Entri Terbaru

Siapa pemilik "belog Una Mizah"

una mizah

Assalamualaikum dan selamat malam..
Malam ni satu entri ni saja yang Yaya sempat update, sat lagi nak hadap tv rehatkan minda..
Penat menanam bunga petang tadi pun tak habis lagi..

Haa ni mai mai Yaya nak share satu blog dekat dihati jauh dimata..
Tak la jauh sangat pun owner nya, dok nun ha belakang rumah Yaya je..hehe..jauh la jugak kan..tiga, empat langkah sampai la rumah dia..hehe..

Family selalu panggil dia Nana.. Nana baru je darjah 4
Si Nana ni haa minat pulok nak berblog sebab tengok Yaya syok bebeno berblog..Yaya pun tulun la ajarkan dia ni...
Jom la singgah blog dia, klik header atas tu je ok ^_^
dah singgah follow la sekali..
Nana baru je berblog dan tak la semahir awak-awak semua ^_^

Eh apa kaitan dia dengan Yaya ye?..jeng jeng jeng..
dia sepupu kita la.. ^_^


Kenali Imam Muda Bosnia , Fatih Seferagic


  

 

Assalamualaikum dan selamat petang. Semalam tatkala melihat berita di tv3 yang telah menyiarkan tentang kisah hidup Imam muda ini, Yaya jadi tertarik untuk mengetahui tentang bioadata diri dia dengan lebih lagi. Walaupun mungkin Yaya lambat kenal or dengar cerita tentang Imam Muda ini. Subhanallah, sudahlah kacak, bila dengar je dia mendengdangkan ayat suci al-Quran, bergegar jantung..boleh luluh taw ( cair terus)...hehe..gatal pulak..
tapi itulah kebenaran tentang Imam Muda ini. 

Biodata Fatih Seferagic :
  • Dilahirkan di Jerman.
  • Merupakan warganegara Bosnia Hazegovina.
  • Beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat dan telah bermastautin di sana ketika berumur 4 tahun.
  • Beliau tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum berpindah ke Maryland.
  • Beliau tinggal di Maryland selama 7 tahun dan sebahagian besar dari usia kanak-kanak dan remajanya di habiskan di Baltimore.
  • Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.
  • Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.
  • Beliau kini adalah ketua pemuda di Masjid Syaikh Yasir Birjas di Dallas.

Untuk pengetahuna semua Fatih telah pun berada di Malaysia bagi membuat penampilan sulungnya bermula 22 Jun hingga 7 Julai 2013.
Masih ada masa lagi kalau nak pergi kesana mendemgarkan ceramah dari Imam Muda ini.
Kat bawah ni Yaya share jadual ceramah.. dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh jugak klik sini

 

jom dengarkan alunan suara dari Imam Muda Bosnia ini 



selamat berhujng minggu ^_^ semua

SEGMEN JOM BERKENALAN BERSAMA BLOGGER

 

Alhamdulillah petang-petang ni nak join satu segmen sempoi++++..
asyik join segmen yang ada hadiah je, kali ni join segmen menambah + berkenalan dengan blogger lain..
kalau nak join klik banner atas ni ok sayang ^_^

Nama sebenar : 

Sabtu dan Ahad hari bercuti,
Pergi bercuti ke Pulau Langkawi,
Adilah Mohd Asari nama diberi,
Dah singgah sini, follow la sekali ^_^

Tarikh lahir : 

Nak kata tua nampak muda,
Nak kata muda macam...nggrrrr,
Umor Yaya dah masuk angka dua,
al-maklumlah lahir 30 januari 1993.

Cita-cita :

Dari jauh dengar bebelannya,
Dari kecik suka bercerita,
Tapi cita-cita bukan nak jadi pemberita,
Cuma nak jadi lecturer.

Hobi : 

Suka suki nyanyi-nyanyi,
Nyanyi-nyanyi menghibur hati,
Menjahit baju menjadi hobi,
Best sebab boleh reka sendiri.

warna kegemaran : 

Malam-malam makan jamu,
Makan jamu bersulam air tebu,
Warna ungu tetap nombor satu,
Selepas itu warna merah jambu.

benda yang paling disayangi : 

Jalan-jalan sambil berlari,
Tengah berlari terpijak duri,
Semua barang empunya diri,
Tetap ku jaga sampai akhir nanti.

tujuan berblog : 

Mula-mula nak buat diari,
Sebab tengok kawan syok sekali,
Tapi kini tidak peribadi,
Tempat berkongsi setiap hari.

Hahahahahaha, gelak puas-puas sebab stuck in the middle..tujuan Yaya berblog ini adalah sebagai perkongsian ilmu kepada yang lain..tapi mula-mula sekali dapat reka blog kita sendiri walaupun byk dibantu orang yang lebih mahir tapi yaya puas sebab dapat jugak buat macam mana yang Yaya suka. Blogku, cara penulisanku. Nak tahu kenapa nama panggilan "Yaya" bukan "Dila"? awak semua boleh klik button "owner" di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam..huhu ^_^

E-novel

Assalamualaikum..
semua puisi dan cerita serta yang berkenaan adalah hasil dari ideologi yaya sendiri..
selamat membaca..
kalau rasa kurang enak untuk dibaca anda dialu-alukan untuk menjadi kritikus karya yaya :)

*kritikus = pengkritik

SESUCI KASIH LAVENDER

Rambut sama hitam, hati lain-lain

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Pedih la pulak mata ni..huhu..
Firstly Yaya nak ucapkan terima kasih kepada Acik yang sudi review blog Yaya yang tak seberapa ni..
Ni Yaya nak balas balik review Acik.. sempoi-sempoi je..
Kalau kita masuk je nampak header Acik yang tersenyum je..bila tengok gambar senyum automatik Yaya suka dan tersenyum tanpa sedar..mesti korang pun suka kan?? kan? kan?..hehe
Blog Acik ni best, sebab selalu share cerita yang memberi pengajaran buat semua. Green blog (ekekeke ^_^ ) but nice taw..
Dulu jarang nak drop dekat blog Acik, tapi godek punya godek lama-lama hati terpikat dengan setiap entri yang dikongsikan. Acik ni tak lokek kongsi ilmu dan tak berat untuk membantu andai kita ada masalah dengan blog ke, kalau nak tanya or kongsi masalah kita dengan Acik pun dia ok saja ^_^
Macam Yaya la kan..ekekeke, dulu ada jugak mintak pendapat dari pada Acik + minta tolong lagi sebab ada prob dengan blog.. laju je Acik bantu, thanks tau..jom klik header Acik kat bawah ni k ^_^

 

Baiklah, berbalik kepada tajuk diatas "rambut sama hitam, hati lain-lain".. Apa yang korang fikirkan bila terbaca tajuk seperti ini? Tak dinafikan jika dilihat dan kita sedia maklum rambut kita rata-rata sama berwarna hitam, tapi dari segi hati kita? Adakah hati kita semua sama? Sayang, benci, iri hati, suka, gembira, baik budi, dan pelbagai lagi. Kita tak tahu apakah perlakuan dan percakapan yang kita tuturkan seharian boleh diterima dan disenangi semua orang atau tidak. Mungkin cara percakapan kita tidak boleh diterima sesetengah orang walaupun sebenarnya itu memang cara seharian kita bertutur. Tak semua orang boleh terima cara kita kan? Cara perlakuan kita dengan mereka. Mungkin kita sudah baik tapi tetap jugak ada yang tidak suka. Syaitan itu akan sentiasa membisikkan agar kita membenci perbuatan yang baik. Oleh itu, mari kita semua rawat hati kita balik agar kita sentiasa bersangka baik pada orang.

Mungkin cara kita sebenarnya dah elok, tapi hati manusia kita tak tahu kan? Jadi untuk peringatan kepada Yaya juga, sebaiknya kita cuba perbaiki cara percakapan dan perlakuan kita agar tidak menyakiti hati orang lain dan seringlah meringankan lidah untuk meminta maaf walaupun dari mata kasarnya kita tak ada buat salah, mana tahu ada yang terguris dengan apa yang kita ucapkan. Tak semestinya kita meminta maaf sebab kita ada buat salah kan. Memintak maaf tak susah mana pun. macam ni "Yaya mintak maaf ye pada awak semua andai entri ini ada menyinggung hati ". Senangkan? 0-0 ok ^_^ hehehe..

 

p/s : Jaga percakapan, jaga perlakuan, jaga hati ^_^.. Ringankan lidah meminta maaf ^_^

Punca masalah remaja #Ibu bapa

 

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Alhamdulillah masalah jerebu sudah makin pulih..
Kali ni Yaya nak mengulas tajuk yang sering dikeluarkan sebagai tajuk karangan..
Kalau form 6 tu memang beratus la kene buat patah perkataan.. (600-700) kalau tak silap or lebih..hehe..
Jadi Yaya nak keluarkan balik isi-isi yang berkaitan mana tahu ada yang nak cari idea nak buat karangan cikgu suruh kan. Tapi untuk setiap enti hanya satu je la Yaya bagi isi :)

Salah satu punca kepada masalah remaja bermula daripada rumah iaitu ibu bapa itu sendiri. Sebagaimana  yang diketahui ibu bapa merupakan asas utama pembentukan anak-anak kerana merekalah orang yang paling  hampir dan menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Didikan agama yang betul harus diberikan kepada anak-anak dari sejak kecil lagi bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang masih kecil mereka umpama kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Sebagaimana ibu bapa mencorakkan mereka, sebegitulah mereka akan menjadi. Ibu bapa juga merupakan tempat anak-anak menumpang kasih sayang. Jikalau bukan ibu bapa , pada siapa lagi mereka mahu mengadu? Ibu bapa yang sering bertengkar akan membuatkan si anak tertekan dan mereka juga kekurangan kasih sayang dek kerana salah faham anatara ibu bapa. Mereka diabaikan dan terdapat juga ibu bapa yang melepaskan amarah mereka kepada anak-anak yang tidak berdosa kerana tidak dapat mengawal emosi mereka. Pantaskah anak-anak mendapat layanan sebegini? Dimanakah kasih-sayang yang sepatutnya dicurahkan oleh ibu bapa? 
Anak-anak bukan tempat melepaskan marah tapi sebaliknya tempat mencurahkan kasih sayang. Anak-anak kurniaan Allah dan kita harus menjaganya dengan baik. Oleh itu, anak-anak yang ibu bapanya bermasalah , mereka sering memberontak dan melepaskan tekanan mereka dengan melakukan perkara-perkara seperti ponteng sekolah, vandalisme, gangsterisme dan pelbagai lagi untuk menarik perhatian ibu bapa. Jika sudah begini, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Okeh sampai sini la karangan Yaya.. maaf sebab mcm bercelaru je karangan kali ni..
Tulah, dah lama tak buat karangan, hadui sedih betul la rasanya,kalau ayahanda cek ni mesti kene marah dengan dia..huhu..sory la ayahanda, anakanda mu ni dah lama tak buat karangan.
Ayahanda ku sayang = cikgu Bm Yaya ^_^

Wordless Wednesday #3

Pabila ikan keli meletop!!

 
nampak tak  yang merah-merah tu..
ala-ala mcm ni la gayanya..
curi kat google

Assalamualaikum..
ni la padahnya apabila ikan keli yang sedang digoreng meletop..
bukan ikannya yang meletop taw..
minyak tu yang meletop..
rasa denyut-denyut dia lagi..
sedap wow..

eh nak tanya la, kenapa ikan keli tu meletop ye time masak?
dah selalu dah kene macam ni..

Wordless Wednesday #2

Apa itu Projek 100 Bloggers?

Assalamualaikum dan selamat petang..
Buat apa petang-petang ni?
^_^.. Yaya tengah berehat dari menjahit baju..
Tu sebab boleh update blog masa ni..

ok..
kembali kepada tajuk diatas..
"projek 100 bloggers"..
apa dia ek?
tengah blogwalking dekat blog cinta itu indah tadi..
terjumpa la entri berkaitan projek 100 bloggers ni..
bunyi macam menarik, lalu Yaya pun terjah ke mana arah tuju link tu..haha..ape la Yaya ni..

Ciri-ciri yang dicari :

  1. mempunyai traffik sehari dalam 500 uv. (sekurang-kurangnya)
  2. setiap blog post mendapat 5-10 komen dari pembaca. (sekurang-kurangnya)
  3. bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.
  4. tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  5. blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.
  6. duduk di malaysia dan warga negara malaysia
  7. sanggup memberi komitmen kepada projek 100 blogger .
  8. keuntamaan lebih diberi kepada blogger ber'niche' : kekeluargaan, remaja lelaki mahupun perempuan, teknologi, keusahawanan, makanan.
kalau nak tahu lebih lanjut or u all nak join sama..boleh klik SINI
all the best ^_^

Wordless Wednesday #1

Allah perancang terhebat!!!

 

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu lebih cantik daripadamu,
kerana sesungguhnya kecantikan sebenar dinilai melalui akhlakmu.

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu sudahpun bahagia mempunyai keluarga sendiri,
kerana sesungguhnya Allah telah tentukan bila jodohmu sampai.

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu telah berjaya dipuncak menara gading
sedangkan kamu masih bertatih menuju kesana.

La Tahzan seandainya,
Sahabatmu lebih kaya raya darimu,
sedangkan kamu hanya bersederhana,
tidakkah kamu tahu bahawa kaya itu juga suatu ujian Allah kepadanya.

La Tahzan seandainya,
Kamu hanya menyambung pelajaran di Malaysia,
sedangkan sahabatmu terbang ke luar negara.

La Tahzan seandainya,
Hari ini kamu hanya mempunyai makanan yang sedikit 
dan harus berbagi bersama ahli keluargamu yang lain,
Kerana sesungguhnya dengan berkat sabarmu,
kamu akan peroleh rezeki yang lebih banyak dari pelbagai arah.

La Tahzan seandainya,
Kamu berpakaian lusuh 
sedangkan Sahabatmu memakai pakaian baru.

La Tahzan seandainya
Kamu kelihatan tak cantik kerana memakai pakaian longgar,
Bersyukurlah kerana kamu mampu menjaga auratmu.

La Tahzan seandainya,
Hari ini kamu keseorangan dan kesepian tanpa teman,
Kerana sesungguhnya Allah sentiasa ada menemani hari mu,

La Tahzan seandainya,
Kamu kehilangan orang yang amat kamu sayangi dan cintai,
Kerana sesungguhnya Allah sedang menguji imanmu.

La Tahzan seandainya,
Kamu dihina dan difitnah kerana menegakkan agama Allah,
kerana sesungguhnya Allah akan muliakanmu di sisi -Nya.

La Tahzan seandainya,
Kamu hilang punca,
Pohonlah pada Allah kerana Allah menyukai hambanya yang meminta pada-Nya.

La Tahzan wahai sayang,
Kuatkan imanmu,
teguhkan hatimu,
jangan biar kau jatuh dan terus tersungkur,
kerana kekuatanmulah yang menjadi penentu.


Manja vs Gedik?


Assalamualaikum semua pembaca ^_^ dan stalker..hehe
Alhamdulillah masih lagi bernafas dalam keadaan yang berjerebu..
Kesannya dah nampak dah..bangun je pagi tekak dah sakit sejak semalam lagi..
Kene la minum air bebanyak ni..

Kali ni Yaya nak mintak pendapat semua pembaca mengenai isu perempuan manja dan gedik ni..
Menurut Yaya kalau manja ni memang sifat semula jadi seseorang itu tapi mereka still sorok cuma ada kadang-kadang watak manja mereka ternampak oleh kita.
Tapi kalau kes gedik ni pulak adalah gugurl yang nak curik perhatian orang lain je lagi-lagi lelaki supaya terpikat dekat mereka. Terpikat ke korang wahai lelaki?
dan mereka ni suka meniru gaya gedik kawan-kawan lain..
nampak macam best je kan, jadi ikot jugak la ye..

Eh??..
Para-para lelaki sila jawab ye, korang suka perempuan manja ke gedik?..Jawab jangan tak jawab taw..
Kalau Yaya, jangan la gedik depan aku..memang nak muntah..terus angkat kaki pergi dari situ kalau tidak bertambah dosa mengumpat pulak kan..


Free Chibis by Wani


Assalamualaikum..
Cik Yaya join sini..
hari ni semangat pulak nak join segmen ni..
lepas ni mau serbu segmen yang lain pulak..
tunggu Cik Yaya yer..hehe..
kalau nak join jugak klik je banner yang comel tuh okey :)

Domain cikyaya dot my

   
Assalamualaikum dan selamat petang..
Sekian lama menunggu akhirnya active jugak domain yang Yaya daftar ni..
orang ada domain dia pun nak ada domain..
sebenarnya dah lama dah pasang niat nak ada domain sendiri..
tapi baru je nak buat..
lepas kejadian tempoh hari, dah insaf dah nak kacau pape..
dan sebelum tukat domain yang baru, Yaya dah siap dulu salin bloglist Yaya..
tak la susah nanti kan..
mula-mula pening gak la nak tukar kat DNS dia..
tengok tuto pun tak paham..
last-last baru Yaya teringat dekat asia host tu ada tunjukkan tuto jugak nak tukar domain..
p la rujuk situ..
Alhamdulillah senang nak faham..
thanks to +Aku Penghibur sebab sudi berusaha membantu Yaya walaupun acik pakai netkl..
lain la kan jadinya..
thank a lot ^_^


Alhamdulillah, selesai bertunang.

 

Assalamualaikum..
syukur masih lagi bernafas hari ini walaupun tekak sakit sebab kesan daripada jelebu yang menutupi pemandangan Yaya untuk melihat jalan raya..
tengok la cincin atas tu..
cantik tak korang??
hehe..
hamboi Yaya, diam2 je dah bertunang..
senyap-senyap je la..
nanti bila dah nak nikah baru la habak mai soh datang memeriahkan majlis..
Alhamdulillah bertunang jugak..
mengenakan busana berwarna merah jambu..
memang la ramai kan yang suka bertunang pakai baju warna pink..
Yaya kalau boleh nak warna ungu..huhu..
meh usha gambar-gambar yang sempat ditangkap..



























 
9 June 2013



 
1 June 2013

 

Bukan Yaya yang bertunang..
hehe..
tumpang happy je tok kawan.. ^_^
mereka berdua ni sahabat baik Yaya..
sahabt suka duka, gelak tawa..
riang ria..
semoga mereka bahagia dengan pasangannya ^_^
Yaya bila pulak ye??
huhu..
belum tahu jawapan lagi..
insyaAllah.. suatu hari nanti ^_^


Alhamdulillah selesai jugak.

 

senyum lebar si bunga cantik..
senyum menghibur hati yang lara..
senyum seindah pelangi bersinar..
senyum menghilang gundah yang datang..

hamboi..
tak ape la puisi yang yaya buat ni..
Alhamdulillah masalah link blog Yaya dah ok..
Yaya cube banyak kali tok ubah yang lama,
banyak prob la..
cube lagi dan cube jugak dan akhirnya Alhamdulillah dia ok balik..
Yaya nak ucapkan terima kasih kepada semua blogger yang sudi bantu nak cari jalan penyelesaian..
thanks a lot ^_^
Yaya sangat hargainya :)

first giveaway by ecah khalili

 

ok..
yaya telah ditag oleh 2 org blogger..
Yaya join yer..huhu..

dan

good luck :)

Berkebun.

 
Assalamualaikum dan selamat berhari sabtu semua ^_^..
eh korang buat apa hari ni?
amboi Yaya, nak pergi berkebun pun sempat dia snap ye..hehe..
ambil semangat sat..
pape la Yaya..hehe

 
get set goooooo...

 
pkok bunga ku ^_^

 
si kecil Aina ni pun nak join..

 
hehe..comelnya my babah..
babahku sememangnya comel..
dan akan tetap comel dimata Yaya..
babah tengah mesin rumput nak bersihkan lepas tu nak tanam bunga cicak kat tepi tu..


 
ok..ini kerja Aina dan babah malam tadi..

 
bunga cicak..
tapi ada jugak yang panggil bunga 10 pagi..
sebab pukul macam tu baru diam kembang menunjukkan kecantikannya..huhu

 
tengok ni..
pokok peria dah bercampur dengan rumput..
ni la kerja pagi tadi..
mencabut rumput..

 
nampak tak rumput yang terselit-selit tu..

 
sekarang masa untuk kita memindahkan bunga ni,,
biar dia cantik lagi..

 
lepas siap mesin rumput, babah pun letak tanah nak tanam bunga cicak..

 
my babah kata kepak2 je then tanam..
bunga ni senang je nak tanam..
jadi yaya pun buat jela..
disebabkan dok selangor kan..
yaya pun bagi idea letak bunga kuning n merah je..
baru la semangat anak selangor kan..
hehe..
bunga warna lain dok tempat lain..
tak sabar nak tunggu bunga-bunga ni subur..

keluar jugak peluh kan..
daripada dok terperap dalam rumah je..
cuti ni bersihkan laman rumah..
baru la cantik je mata memandang..
semangat-semangat..hehe ^_^




Why????

  

Ya Allah..
apa yang Yaya rasa sekarang ni..
hati dan perasaan ni bercampur baur..
AaaaHH!!!
Yaya tak suka bila perasaan semacam ni datang menerjah..
oh hati..
hati yang mudah lemah,
kuatlah dikau untuk menempuh ranjau mendatang..

to awak :
kalau awak tengah stalk blog Yaya..
Yaya nak awak tahu Yaya tetap terima awak..
awak akan tetap jadi kawan serta sahabat baik Yaya walaupun luka tu terkadang buat Yaya rasa sakit.
awak janji awak tak nak abaikan Yaya, tapi awak yang hilang.
Yaya tak marah awak, tapi Yaya harap awak bahagia dengan life awak.
Yaya harap awak ingat apa yang Yaya selalu pesan dekat awak..
jangan lupa taw atok..
penat nenek berpesan..
hari-hari pun tak jemu..
tapi atok dah hilang..
dah tak contact nenek..
tak pe la..
hope atok jumpa life atok..
tapi ingat jangan lupa apa yang selalu nenek pesan k ^_^

tapi sebenarnya hati ni rindu..
oopss!!!
bukan rindu dekat orang tua yang Yaya cerita kat atas tu..
rindu dekat kenangan lama..
entah..
rindu kawan2..
rindu segalanya..
rindu awak orang gila..
rindu budak gemok..
rindu gelak tawa
rindu masa kita gaduh2..
rindu bunyi pantai..
bila semua dah bercampur baur..
satu je yang Yaya rasa..
nak nangis..
sememangnya sukar kan nak lupakan apa yang pernah tercipta suatu ketika dulu walaupun tak lama..
Ya Allah..
kuatkah Yaya?
korang semua..
boleh pinjamkan bahu u all..
seperti air mata ini mahu turun laju.. sob sob ~ :'(
malam ni tidur dalam keadaan hiba..
belajar melupakan tak mudah yang kita sangka..
walau dah 3 tahun berlalu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...