Entri Terbaru

Cepat sebelum terlamat

 
Assalamualaikum..
alhamdulillah kenyang dengan hanya berbuka nasi dan ikan masak dua rasa..
tak pernah pualk dengan masak dua rasa..
selalunya tiga rasa..
ni kes sebab dua rasa je letak..lagi satu rasa tak cukup..
muahahaha..
okay la..
wordless today..
hehe..
nak wish awal takut tak sempat nanti ada yang awal pulak stop bwnya kan..
maklumlah nak balik beraya..
dikesempatan ini Yaya nak minta maaf dengan semua pembaca
jikalau ada entri Yaya yang menyinggung hati korang dan juga nak minta maaf
andai Yaya terlepas pandang blog korang..
tapi Yaya cuba juga untuk menjengah-jenguk blog korang walau pun tanpa tinggal jejak..


Ramadhan Give Away


kalau nak join klik link bawah ni okay

Dari 25/7/2013 sampai 31/7/2013. Winner will be announced on 1/8/2013

Bleeding again.


Assalamualaikum semua..
lepas je solat maghrib tak sempat bukak telekung lagi..
laju je keluar..
apa yang keluar??
of course la darah from my nose..
oh no!!!
bleeding again..
again!!!!
actually memang dah lama la tak bleeding ni..
mybe sebab cuaca terlampau panas kan..
kalau dulu selalu sangat hidung ni bleeding..
bukan sebab cuaca panas je, kadang-kadang bersin habuk punya pasal pun boleh bleeding..
sampai Yaya dah lali dengan semua ni..
kadang-kadang tengah tidur pun bleeding..
nasib baik sedar kalau tak bangun je pepagi mesti budak dorm ingat dah pengsan sebab darah banyak keluar dari hidung..
okay..
entri ni ditaip dengan kelajuan 120 km/j...haha..
nantikan contest yang bakal diadakan di blog ni okay tajaan oleh fair & lovely Malaysia..
so u soon ^_^

PANAS PANAS PANAS!!!

Assalamualaikum..
DPagi-pagi buat kecoh dah Yaya ni...mana taknya lama dah tak update..padahal baru je berapa jam..
parah dah ni..
ni ape kes panas panas pepagi ni?
ni haa yang panas..promosi untuk edit blog korang..
tengah panas sekarang dari blogger cilik mojat..
adik ni pandai mengedit..kalau korang nak just iklan promosi bawah ni dan terus terbang ke tempat asalnya..



Contest Blogger Jejaka Jambu

Assalamualaikum..
moning semua..
sini nak habak mai..
minat dok gadget2 ni?
kalau Yaya memang giler kot..
tapi kene tahan nanti membazir pulok..
meh la tengok hadiah yang ditawarkan..

1 x 30,000 mAh Power Bank untuk Entry Paling Kreatif

 
2 unit x Perfume Power Bank 2,600 mAh (referral link tertinggi, setiap minggu)

3 x free design service (header blog / fb cover)



entri nanti Yaya buat okay ^_^

Rumah korang warna apa?


Assalamualaikum semua..petang-petang ni update sat lepas ni nak pergi masak pulak untuk berbuka..
lagi berapa hari je kita nak menjelang raya bukan..
so mesti la rajin orang nak cat rumah ni..
kampung Yaya ni rata-rata warna ungu..kenapa tah..mybe tahun ungu kot..hehe..
dan rumah Yaya pun warna ungu..tak sangka pulak my babah sudi dengar rintihan hati i..hehe..ni yang semakin semangat ni..
rumah korang dah cat belum??
warna apa cadang tahun ni??

Review jamu mustika ratu


Assalamualaikum semua..tak pernah-pernah Yaya nak review mengreview produk-produk yang Yaya guna..tapi kali ni nak share jugak mana tahu ada remaja diluar sana yang mempunyai masalah macam Yaya ni kan..jamu??pemakanan jamu ni biasa untuk wanita dah berkahwin saja kan?
tapi untuk remaja pun ada..jangan risau ianya selamat..jamu ni bukan sahaja dapat memberi kecantikan pada kulit kita tapi juga dapat menstabilkan balik kitaran haid kita..
masalah yang Yaya hadapi ialah kerap datang haid..lama-lama jadi risau dan ianya boleh mendatangkan tekanan pada kita..betul tak??risau la sebab dah mula dok fkir yang aku ni ada penyakit ke??dah nah meninggal ke??sebab arwah makcik Yaya pun pernah macam ni..tup tup ada kanser dalam perut..tu yang takut..disebabkan dah tak nak tanggung risiko sebab tiap bulan dok telan ubat klinik..takut kesan pada masa mendatang..jadi nekad la pergi kedai jamu..akak kedai tu suruh cuba produk dari mustika ratu ni..
Alhamdulillah masalah tu dah hilang..selain kita berdoa pada Allah, kita kene la berusaha kan?dah dua kotak Yaya guna.. dalamnya ada 4 paket, satu paket ada 8 pil, ada yang 4 pil..cara makannya ada ikut hari2nya..belakang paket tu dia ada terangkan..
buat masa sekarang ni Yaya puas hati dengan produk yang Yaya ambil ni..
kalau untuk wanita yang dah berkahwin pun ada macam ni jugak...
so bagi sesiapa yang ada masalah yang sama boleh la pergi ke kedai jamu or mana-mana kedai ubat tok cari jamu ni..Yaya tak jual la pulak tapi kalau agak dah tak jumpa boleh la pm Yaya minta belikan ok ^_^


Perubahan itu perlukan kekuatan.


 

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dapat menyambut hari Nuzul al-Quran..mesti ramai yang bercuti kan?..selamat bercuti ^_^.. yeaay!!!! dapat update entri petang ni..selalunya Yaya menjahit..
ni sebabkan ada pakcik-pakcik p betulkan bumbung uma Yaya sebab tertanggal pakunya kene ribut hari tu..jadinya keletang keletung la bumbung bila kene tiup angin yang kuat..
jadi yaya pun memerapkan la diri dalam bilik ni haa..malu la nak kua..boleh la update entri plus bw sekali..hehe..
semalam ada sahabat baik Yaya yang minta pendapat serta nasihat tok dirinya..Yaya bukannya mahir sangat tapi cukuplah sekadar ilmu yang Yaya ada Yaya kongsiakan kepadanya.. bila nak share pasal perubahan yang terjadi dalam hidup ni, rasa nak mengalirkan air mata bila mengenangkan kisah dulu..saat diri ini jahil..Yaya pernah dah share pasal perubahan ni..baca sini..

Mari lanjutkan cerita..sembang punya sembang..Alhamdulillah sahabat lebih yakin dengan apa yang dia nak lakukan..iaitu PERUBAHAN!!.. cuba baca balik ayat gamba kedua tu.. "aq nk jd cm ko yah..tabah hdpi sume dgaan"..memang..kalau nak cerita pasti air mata ni mengalir..masa ni pun dah bergenang..ooops lap balik..tak elok nangis bulan puasa..no no no..diri ini..jahilnya aku..ye memang bila kita hidup tanpa menitik beratkan suruhan dan perintah Allah, kita akan rasa bebas dan lupa diri..subhanallah..
sebagai insaf khilaf, Yaya sedar setiap kesalahan yang Yaya lakukan walaupun Yaya akan lakukannya berulang kali..itulah dikatakan lalai..padahal Allah sering memberi peringatan..ingatlah tatkala kita diberi pengajaran atau orang panggil hukum dari Allah, sebenarnya itu bukan untuk menjatuhkan kita tapi itu sebagai petunjuk untuk diri kita..jangan bersangka buruk pada Allah sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik..dulu Yaya pernah terfikir kenapa diberi dugaan yang berat macam ni walaupun Yaya tahu semua yang jadi salah Yaya..tapi bila semakin yang meningkat dewasa..semakin Yaya mendekatkan diri pada Allah, baru Yaya sedar yang semua itu adalah petunjuk Allah untuk kita berubah..

Sampai ada suatu ketika Yaya rasa nak lari je dari semua ni.. Ya Allah...apa jadi dengan aku ni???Alhamdulillah saat Yaya jatuh , Yaya dapat bangkit dan dapat cari kekuatan dari Allah walaupun masa tu tak ada siapa yang bantu..Yaya ni lebih suka senyap dan susah nak share dengan family..tapi Yaya face semua dengan tabah..pernah tak korang rasa sedih tiba-tiba bila ingat dosa yang korang pernah lakukan? tak kira kecil atau besar dan dosa yang Yaya lakukan tanpa sedar atau tak tapi terang-terangan dosa ialah bila yaya pakai tak ikut hukum..memang tak dedah aurat tapi seakan balut aurat..nak cakap Yaya ni tak diberi didikan agama, ada,,dulu sekolah agama dari form 1 -3..tapi itulah dikatakan kejutan...Alhamdulillah Yaya tersedar awal sebelum jauh terpesong..Yaya nekad nak berubah bila akhir upper six..tapi baru je dapat kekuatan tu awal tahun 2013..Alhamdulillah..memang mula-mula janggal..Yaya start pakai tudung labuh..start pakai stokin,,dan Alhamdulillah yaya dapat istiqamah..memang nampak Yaya tabah dan seakan selamber je buat tak kisah kata orang bila ramai yang panggil "ustazah"..memang la elok bila orang panggil macam tu tapi bila itu jadi panggilan sindiran, sakit hati ni..tahan je la..sedih...hanya minta kekuatan dari Allah supaya Yaya kuat..Alhamdulillah lama-kelamaan Yaya dah tak kisah orang nak panggil apa..tapi geram gak kadang-kadang bila ada orang lelaki yang tak menghayati tentang pakaian wanita mengikut hukum Islam ni..boleh pulak dia perlekehkan??? sob sob..hari-hari yang Yaya lalui memang mencabar..bila kita dah selesa orang lain pulak yang mata terbeliak..tapi Yaya tak hairan sampai lah sekarang..Alhamdulillah Yaya bahagia dengan cara Yaya..terasa tenang bila kita sentiasa mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah..

memanglah nampak senang je orang pakai labuh-labuh tapi nak istiqamah tu susah..kadang-kadang iman pun tergugat bila kita tengok cantiknya dorang bergaya nak tapi tak cukup sempurna...teringin nak pakai macam dulu tapi Yaya lebih rela orang cakap tak cantik daripada Allah murka..bila nak bergaya Yaya fikir dua tiga kali sebab boleh je nak bergaya walaupun pakai tudung labuh tapi tak kene gaya la pulak kan..lagi satu prinsip Yaya kalau nak bergaya biar untuk suami saja,,so Yaya tak ada suami lagi kan??hehe,.jadi tak payah la nak voke sangat..biar cantik untuk suami je tau..dapat pahala..

satu je Yaya nak pesan..

Kalau dah berubah jangan terfikir nak berpatah balik okay ^_^

Pemenang klik-klik duit raya by www.cikyaya.my

Assalamualaikum dan selamat malam..
baru sempat nak update..
ni pun just nak umumkan pemenang saja..
memang tak tahu nak update apa sebab banyak sangat sampai blank...
last-last ini je la yang Yaya nak update..
hehe..
yang dah join boleh semak link kat sini..
dan pemenangnya adalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tahniah kepada pemenang..
wokey sila pm Yaya disini.. 0176893976..
susah kalau nak pm dekat fb ke email ke..
lately Yaya jarang bukak...
okay la semua..
ni Yaya nak pergi bw semua blog yang Yaya follow sampai lebam...
apa guna kita follow kalau sekerat je yang kita bw kan???
selamat malam semua..
mimpi indah (hamboi awalnya tidur)..
hehe ^_^




Sibuk menyibuk..

Adilah Asari

Assalamualaikum..
hai korang..
ni nak taip entri paling cepat dan pantas sebab jap lagi nak lelap..
besok nak bangun masak sahur lagi..
then nak siapkan lagi 16 pasang baju customer..
16 pasang...fuuuuhh!!!
semoga sempat siap..
ok tengok header atas tu.. 
jom baca latest puisi Yaya dekat situ.. SINI
ok..klik header dan akan terus ke laman karya Yaya..
n maaf tau buat yang datang..Nanti bila Yaya free Yaya akan datang ke rumah korang k..
dan thanks sudi singgah blog picisan Yaya ni..

Peserta Klik-Klik duit Raya by www.cikyaya.my

Assalamualaikum..
dibawah ini adalah senarai nama mereka yang join segmen yaya di sini..
segmen ni masih berjalan..
kalau belum join boleh klik ok :)
thanks kepada yang sudi join ^_^

  1. http://resipidarihati.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya.html
  2. http://scheyrare-worldofsurprises.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  3. http://myzatuliqma.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya.html
  4. http://iqmareffendy99.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya.html
  5. http://diariesgadhissepet.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  6. http://sukasukianiss.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  7. http://fidduniyawalakhirah.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  8. http://fiqansz.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  9. http://cahayasirius.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  10. http://iema90.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  11. http://ikalib.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  12. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  13. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  14. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  15. http://diebadhie.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  16. http://lienliedot.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  17. http://bilamyamenulis.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  18. http://jiesusanos.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  19. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  20. http://tampawan.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  21. http://akutakkesahpun.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  22. http://inasazali.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  23. http://akuainkausiapa.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  24. http://umikasum.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  25. http://puteripiano.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  26. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  27. http://www.maileyjayley.my/2013/07/salam-sejahtera-terima-kasih-kepada.html
  28. http://munirah-serupasama.blogspot.com/2013/07/segmen-klik-klik-duit-raya-by.html
  29. anda mungkin?

Saat Lafaz Terima Nikah, Saat Itu Aku Terima Seadanya


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..semalam langsung tak update entri..maklumlah sibuk sangat..semalam melantak kain je sampai ke tengah malam..hari ni nak relax je, potong pun sikit-sikit sebab nanti nak pergi cc dengan sahabat Yaya untuk setelkan pasal PT..huhu..

Berbalik pada tajuk..kalau nak bicara soal rumah tangga, suami isteri, Yaya bukan lah mahir dan tak ada pengalaman lagi dalam dunia tu..tapi in adalah apa yang Yaya rasa sebagai seorang wanita, memang sebelum akad, macam-macam janji yang terluah oleh lelaki dan wanita..berjanji yang cintanya hanya pada dia sorang, berjanji takkan cari lain..tapi??tatkala masalah datang melanda tatkala itu jugalah janji menjadi dusta..
Yaya berasa simpati dengan nasib Dr. Dayana Lokman dan sebak bila baca puisi yang ditujukan buat suaminya itu :

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan

Ingatlah lelaki tatkala kamu melafazkan akad, tatkala itu kamu sudah bersedia untuk menerima pasanganmu seadanya..menerima kelebihan dan segala kekurangan isterimu..apa yang dia mampu dia akan lakukan..bila ditanya, wanita mana yang tak mahukan zuriat bukan? tapi itu bukan kuasa kita, kita hanya mampu berusaha..saat inilah Allah uji kesetiaan kita..same like makcik Yaya, dah nak dekat 10 tahun tak ada zuriat tapi suami dia still setia pada yang satu..kita boleh berusaha bukan dengan mencari alasan untuk mencari lain..hati wanita mana yang tak sakit walaupun dia rela dalam terpaksa menerima apa yang dah berlaku..ingatlah lelaki, wanita sangat gembira bila dia telah sah menjadi isterimu, maka jagalah dia dengan sebaik-baiknya, hargailah dirinya sebagaimana dia menghargaimu..lihat pengorbanan dia bukan kau hitung kekurangan yang ada pada dirinya..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

cinta itu bukan sekadar lafaz tapi ia dinilai sejauh mana kamu menerima dirinya.

Pagi Jumaat yang sibuk


Assalamualaikum dan selamat petang..
fuuuuuuhhh....lega sikit petang ni..tapi badan 
still letih..mata ni? tak payah tanya la..dah makin 
memberat dia dengan cuaca yang tenang dan nyaman..

Tengok tajuk..
apa yang sibuknya
Yaya hari ni? korang rasa?
Ok..Yaya sibuk uruskan pasal 
kemasukan ke universiti la..maklumlah
first time in my life kata ko..hehe..sebelum ni
masuk form 6 pun sibuk gak nak urus macam-macam..
Mula-mula Yaya pergi rumah tok sidang nak cop pengesahan..
dah keluar pulak tok sidang ni, tadi Yaya tengok ada..macammana Yaya
boleh nampak tok sidang ni pulka ye?ala..rumahnya bertentangan je dengan rumah
Yaya, bukak pintu je dah nampak orang sana cuma dipisahkan oleh jalan raya yang sibuk 
memanjang, bila tengah malam baru sunyi sepi..tak pe la, tinggal je la salinan yang kena di cop tu..
then Yaya terus gerak pergi bank Islam nak buka akaun, akaun yang lama dah tutup..then pergi BSN
beli no pin PT..tak la lama sangat dalam 2 jam je Yaya keluar untuk setelkan semua urusan tu, ada la singgah
kedai buku jap beli alat tulis..hehe..then terus balik..sampai je rumah terus jalan kan mesin jahit.......
haduih...penat tak habis lagi,,siap je jahit baju Yaya terus on lappy nak p usha web PT sat
nak tengok syarat-syaratnya..sebab besok baru nak isi dengan sahabat Yaya dekat 
cyber cafe..nak isi dekat rumah kesina pulak kan..nanti lambat sebab lappy cuma
ada satu je..so jumpa besok la ye..hehe..tapi masa tengah baca tadi pening 
jugak la..kalut sangat Yaya ni..ditambah dengan perangai dia yang
cepat gelabah..memang padan la..terus pergi tanya blogger
+Aku Penghibur mybe sebab dia satu tempat pengajian
dengan Yaya tapi Acik ni senior la kiranya..Yaya
kan budak baru..adik-adik..hehe ^_^
Yaya tanya macam-macam..
benda yang ada pun jadi
tak ada bila dah kalut
sangat..thanks
ye Acik..
hehe..
and
sorry
menyusahkan..
mungkin Acik mesti
perasan yang Yaya ni cepat
gelabah..haha..malu seh >_<
tapi Acik ni tak kisah untuk membantu..
thanks again..okey lah..Yaya nak sambung kerja..
lepas ni nak fikir masak apa untuk berbuka..
sebelum tu nak ucapkan selamat berbuka korang semua ^_^


kad bank Islam yang baru..harimau mengaum la..



comel tak penutup pensil ni??
hehe..

Penyakit Iri Hati


Assalamualaikum semua..syukur masih lagi dapat merasai udara yang nyaman..tapi hati pulak yang sakit..
hati sakit? atau sakit hati?
kali ni Yaya agak sedikit marah dan kecewa dengan sikap segelintir kita..suka sangat iri hati dengan orang lain..tapi penyakit hati ini ada kebaikannya taw..iri hati pun ada kebaikan ke? sapa kata tak ada..
yang baik itu jika kita iri hati dengan kejayaan orang lain dan kita pun bersemangat nak berjaya macam dia..tapi bukan dengan menjatuhkan orang tu dengan pelbagai cara..
lebih-lebih lagi orang zaman sekarang ni suka guna ilmu syaitan ni untuk menjatuhkan orang lain dengan mudah..ingat Allah itu lebih berkuasa..subhanallah semoga kita semua terpelihara..
yang Yaya bertambah kecewa ni bila mak Yaya yang kena..
mula-mula hanya ingat mak sakit-sakit belakang dan selalu la pergi berurut..ingat tak entri Yaya di sini..selalu jugak bawak mak pergi darus shifa'..tapi still sama dan tak ada tindak balas..
lately abah panggil saudara kami yang pandai dalam bab2 ilmu agama ni..suruh tengokkan mak..
dia kata memang ada benda yang ganggu..tapi tak sangka la bila makngah Yaya bagi tahu yang Makjang Yaya cakap ada orang hantar "benda" dekat mak..makjang ni suruh orang yang ubatkan dia tolong..dulu makjang pun pernah kena..dua tiga kali macam tu la..alhamdulillah makjang dan pulih..insyaAllah.
mak dah rasa sakit ni dalam dua tahun akhir ni la tapi dulu still ok just dah kurang menjahit je..bila tahun ni lagi teruk..asyik murung je..makan tak lalu..sebak Yaya tengok..sapa tak sebak kan mak yang lahirkan kita yang jaga kita dari dulu..

orang tu iri hati sebab dulu masa mak sihat ramai tempah baju dekat mak..dia buat mak Yaya sampai mak hilang semangat nak menjahit..kami ni bukannya orang berada pun..hanya orang biasa yang sama-sama mencari rezeki..Yaya mintak korang doakan mak Yaya supaya cepat sembuh..terima kasih ^_^
dan Yaya nak korang doakan jugak semoga orang yang buat mak tu bertaubat..Amin..


Segmen Nak Header & Menu Tab Free!


Yaya nak menu tab free ye syg ^_^

1. Nama panggilan : Cik Yaya
2. Url blog : http://www.cikyaya.my/
3. Berapa menu tab : 4
4. Nama tab : Owner / facebook / Page / Laman karya
5. Warna tulisan : Ungu
6. Design : (aimi pilih)

Mini peplum atau mini gaun?


Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dapat merasa nikmat berpuasa di bulan yang mulia ini..meh tengok tajuk kat atas tu tahu dah kali ni entri mengenai pakaian pulak..tapi baju siapa ye?
Al-kisah kakak ku sayang yang sorang ni teringin anak dia pakai baju peplum..yang Yaya ni pulak pening bila nak fahamkan pola yang tukang jahit yang lagi pro tunjuk tuto..jadinya Yaya tak la janji dengan dia..tapi dalam diam Yaya nak cuba..dalam hati yaya berkata "kalau orang boleh buat, kenapa aku tak boleh?"
Yay ani memang yang tak boleh nak mengalah kalau bab menjahit..lagi-lagi pakaian yang baru dan agak mencabar..jadi Yaya pun guna je la ukuran dan pola sendiri..kununnya dulu selain nak jadi lect bila besar, nak jugak jadi pereka fesyen ni..tapi pereka untuk baju sendiri je la..hehe..
reka punya reka, potong punya potong siap jugak..Alhamdulillah..tapi jadi ke idak tah peplum percubaan pertama ni..korang boleh tak jadi juri?? ni baju peplum atau lain??meh usha gambar bawah ni sampai penat..









macammana?
korang rasa jadi ke tak ye?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...