Entri Terbaru

I'm back!!!!

 
Ku sangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan ditengahari,
Ku sangka laju hingga ketengah malam,
Rupanya dia buat hal lagi.

Pasti korang tahu kan apa atau siapa yang buat hal.
Mestilah line bb ni..
adoyai..
sabo je la.
ingatkan tinggalkan 2 hari , dia insaf..(haha..macam apa je kan)
niat nak bw blog rakan blogger yang lain dengan tenang dan damai..
huru hara pulak..
takpe2 Yaya akan slepak di rumah korang jugak dan tinggalkan celoteh2 ok :)
sambil menyelam minum air,
sambil singah Yaya klik iklan sekali :)
buat amal kan..
semoga murah rezeki :)
tata..
masa untuk terjah!!!!

Tak mudah lenyap dari ingatan

Entri pepagi buta ku taip di screen kecik hp kesayangan milikku ini..
Kali ini entri berkait kisah silam ku..
Dah lama Yaya cuba lupakan dia dan mengambil masa 3 tahun untuk menerima kenyataan yang dia sudah menjadi milik orang lain. dia dah jadi suami orang. Hanya redha sahaja yang dapat membuatkan Yaya tenang dan ikhlas dengan apa yang pernah dia lakukan. Bukan mudah kan nak cari yang setia bersama kita, dek kerana itu jugalah Yaya seakan susah jumpa pengganti.
Tapi itu semua cerita masa Yaya form 4, sekarang Yaya lebih matang dalam segala hal dan masih belajar.
Tapi pertemuan tanpa disengajakan 2 hari lepas membuatkan rindu datang bertamu buat seketika.
Bukan rindu pada cinta lama, hanya rindu nak melihat wajah insan yang pernah memberikan senyuman buat kita walau hanya 3 bulan cuma.
Sekejap je kan 3 bulan, tapi Yaya ambil masa 3 tahun tok melupakan.
Yaya pun tak fikir dah pasal dia.
Dia ada life dia, dan Yaya dengan life Yaya.
Allah always be with me ^_^

Line slow + jahitan banyak

Disebabkan line bb yang slow, kalau ditunggu mahu tetido Yaya..
Last2 update sat guna handphone yang cikai ni je..
Huhu..
Nampak dok bju yang betabur tu?
Ni nak kene setel hari ni, 3 nak pos besok..
Alamatnya mmg tak bukak la lappy kesayangan,
Takpe,kerja yang utama kan..
Nanti ada masa yaya bw blog korg k.

#eh dah siap bju raya?hehe

Wanita berpakaian tetapi telanjang

 
Terdiam seribu kata,
terdiam tanpa bicara,
mungkin kerap hal ini diutarakan tapi Yaya akan selalu menceritakan,
semoga kita semua kaun hawa mendapat hidayah dan lindungan dari Maha Esa.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal
bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"
( Sahih Muslim, bab jahanam dari kitab A;aadzal laahu minhaa 17:190 )

Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda :
"Diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan bila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

Di dalam riwayat Al-Hakim, dengan susunan demikian :
"Pada angkatan belakangan umat ini akan ada orang-orang yang naik keenderaan yang empuk hingga datang ke depan pintu masjid mereka dan wanita mereka berpakaian seperti telanjang"
( Dikuatkan hujah oleh muslim tetapi didaifkan oleh Abu Dawud dan An-Nasa-i.)

Golongan manusia telah disebutkan didalam Alquran mempunyai 2 penyakit itu penyakit ragu-ragu dan syahwat. Diantara penyakit syahwat adalah kesukaan melihat wanita dengan ghairah. Sesungguhnya berpakaian seperti telanjang adalah pakaian yang tidak dapat menghilangkan ghairah lelaki ketika terlihat wanita. Kaum lelaki akan melihat wanita tersebut seolah-olah telanjang didepannya. Ini membuka pintu-pintu zina dan perkosaan. Berpakaian seksi yang menampakkan bentuk tubuh badan walaupun lengkap bertudung juga tergolong dalam kategori pakaian seperti ini. 

Kaum wanita adalah disyariatkan melabuhkan kerudung mereka untuk menutup bahagian dada, melonggarkan pakaian dan kain yang tidak telus untuk menutup perhiasan atau keindahan tubuh mereka dari pandangan tajam orang lelaki kerana orang lelaki yang berpenyakit syahwat akan melihat keindahan yang ada pada mereka. Kadang-kala ada wanita yang bertudung tetapi dengan senggaja membelah kain mereka untuk memperlihatkan peha mereka juga termasuk golongan wanita yang berpakain seperti telanjang. Berseluar dan menampakkan bentuk pinggul juga adalah berpakaian seperti telanjang. Oleh itu berhati-hatilah kaum wanita, jagalah kehormatan kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna adalah wajib dan hukumannya sangat berat. Tidak mencium baunya syurga apatah melihatnya.

Jadi wahai kaum Hawa, tutup dan jagalah auratmu supaya kau mendapat tempat yang mulia diakhirat kelak.
Ini peringatan untuk Yaya juga..


Senarai peserta Mei topap giveaways

 
Thanks kepada yang sudi join giveaways Yaya yang sedang berlangsung hingga akhir bulan..
maaf lambat update senarai peserta..
tapi memang nak update lambat sikit sebab nak kumpul dulu..
ok bawah ni senarai peserta..
apa lagi jom blogwalking ke blog2 mereka..
boleh tambah kenalan kan..
  1. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  2. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  3. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  4. http://maerahim.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  5. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  6. http://theonlydaughteroflee.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  7. http://farispunyabelog.blogspot.com/2013/05/1st-segmen-saya-nak-ruang-iklan-by-faris.html
  8. http://blog-threeinone.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  9. http://sabghina.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  10. http://www.fatindiana.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  11. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  12. http://cahayasirius.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  13. http://april-in-love.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  14. http://sitizawiah95.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  15. http://pelaikamonsterer.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  16. http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  17. http://sweet7cupcakes.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  18. http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  19. http://blogmenang.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  20. http://doodlemerah92.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  21. http://impianakumemetikbintang.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  22. http://lienliedot.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  23. http://jomkitamengundi.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  24. http://gadisbiasaevents.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  25. http://wwwfarahshahera.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  26. http://ilovecontestandgiveaway.blogspot.com/2013/05/mei-topup-giveaways-by-cik-yaya.html
  27. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  28. http://syierajoingiveaway.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  29. http://whisperofcinta.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  30. http://syazwanieafandi.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  31. http://apewajew.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  32. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  33. http://meetninaa.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  34. http://ctalfakhishah.blogspot.com/2013/05/segmen-mei-top-up-giveway-by-cik-yaya.html
  35. http://nabilaizzati17.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  36. http://eiraaikawa.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  37. http://alia-manis.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  38. http://masespiranza.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  39. http://nurainothman.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  40. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  41. http://mekiraie.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  42. http://purplishinlove.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html#comment-form
  43. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  44. http://aimiathifah15.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  45. http://aqueiez95.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  46. http://unguyangmerah.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  47. http://anis-tikah.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  48. http://official-shahirasulaiman.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  49. http://alfian-700.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  50. http://gadis-hijau.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  51. http://aimionlyforcontest.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  52. http://asyikin-ga.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  53. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  54. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  55. http://syimanakhadiah.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  56. http://cikaydashafiqa.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  57. http://miramohdsakri.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  58. http://umikasum.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  59. http://www.mhakimfaiz.my/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  60. http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  61. http://mykawaii-world99.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  62. http://aliasafifah.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  63. http://ehfarahin.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  64. http://ilhooniewifey.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  65. http://bintuabuhassan.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  66. http://ezbil-official.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  67. http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  68. http://mardiyanhani.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveways-by-cik-yaya.html
  69. http://nurfara-hani.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  70. http://contenganvampire14.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  71. http://awesomesr.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  72. http://ifahpunyalifestory.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  73. http://ikajohans.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  74. http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  75. http://smileandsmile123bye.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  76. http://arinalola.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  77. http://missrochelle1999.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  78. http://riqa-ainureen.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  79. http://lembuituhandsome.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  80. http://iweaiyraa.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  81. http://amar-ga.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  82. http://mimifaziana.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  83. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaway-by-cik-yaya.html
  84. http://cik-rainbow.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  85. http://areenaulim.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html
  86. http://izad-mohd.blogspot.com/2013/05/mei-topap-giveaways-by-cik-yaya.html

TAMAT

Done with interview... yes!!

 
snap pict in the car otw to uitm
As we all know, today is the day!! ^_^ yippi!!
the question is :
adakah Yaya dah sedia untuk ditemuduga??
ofcourse la nervous right? haha..
Yaya ni memang la nampak je cool kat luar, kat dalam hati sapa tahu?
dup dap dup dap tang tung tang tung bergegar jantung ni bagai nak jatuh..
kitorang gerak pkol 7 lepas siap2 semua benda..
then singgah breakfast dekat kapar..
sempat snap lepas makan tadi sementara tunggu my babah..
tak tahu pakcik2 indian kat belakang tu cakap hape..
then kitorang pun meneruskan perjalanan..
takut gak tak sempat..
nasib baik..
tepat 8.30 pagi kami telah pun berada dihadapan fakulti akademi pengajian bahasa..
ramai wow orang nak tunggu temuduga..
tapi hari ni yang amik bahasa arab pun join sekali..
sebab tu ramai..
datang2 Yaya tegur sorang gurl ni.. kedah mari..
Yaya tanya nak daftar ke kan..
dia soh cek nama..
dalam hati berkata, "mesti nama aku first sekali"
tengok2 tepat tekaan Yaya..
dah selalu mcm ni sebab nama huruf "a" ADILAH BINTI MOHD ASARI
simple kan nama..?? (perasan je)
then kami pun kene la beratur ikut panel..
masa tengah beratur sembang lagi..
kedah mari jugak..
ramai gak dari kedah kan..
lepas tu kene panggil dorang nak cek sijil2 dulu sebelum kami masuk bilik interview..
interview sekali 3, kurang la gemuruh tu kan..
tengah cek2, seangkatan Yaya ni gurl n boy..
yang gurl ni ganu kita..hehe..
then yang boy dari johor..
memang la jauh2 mereka ni mai..
walaupapepun all the best tok korang semua ok..
nak tahu apa yang dorg interview??
meke soh cerita biodata kita dan apa hobi kita in english..
ada la sikit2 soalan biasa je dorang tanya..
soalan simple je korang..
tak perlu nak pening2 baca2..
hanya perlu ada pengatahuan am sudah cukup..
sebenarnya nak tengok keyakinan kita je kan..
tak lama pun interview tu tak sampai 10 minit..
then kami bertiga pun keluar dan balik..
pagi lagi kan, tengok jakel tah bukak ke belum..
sempat la beli kain lagi..hehe..
kami pun meneruskan pejalanan ke pantai remis, ingatkan nak jumpa mak tam yang niaga kat situ, rupanya maktam ada order..dorg kat umah kenduri..
jadi kami pun sekejap je la..
then perjalanan harus diteruskan sampai ke bukit malawati..
korang tahu tak bukit malawati ni tempat apa?
nak tahu tak??
buat apa kami ke situ?
apa lagi p cari restoran la nak lunch..
ternampak pulak kereta myvi turquoise flat "BKK"
kelak besar kami..hahahahaha..kantoi kakak lepak sini..
bawak aina jalan2 la katakan..
maklumlah aina 2 minggu kene tinggal ngan mak dia sebab outstation kat ganu..
sempat culik budak montel ni bawak balik..
nasib baik dia tak cari ibu dia..

dengan selamba dia pun berkata "mak cik aina nak tangkap gambar"..
terus buat muka..

ngeee.."makcik tengok gigi aina rosak :( "
pandai anak buah Yaya mengadu.

tengok tu..
punya semangat makan ais krim mini sundey..
makcik mintak sikit aina bagi seciput je..lepas tu aina cakap "makcik makan sikit je taw"
haha..ye la aina..

begitulah cerita Yaya hari ini :)
tata u all

Bukan mudah menerima dan tidak sukar untuk memberi.

 
Mungkin mudah untuk kita memberi sayang tapi adakah hati kita sudah menerimanya sepenuh hati? Mungkin mengatakan "cinta" itu senang, tapi untuk memberi erti cinta yang sebenar itu tak semudah ABC. Hati memang mudah rapuh tapi sukar untuk tertambat. Hati memang mudah kecewa kerana senangnya menerima. Tapi kini Yaya lebih kuat, kuat dari dulu. Kenangan cinta dulu menjadikan pengajaran untuk hari mendatang. Stiap hari Yaya tak berniat untuk mencuri hati-hati mereka sehinggakan mereka menaruh hati kepada Yaya. Maaf hati ini sepenuhnya untuk Allah dan selebihnya Yaya serahkan pada takdir.
Ya, mencintai itu mudah.
Tapi, menyakiti itu lagi mudah.
Walaubagaimanapun Menyembuhkan itu susah.

Ya, mencintai itu mudah.
Tapi, main-main dengan cinta itu lagi mudah.
Walaubagaimanapun menjadi setia itu susah.

Cinta itu kebanyakan di bibir saja.
Tapi sayang itu tumbuh di dalam hati.

Hanya memerlukan sedetik untuk menyatakan kata cinta.
Tapi memerlukan seumur hidup untuk membuktikan kesuciannya.

Jangan mudah ucapkan cinta jika diri tidak dapat setia.
Jangan mudah ucapkan cinta jika tak ada niat menjdi pasangan hidup.

Kerana seseorang akan menjadi korban dan tersakiti.
Kerana siapapun berhak mendapat cinta sejati.
Sebagaimana keinginan kita mengejar bahagia.

Tolong jangan anggap Yaya gila!!

 

Mesti ramai yang tahu ada artikal yang mengatakan apabila individu memuat naik gambar makanan, mereka mempunyai sakit mental..
ok tolong jangan cakap yaya sakit mental kerana memang yaya nak jugak kongsi menu satay malam ni..
al-kisah tadi kan nak bawak mak pergi berubat tapi makcik tu cuti pulak..
jadi kene tunggu minggu depan la..
alang-alang abah pun bawak la kami makan kat luar..
satay ni sedap..
memang sangat sedap dan baru pertama kali yaya makan..
ok ada empat jenis satay..
SATAY KAMBING, SATAY ITIK, SATAY ARNAB & SATAY AYAM (khas untuk mak sebab mak tak pandai makan yang lain)..
yaya pun tak pernah rasa selain ayam..
tapi cuba je la..
hasilnya memang memuaskan..
tapi yang paling sedap bagi yaya ialah satay itik sebab rasanya manis u all..hehe
pas ni nak makan kat situ lagi la..
tapi tengok jugak la ramusn orang tu pakai..
kalau kurang tak memikat selera pengunjung gak..
tapi restoran tu memang ramai orang datang..
satu balik dua orang datang..

Blogger tak boleh terima TEGURAN?

 

Hai korang..
lama tak update..
ni nak story pasal ada sesetengah blogger yang melenting bila ditegur pasal entri mereka yang mungkin agak kurang sopan or kurang baik untuk dikongsi..mungkin entri mereka boleh mengaibkan pihak lain..
Salah satu entri Yaya pun pernah mendapat teguran seorang blogger ni yang tak asing bagi Yaya..
dan Yaya menerima dengan lapang dada..
ye memang kita bukan sesiapa nak menghukum kan..
at least bila orang tegur, maknanya orang tu sayang or prihatin pada kita..
janganlah cepat melenting..
kalau teguran tu salah, korang boleh cakap baik-baik kan bagi tahu mereka..
dalam dunia blog ni adat ada yang menegur..so adatlah juga kene menerima..
nanti bila korang dah melenting, mana tahu blogger tu kecik hati ke dah tak mahu nak singgah beri komen..

Tapi bukan teguran "manusia" Yaya nak share petang ni..
Yaya nak share satu "teguran" lain..
teguran ni adalah dari mahkluk Allah yang lain yang kita hanya boleh nampak dengan mata halus sahaja..
al-kisah mak Yaya ni dah berbulan sakit..
sakit tak la teruk..
kalau kita tengok mesti kita cakap "ala sakit orang tua, biasalah tu"
mak selalu sakit2 belakang dan tak bersemangat menempuh hari..
malas je mak rasa..
bila ubat kat darus sifa'..
mak ok..tak ada pape yang berlaku..atau nak dikata lain "rasukan"..
tak ada sama sekali..
then dah dua kali berubat still sama juga..
kadang-kadang kesian tengok keadaan mak..
dan semalam Yaya pun bawaklah mak kat rumah kakak ipar makcik..sebaya mak acik ni..
makcik ni selain pandai urut orang dia pun boleh tahu kot-kot ada benda lain kan kat badan kita..
sah sah!!
mak rupanya dah terkena "teguran"..
patutlah mak lain macam je..tapi tak pasti kene kat mana..yang pasti dah lama semenjak mak berubah..
malam ni pergi lagi nak mandi air limau..
semoga lepas ni mak sihat macam dulu..
kita hanya berusaha dan Allah lah segala yang memberi kesembuhan..

" Giveaway dari Blog Zeera "

 

Tarikh tamat : 24 May 2103

Cara untuk ucapkan "I LOVE YOU"

 
Entri kali ini untuk pasangan suami isteri taw..
kalau couple2 ni dok molek lagi..
I Love U adalah ungkapan cinta yang paling banyak di gunakan untuk ekspresikan rasa cinta pada sang kekasih. Namun, ungkapan ini tidak boleh di ucap sebegitu sahaja kerana ia adalah ungkapan penuh dengan emosi kasih sayang dan cinta. Berikut adalah beberapa cara untuk berkata I Love U.

1.) Mulakan bersembang dengan pasangan anda. Kemudian, anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh membuatkan mood dia tenang. Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang pada anda, anda ucapkan kata I Love U dengan segera. Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak balas positif.

2.) Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang tepat pada matanya serta sebut I Love U.

3.) Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan perkataan I Love U melalui perbuatan. Korbankan apa yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu cara untuk anda berkata I Love U. Anda luahkan kata cinta melalui sekecil-kecil perbuatan hingga sebesar-besar perbuatan.

4.) Ungkapkan kata I Love U ketika anda sedang bergurau senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima apa yang ingin di sampaikan pasangan.

Istikharah cinta

  



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Yaya sangatlah luluh tatkala dengar lagu ni..
tersentuh dengan makna lirik lagu ni yang betul2 bisa buat Yaya menitiskan air mata..

Jom beriklan free

 
Siapa nak letak iklan tanpa bayaran??
free-free je yaya bagi..
hehe tapi bukan kat blog yaya la..
kalau nak korang boleh klik sini
link atas tu bukan link kutip-kutip duit taw..
itu link untuk ke blog faris yang bermurah hati nak bagi tapak iklan free kat blog dia..

Betul sayang awak takkan pudar?

 

Awak..
Awak janji akan sayang saya walau apepun yang terjadi?
Awak janji takkan tinggalkan saya?
Awak janji akan terima saya seadanya?
Awak janji akan jaga saya sampai bila -bila?
Awak janji sayang awak takkan pudar?
Please promise me sayang..

Hahaha..
asal la ko jiwang malam-malam ni yaya?
Ni kes tengok drama la ni..
Act memang dah lama Yaya tak layan drama ni..
Tetiba semalam masa potong kain bukak la tv9..
tengok cerita ni best pulak "luluhnya sebuah ikrar"
last-last terbawak pulak dalam life ni..
sengal punya Yaya..
Yaya pun tak tahu la episod ke berapa yang Yaya tengok ni kan..
cerita semalam ada sepasang kekasih ni, Yati dan Shah..
dorang baru tunang semalam tapi kawan baik Shah dari kecik ni memang suka dia then si Alin dengan maknya yang jahat pun buat rancangan..
Habis kene rogol si Yati ni..
Langsung Yaya sakit hati bila tengok..Kesian kot kene macam tu..seram pun ada sebenarnya mintak la dijauhkan..semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah..
Hari ni pulak ceritanya si Shah tunang Yati ni macam serba salah..ya la kan tunang kene jadi macam tu siapa yang tak sedih plus hati bercampur baur..
macam-macam perasaan akan ada..
nasib baik Shah still terima lagi..
tapi tak tahu la..bila tengok tajuk rasa macam Shah akan tinggalkan Yati sebab peristiwa hitam tu..dibuatnya pulak tadi Yati dah disahkan hamil..
lagi la hancur hati ni..

Ni la yang Yaya takutkan..
takut kalau bende ni terjadi pada Yaya..
adakah dia akan sayang Yaya lagi?
tapi Yaya doa agar sentiasa dilindungi oleh Allah..

Kepada sang Adam..
jika mungkin perkara ini terjadi pada diri insan yang anda sayang dan cinta..
tolonglah jangan tinggalkan mereka..
andalah insan yang akan mengembalikan semangat dan kepercayaan mreka..
susah wow bila terjadi macam tu..
memang ada yang akan hilang kepercayaan kepada lelaki..
jadi korang jangan lah tinggalkan insan yang korang sayang tu walaupun Yaya tahu mesti hati korang sakit sangat kan..
tapi lagi sakit hati insan yang menanggungnya tahu..
tolong jangan pentingkan diri sendiri..
dulu bukan main lagi janji..
bila dah jadi macam ni korang senang2 je nak tinggalkan..
hope korang semua adalah lelaki yang bertanggungjawab..
insyaAllah ada hikmat disebalik setiap yang berlaku..


Header bertukar lagi..

 

ok header kali ni adik fiqa sayang tolong buatkan..
sebab??
sebab boleh baca kat sini  http://fiqansz.blogspot.com/2013/05/header-untuk-kak-yaya.html

ok da tahu kan sebab dia?
dan bila upload still jadi warna hitam belakangnya..
then adik fiqa jugak la yang betulkan kasi hilang..
tapi header ni lagi cantik sebenarnya sebab ini untuk transparent..
jadi tak nampak la apa yang sepatutnya nampak..
huhu..
takpe2..
pelan2 Yaya cuba betulkan ok..
adasesiapa yang boleh tolong yaya hilangkan header dengan body blog??
sangat memerlukan pertolongan korang yang mahir..
thanks ye..
n thanks again tok adik +Fiqa Nsz syg

Excited gila!!!!

 

ok bila korang baca tajuk pun korang boleh agak perasaan Yaya yang sedang teruja + excited sekarang ni..
Yaya sangat lah excited sebab..sebab nak sambung study..
Bila ni ya??
oh terasa lama la pulak..
padahal baru beberapa bulan je cuti kan..
Bila ambil adik dari sekolah tadi bertambah lah keterujaan Yaya..
sangat rindu cikgu marah, saat menggelabah nak study tok exam, karenah kawan-kawan dan macam2 lagi lah..
oh sangat teruja..
tapi lepas ni keadaan akan berbeza.
Yaya akan belajar dekat IPTA..
semua akan lain..
Yaya kene jaga diri dan kene cekal sebab banyak dugaan diluar sana..
semoga Yaya kuat..

#kene buat persiapan ni nak temuduga..
wish me luck korang ^_^

Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..

 

ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

 
As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Silent readers? Suka atau tak?

 
 
Hai semua.. lamanya menyepi..mula-mula korang kene tgk dulu header yaya yang dah lain yang dah kurang serinya..mana perginya header yang dulu?? ok al-kisah yaya ni nak la letak header yang baru then bila upload dua tiga kali dia jadi hitam bahagian yang dah yaya buat transparent tu..ok lama-lama lemah pulak semangat..mana taknya punya la semangat nak membuat, sebenarnya yaya ni bukan la kreatif sangat nak edit2 ni..just simple je..yang baru ni pun ok la asalkan berheader ^_^..
Balik kepada tajuk diatas.
Adakah korang salah seorang silent readers kat blog yaya?
Ada sesetengah blogger yang tidak menggemari dengan kewujudan SILENT READERS ni.
Jangan lah marah dorang ok, sepaptutnya kita harus menghargai mereka walapun mereka tidak meninggalkan jejak dalam komen.
Sebab? mungkin dorang lebih suka silent readers ni meninggalkan jejak seperti komen didalam entri mereka.
Lagi banyak komen lagi best kan?
Tapi bagi Yaya, kewujudan mereka ini tidaklah mengganggu Yaya dan Yaya tak kisah dengan kewujudan silent readers..
korang dialu-alukan ke blog picisan Yaya ni. ^_^
Hahahaha..ok
Sebenarnya terkadang pun Yaya suka menjadi SILENT READER..
Kenapa? Best sangat ke jadi silent reader ni?
Mungkin terdapat beberapa sebab mereka dan Yaya juga terkadang menjadi silent readers.
Antara sebab yang membuatkan Yaya menjadi sebegitu adalah kerana kadang-kadang Yaya tak tahu nak beri komen apa dalam entri mereka tu. (takut salah bagi komen lak) dan yang kedua adalah alasan paling pemalas...mestilah Yaya malas nak menaip komen walaupun ada banyak yang Yaya nak komen sebenarnya.
Hahaha..kadang-kadang kita pun rasa malas nak menaip..
Yaya je la kot.
ok itulah alasan kenapa Yaya gemar menjadi silent reader.
Sorry kalau ada yang tak suka.

5 cara pikat lelaki

 
Mengorat Lelaki
Cara pertama: Kecantikan.
Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata-mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.

Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia.
Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya.

Cara ketiga : Jadi diri sendiri.
Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.

Cara keempat : Jangan cepat menyerah.
Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda.

Cara kelima : Jadi pendengar yang setia.
Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia.

Senyuman tetap terukir biarpun maut dihadapanmu..

 
biarpun diambang maut,lelaki ini  tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah,sebagaimana Bilal,akidahnya tidak berganjak. 
Dia dapat melihat syurga dihadapannya. AllahuAkbar. AlFatihah.


Teguhnya iman dia biarpun diambang maut, dia tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah,sebagaimana Bilal,akidahnya tidak berganjak.Dia dapat melihat syurga dihadapannya.AllahuAkbar.AlFatihah.

Pemuda ini bernama Husain Khudri..

Beliau berasal dari suku Kurdi,Iran..Pemuda hebat ini dihukum gantung oleh kerajaan Iran kerana beliau merupakan Aktivis pro-sunni dan aktif menyebarkan dakwah ahli sunnah wal jama'ah.. Lebih mengagumkan Husain Khudri menyambut kematiannya dengan senyuman..

Allahu Akbar..

Moga Syurga buatmu..

 ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...