pakai memang lembut dan sejuk..



okay..
telekung ni special adition..
huhu..sebab obses sangat dengan warna ungu ni jadi yaya pun buat la owning dia wane ungu..
telekung ni yaya jual sepasang RM 65
kalau korang nak telekung sahaja RM 35

kalau nak tempah je pun boleh RM 25 sepasang (mana la tahu kan korang nak guna kain korang)

kalau nak tengok lagi hasil tangan yaya boleh singgah sini yaya craft page atau blog yayacraft

Segmen Free Button Badge Nametag #2 by Huda

yaya join sini..
semua syarat dah ikut + jadi follower


  •   nama : Cik Yaya
  •   no button badge : 3
  •   id follower : cik yaya


Batasan Bergurau

Gurauan?? Yaya percaya semua orang gemar bergurau senda bersama yang lain. Tapi bukan semua perkara boleh dibuat gurau. Memang ramai yang tak suka dan cakap yang Yaya ni "poyo la", "straight sgt la", 'gurau sikit pun tak boleh"
Memang ramai yang cakap dan ada kalanya sampai mereka hilang mood terus nak naik angin.
Maaf disini Yaya nak menyatakan bahawa Yaya memang boleh dibawa bergurau tapi biarlah kena pada tempatnya.
 
Sedangkan Baginda Rasulullah s.a.w turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian ,kegembiraan, belaian jiwa,keharmonian dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
 
Yaya tak kisah kalau mereka mahu marah kembali pada Yaya, kerana apa yang Yaya sampaikan pada mereka itu sebagai peringatan bukan untuk membinasakan. Jika kita ditegur oleh orang lain, terima teguran mereka dan ucapkan terima kasih kerana mereka masih sayang pada kita sebab itu mereka menegur silap kita.
 
Pernah suatu hari ada seorang abang yang sudah biasa datang ke sini dan dia bergurau pada Yaya dengan menyebut "April fool".. Yaya hanya mengatakan "mana boleh la April fool tu".
Then abang tu kata "alah nak bergurau sikit pun tak boleh, kalau tak boleh pergi ******************bla bla bla"
La..takkan Yaya cakap macam tu pun nak emosi sangat? dah kenapa abang?
Sabar je la.
Kenapa Yaya sensitif sangat dengan apa yang abang ni guraukan..sebab dia tak sedar "april fool" itu adalah hari dimana umat Islam dibunuh beramai-ramai. Umat Islam di perbodohkan. kalau korang nak tahu sejarah tentangnya boleh klik sini.. atau pun korang boleh search di google dan yaya percaya ramai yang berkongsikan cerita yang sama.

Haa..dah baca kan sejarah april fool itu?
Sebab itulah Yaya pantang sekali orang yang menyebut perkataan "april fool". Abang itu juga Islam jadi Yaya mahu mengingatkan dia.
Bukan sewenang-wenangnya saja kita nak bergurau ok.

Banyak batas yang harus kita ketahui dalam bergurau ini. Antaranya :
  • Dengan siapa kita bergurau--> kalau nak bergurau tengok dulu dengan siapa kita nak bergurau jangan main bedal je. Mana tahu mereka tu jenis cepat terasa ke kan susah. Hati orang bukan kita tahu kan?
  • Perkataan/ bahasa --> guna perkataan yang sopan dan sedap didengar. Jangan guna bahasa kasar dan menyakitkan hati orang lain.
  • Agama--> kita kena tahu tentang perkara dalam agama yang tidak boleh dibuat gurau seperti nikah, talak, cerai dan sebagainya. Oleh itu, kita harus timba lagi ilmu agama tu jangan sewenang-wenangnya nak memperolokkan agama Allah. "tak tahu bertanya, kalau malu sesat jalan"
  • Peribadi--> jangan suka-suka nak bergurau dengan maruah atau keturunan. Ianya suatu perkara yang sangat sensitif dalam diri kita sendiri kan? Kalau nak orang hormat kita, kita harus hormat mereka juga.

Setakat ini dulu luahan isi hati Yaya yang sedikit kecewa dengan sikap alpa sesetengah individu. Memberi nasihat itu bukan untuk memalukan tapi untuk memperbaiki.

Janji Allah itu pasti..



Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq, 3)

pernah dengar tak "Allah dah merancangkan sesuatu untuk kita" ?

Ya, semakin yaya meningkat usia semakin yaya sedar dan banyak belajar dengan apa yang terjadi.
Sedar dari dulu lagi kenapa tiap sesuatu itu terjadi samada baik atau buruk dan yaya tahu ada yang Allah dah rancangkan cuma kita je belum nampak lagi.
Yaya sedar slow by slow dengan apa yang Allah dah aturkan.
Keyakinan Yaya sungguh kuat yang Allah takkan pernah mensia-siakan Yaya walaupun Yaya  seakan-akan mahu rebah ditengah jalan.
Tapi disebabkan yakinnya Yaya pada apa yang Allah akan aturkan untuk yaya, finally yaya kuat untuk berjalan kembali atas muka bumi yang hijau ini.
Dulu lepas SPM, rasa macam kurang yakin dan nyaris putus asa kerana yaya hanya sambung STPM. 
Tak pernah terfikir pun akan masuk tingkatan enam tapi yaya tak pernah pun tak suka sebab ada jugak dapat panggilan poli tapi Yaya tak pergi sebab sudah mula jatuh cinta dengan pembelajarn tingkatan enam.
Alhamdulillah kini yaya mengerti kenapa yaya hanya dapat sambung di tingkatan enam sahaj, sebab Allah dah aturkan sesuatu untuk yaya pada masa mendatang.
Alhamdulillah yaya bersyukur sekarang dan tidak pernah menyesal.

moral dari kisah pendek ini adalah jangan pernah putus asa walaupun kita berada pada kedudukan yang paling bawah sekali kerana tidak mustahik suatu hai nanti kita lah yang akan berada pada kemuncak paling atas dan jangan pernah mengaku kalah sebelum pergi berjuang kerana kita tidak tahu lagi apa yang akan jadi.

Jadi untuk adik2 lepasan SPM tu, kalau korang dapat tawaran u / poli/ form 6, korang pilih lah mana yang korang mampu ikut kosnya. Jangan kita fikir kalau kita masuk tingkatan enam kita tidak pandai. JANGAN! kepandaian seseorang itu bukan di tengok dimana kita belajar tapi dinilai melalui keputusan kita nanti.
Jangan risau, korang masih ada harapan lagi untuk berjaya, cuma jangan malas udahlah ye..







budi do re mi 123456

jom layan lagu ni malam2 ni..
seorang sahabat yang menyuruh yaya mendengarnya tatkala masa tu yaya sedang bekerja,
pc kaunter yaya tu mana ada sound la jadi tak boleh la nak dengar, kalau tengok je tak dengar , mana ada feel..
jadi sahabat ni terus merajuk samapi sekarang..
maaf la, yaya tak pernah berubah pun la,, yaya tak tipu pun, yaya jujur.
jo lah layan daripada dengar aku dok merapu panjang..


Ada sebuah cerita tentang aku dan dia
Jumpa pertama ku dengannya di satu sore yang cerah
Singkat kata singkat cerita ku berjalan dengannya
Namun apa yang aku rasa mungkinkan ini cinta

Dan hatiku bayangkan dirimu mulai ada rindu
Dunia ku terhenti karena kamu
Mungkin bisa jadi milikku
Semoga lagu cinta ini bersarang tepat di hatimu

Satu kali ku bertemu dualah sudah rasaku
Tiga kata yang ku tahu aku cinta padamu
Empat malam ku menunggu jawaban cinta darimu
Lima tanda yang kau beri enampaknya kau cinta padaku

Dan hatiku bayangkan dirimu mulai ada rindu
Dunia ku terhenti karena kamu
Mungkin bisa jadi milikku
Semoga lagu cinta ini bersarang tepat di hatimu

1 2 3 4 5 dan 6 rasa ku tanam cintamu akan kembang
Begitulah proses akan menangkap hati darimu
Ya namanya orang juga lagi usaha, mau gimana lagi
Kau di sana ku di sini aku tersipu artinya malu

Satu kali ku bertemu dualah sudah rasaku
Tiga kata yang ku tahu aku cinta padamu
Empat malam ku menunggu jawaban cinta darimu
Lima tanda yang kau beri enampaknya kau cinta padaku

Satu kali ku bertemu dualah sudah rasaku
Tiga kata yang ku tahu aku cinta padamu
Empat malam ku menunggu jawaban cinta darimu
Lima tanda yang kau beri enampaknya kau cinta
Enampaknya kau cinta enampaknya kau cinta padaku
Enampaknya kau cinta padaku


Janganlah Cinta Ini Melebihi Cinta Padamu Ya ALLAH


Janganlah Cinta Ini Melebihi Cinta Pada Mu Ya Allah
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, niscaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu.

Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau berikan kepadaku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Sumber - Harian Islam

18 April 2013


kata hati yang tak mampu di ungkap.
terima kasih kerana sudi menonton.


“BEN ASHAARI dan WEECLICKS “

BEN ASHAARI

yaya tak pernah join segmen dari abg Ben Ashaari ni lagi.. Jadi hari ni mahu join untuk kali yang pertama.
soalan yang perlu dijawab : KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?

Yaya nak menjana pendapatan melalui internet ini kerana ianya lebih mudah dan juga menjimatkan masa.
Disebabkan yaya ni masih lagi belajar jadi niat untuk mempunyai butik/ perniagaan sendiri masih belum boleh di laksanakan sebab nanti siapa yang nak uruskan bila yaya sambung belajar.
Jadi yaya gunakan peluang dan kemudahan internet ini untuk mempromosikan perniagaan yaya.
Ianya mudah dan menjimatkan masa.
Jadi dalam masa yang sama Yaya boleh la uruskan hal lain sementara online shop yaya sentiasa boleh dikunjungi sesiapa sahaja.
jom singgah YAYACRAFT untuk cuci mata ^_^




Segmen BLOG REVIEW by Nina Maslizza


yaya join sini pagi-pagi..



kafir tanpa sedar

sedang usha2 fb yaya terjumpa satu post yang amat-amat penting untuk kita semua umat Islam..

WAJIB AMBIL BACA DAN AMBIL TAHU!!!

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

P/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

Kencing ber"bau"


Mungkin apa yang yaya akan kongsikan sebentar nanti ada sesetengah yang jijik dan geli..
Tapi ini lah yang patut koran ambil tahu juga kerana ia berkaitan dengan diri masing-masing.
Pernah tak korang menghadapi situasi dimana korang ber bau hancing bila masuk toilet?
sah2 la ladies kan..
Isu hancing ini bukan terjadi pada lelaki sahaja tau, perempuan juga menghadapinya.
Ingat! perempuan juga!
Jadi kita pun harus peka dengan perkara ini.

“Mengapa air kencing saya berbau tengik atau meloyakan?” Mungkin soalan tersebut malu untuk ditanyakan kepada doktor, apatah lagi untuk dikongsi bersama ahli keluarga mahupun teman-teman.

Jika hendak disiasat sendiri, mungkin individu yang menghadapi ‘tekanan’ perasaan ini akan memikir semula tentang apa yang telah dimakan. Mungkinkah asparagus, kopi ginseng, petai, jering atau ubat tertentu?

Bau air kencing berkait rapat dengan faktor isipadu dan kepekatan pelbagai jenis bahan kimia yang disingkirkan oleh buah pinggang.

Secara normal, air kencing yang cair tidak akan membebaskan banyak bau yang kurang menyenangkan. Sebaliknya, jika seseorang dalam keadaan dehidrasi dan air kencing menjadi pekat, ia akan berbau kuat.
“Banyak jenis makanan dan ubat seperti asparagus atau vitamin tertentu mempengaruhi bau air kencing.
Perubahan yang terjadi pada bau air kencing adalah bersifat sementara dan tidak memberi petanda tentang penyakit yang serius,” kata pakar urologi dari Yayasan Penyelidikan Mayo, Amerika Syarikat, Dr. Erik Castle.

Namun, menurut Castle, dalam kes tertentu seseorang perlu berwaspada. Sekiranya bau yang kurang menyenangkan berlaku setiap kali membuang air kecil, ia mungkin berpunca daripada jangkitan di salur kencing.

Biasanya, air kencing yang baru dihasilkan buah pinggang dan belum disingkirkan dari tubuh adalah dalam keadaan steril dan tidak berbau, atau hanya berbau yang tidak ketara.
Namun, sejurus ia terdedah pada udara, ia diurai oleh bakteria yang mencemarinya dari bahagian luar kulit dan salur kencing.


Penyakit yang dialami seseorang juga meninggalkan kesan. Jika seseorang menghidap penyakit kuning dengan pigmen hempedu yang berlebihan dalam darah, air kencingnya akan turut mengandungi pigmen tersebut. Ia akan berwarna kuning gelap, jingga atau perang.
Kehadiran darah dalam air kencing serta penyakit porphyria pula menjadi sebab ia menjadi warna merah. Selain itu, bahan lain yang boleh mengubah warna air kencing adalah ubi bit (merah) dan juga asparagus (hijau dan busuk).

Namun, perlu diingatkan bahawa jangkitan tidak semestinya terzahir pada warna air kencing. Lebih utama adalah sama ada air kencing kelihatan keruh. Keadaan sedemikian adalah petanda jelas tentang jangkitan bakteria, atau masalah batu karang.

“Biasanya, bau air kencing adalah disebabkan oleh makanan seperti kopi, atau asparagus yang kaya asid amino bersulfur, ataupun pengambilan ubat tertentu.

“Air kencing yang pekat daripada seorang yang sihat juga berbau teruk,” kata Dr. Mary Pickett dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau memberitahu, seseorang tidak perlu panik dengan kepelbagaian kemungkinan yang menyebabkan masalah tersebut. Apa yang lebih penting adalah seseorang itu faham mengenai kepentingan tabiat minum air secukupnya, bersenam untuk mengeluarkan peluh, serta makan makanan seimbang.

“Kesan pemeraman boleh terjadi pada air kencing yang ‘tersimpan’ dalam pundi kencing dalam satu tempoh yang lama. Kemudian, jika seseorang itu tidak mengosongkan pundi kencingnya dengan efisien, bau air kencing seperti mengandungi amonia yang kuat,” kata Pickett.

“Tetapi, bau air kencing yang seperti aroma manis buah-buahan adalah isyarat bahaya. Ia disebabkan oleh komplikasi diabetes yang dipanggil ketoasidosis,” terangnya.

Begitu juga dengan perubahan pada penghasilan garam semula jadi atau bahan kimia tubuh. Itu juga boleh mempengaruhi kekuatan bau air kencing dan membuatkan anda ingin segera keluar dari tandas selepas menunaikan hajat.

Walau apa pun yang anda bimbangkan, langkah pertama adalah dengan mengikuti ujian air kencing di klinik atau hospital berdekatan. Bukan sesuatu yang menghairankan jika keputusan ujian tersebut menyatakan bahawa anda normal, biarpun secara peribadi anda mungkin tidak selesa.

Walaupun benar ia jangkitan kuman sekali pun, seseorang tidak perlu cepat susah hati kerana masih ada penerangan dan kaedah untuk mengatasinya.

Hakikatnya, memang ada di antara kita yang mempunyai air kencing yang berbau teruk, dan ujian klinikal tidak memandang ia suatu yang berbahaya. Anggaplah ia satu daripada keajaiban kaedah semula jadi tubuh dalam menyingkirkan toksik yang tidak diperlukan tubuh.

Mungkin setiap seorang daripada kita perlu mengambil kira tentang beberapa perkara – pengambilan diet, ubat dan makanan tambahan.


name card dah sampai!!

lepas je hantar mak balik rumah..
yaya pun bergegas pergi pejabat pos pulak hanta order customer..
sampai-sampai ofis kakak cakap ada barang sampai..
dengan termengah-mengahnya yaya pun pergi amik..
berdiri kejap..tarik nafas..lepas..tarik..lepas..
baru tenang..
ish..budak yaya ni memang gelabah sikit orang nya..(bukan sikit tapi banyak!)
tengok je nama pengirim yaya dah senyum lebak habak hang..
haha..mane taknya dari abg apit
hehehe..

 haha terbalik pulok..sorry

 selamat keluar dari bungkusan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaaaaaaaaaaa..yes! name crad yaya dah siap..



eh name card ni bukan dua kad yang berlainan taw..
yaya amik pakej both side..
depan belakang ada..
sebelah yaya buat untuk CCY dan sebelah lagi tok LTC..
kan adil tu seperti namaku (perasan kejap)
yaya minat order kat apit sebab dia buat cantik dan sebelum hanta print apit akan tunjuk dulu kat kita..
banyak kali gak la apit tuka tok LTC..
maklumlah yaya ni banyak ragamnya..
sorry ye apit and thanks sebab buat name card yang super gojes ni..
selain itu bayaran pun boleh tahan juga murahnya..
senang cerita puas hati..
jom terjah blog apit..korang klik je gambar bawah ni..
ni apit ada kasi sekali name card dia..
yeeaah!! thanks again ^_^
card terbang dari kedah..
lepas ni boleh la yaya bagi name card ni tok customer dan pemenang-pemenang GA/ segmen yang yaya buat atau yaya sponsor..
kenapa yaya pun sibuk-sibuk nak buat name card? femes sangat ke ?
ok..yaya buat bukan la sebab lain..hanya nak promote online shop yaya ni..
so bila ada name card senang la sikit orang nak berhubung dengan kita kan..
sebab tu la yaya buat..alang-alang dah ada pakej mcm ni yaya buat la sekali tok CCY..
lagi pun tak salah mempunyai name card sendiri walaupun korang tak ada biznes n just ada blog..
name card ni untuk orang lebih kenal korang dan mcm yaya ckp tadi senang orang nak contact kita..
macam hari tu yaya pergi event then dapat name card dari blooger +Asyik Izas 

ni dia name card nya.. ^_^
ok la..sampai sini saja celoteh buat masa ni..tata ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...