Entri Terbaru

Marine Essence Beauty Bar

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Syukur dipanjatkan kerana dapat lagi kita bernafas di muka bumi pinjaman ini. Setiap orang mesti mahukan kulit yang sihat, cantik dan lembut bukan? Tipu la kalau ada yang kata tidak. Oleh itu, hari ini Yaya nak kongsikan dengan pembaca semua rahsia untuk mendapat kulit yang diidamkan. 


Dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera
 apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Masih merasa ragu dengan produk ni? Mari kita tengok hasil testimoni pengguna





Dapatkan Marine Essence Beauty Bar anda sekarang!!
Untuk mendapatkan produk ini, pembaca semua boleh menghubungi nombor pengedar yang tertera di bawah. 

Maryam Zulcefli @ 019-3591179
 

Berita gembira untuk pembaca blog Celoteh Cik Yaya

Assalamualaikum semua pembaca blog CCY. Dah lama rasanya tak berceloteh disini kan? Huhu.. Diharap korang semua sudi membaca sampai habis entri kali ni kerana ada berita gembira yang Yaya akan share dengan korang, ini bukan sahaja berita yang gembira sahaja, malah dapat memberikan korang peluang untuk membeli barang dengan baucer sebanyak 15%. Sapa yang senang-senang je nak bagi kita 15% diskaun kan? Berita ini khasnya untuk wanita dan lebih lagi pada mereka yang suka bergaya dengan pelbagai jenis tudung. Korang tak perlu nak beratur panjang atau melalui kesesakan lalu lintas semata-mata untuk mencari dan membeli barang yang korang mahukan, segalanya dihujung jari sahaja. Pernah tak dengan penjualan tudung online yang terbesar? Segala yang dijual sangatlah awesome dan memuaskan. Yaya juga suka cuci mata dekat kedai online tudung ni. Apa lagi kalau bukan tudung2u online. Nak tahu apa yang dijual?

Untuk yang gemar memakai selendang kali ini terdapat selendang yang panjang dan selendang ini antara yang terbaru.

Bagi yang penggemar tudung bawal pula mereka juga boleh membuat pilihan dengan corak bawal terbaru..


Tudung bawal ini adalah tudung bawal v-shape dan senang untuk dibentuk. Nampak menarik bukan? Apa tunggu lagi? Selain itu, bagi yang mahu memulakan bisnes atau memang menjalankan bisnes, korang juga boleh mendapatkan tudung bawal plain yang berkualiti dengan harga yang super duper murah.

Terdapat pelbagai lagi jenis tudung yang terdapat di tudung2u yang semua pembaca blog Yaya boleh dapatkan dengan harga yang murah. Bagi semua yang setia membaca sehingga habis, korang boleh menggunakan baucer yang diberikan oleh pihak tudung2u untuk semua pembaca blog CCY dan korang akan mendapat diskaun sebanyak 15%. Sila guna kod baucer ini untuk mendapatkan diskaun AGG2013 (sah sehingga 30 SEPTEMBER, 2013). Untuk melihat pelbagai lagi jenis tudung yang terdapat di kedai online terbesar ini, klik tudung2u. Selamat membeli ^_^.


Hati ku yang merintih.


Assalamualaikum semua , bersyukur kerana Yaya masih dapat lagi menaip disini walaupun rasanya dah lama membiarkan ruangan luahan hati ini kosong dan terbiar tanpa sebarang kata cinta yang selalu menjadi peneman hati. Sejak blog tak berupdate, pengunjung pun makin kurang, sangat la sedih. Tapi kekurangan pengunjung bukanlah faktor utama yang mengundang kesedihan yang Yaya sedang alami. Entah la, Yaya tak tahu nak terangkan macam mana, blank, KOSONG...hanya itu saja yang Yaya mampu kata. Masalah? pasti semua orang tak lari dari masalah bukan. Yaya pun begitu. Banyak masalah yang mencucuk dinding hati ini perlahan-perlahan sehingga membuatkan Yaya rasa sakit yang amat sangat. Sakit yang hanya Yaya seorang sahaja yang rasa. Masalah dengan kawan-kawan? Sama sekali tak. Masalah lain yang entah dari mana ia bermula dan Yaya berharap akan ada pengakhiran yang bahagia. Ini sama sekali lagi bukan masalah cinta dan yang berkaitan dengannya. Entahlah. Blank + kosong sangat ni.Hanya mahu menangis dan meraung dengan kuatnya. Ya Allah aku sedih dan berduka. Hanya Allah sahaja yang tahu segala apa yang Yaya rasa sekarang ni.

Ya Allah, aku memerlukan kekuatan dari-Mu. Berikanlah ketabahan agar aku mampu mengharungi semua masalah ini dengan kuat dan tanpa lemah. Jangan biarkan aku kecundang ditengah jalan. Berilah berita bahagia disetiap kesedihan yang melingkari hati ini. Biarkan senyuman terus terukir dibibir ini walaupun duka datang bertalu-talu. Aku mahu tetap kuat. Permudahkanlah setiap urusanku Ya Allah. Amin

Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum semua. Bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan Allah. Entri kali ini adalah idea daripada abang Yaya. Dia hanya meminta Yaya memahami dan tahu tentang isi kandungan khutbah terakhir Nabi Junjungan kita dan Yaya mahu berkongsi bersama korang semua agar kita sama-sama dapat manfaatnya. Sila baca dengan teliti serta menghayati apa yang Junjungan besar kita ini sampaikan untuk kita umat terakhirnya.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu.

Ya Allah... menitis air mata tatkala Yaya membaca sambil menyelami apa yang Nabi Muhammad sampaikan.  Pilu hati, hiba, sedih semua ada. Betapa sayangnya baginda kepada kita tapi kita langsung tidak menyayangi diri kita sendiri. Sekarang riba berleluasa, zina merata-rata. Ya Allah...sudah dekatkah dengan hari kiamat-Mu? Mampukah aku? Sudah cukupkah amalan yang aku lakukan? Layakkah aku menghuni syurga-Mu sedangkan aku penuh dengan dosa. Ya Allah...kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku, keluargaku, saudara Islamku dan kau ampunilah aku Ya Allah...berilah kami petunjuk dan hidayah-Mu...tempatkanlah kami di tempat orang-orang yang beriman dan matikanlah kami dalam iman. Amin...

Senarai pemenang awesome.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah baru ada kesempatan untuk mengumumkan pemenang bagi GA yang telah Yaya langsungkan.
seramai 128 telah menyertai GA Yaya yang tak seberapa ini.
Terima kasih sangat ye korang semua dan Yaya nak minta maaf sekali lagi jika senarai peserta ada yang Yaya tak masukkan, mungkin sebab Yaya tak perasan dan ditambah dengan kesibukan Yaya yang baru menyambung pengajian. Maaf sekali lagi.
Mari kita lihat siapa yang bertuah itu.
Semak no u all dekat SINI

untuk tempat Pertama, kedua dan ketiga = button bagde dan sebuah novel




10 peserta bertuah = button badge dan buku ilmu agama











ini semua adalah pemenang yang memerlukan pos hadiah ke rumah mereka.
untuk pemenang topap Yaya akan umumkan selepas penghantaran hadiah selesai..
jangan risau ye semua..
insyaAllahada rezeki korang.

untuk semua pemenang, 
sila mesej nama, alamat, no telefon dan nyatakan korang menang apa dan hantar ke SINI.. tempat lain tak diterima okay. Ianya bagi memudahkan urusan Yaya untuk cek. TQ.



Kisah si budak baru.


Assalamualaikum semua.. Mari panjatkan syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.. Dah lama rasanya Yaya tak update blog kan? Maaf Yaya sibuk dengan MDS dekat uitm ni..maklumlah baru je daftar kan kena lah menjalani sesi orentasi yang amat memenatkan.. okay cerita pasal orentasi kita tangguh dulu..ni nak cerita selepas orentasi.

Dalam bilik Yaya ada 4 orang termasuk Yaya dan bilik Yaya di tingkat yang paling atas sekali blok b.. pergh..memang kurus la Yaya kalau macam ni..baru cadang nak gemukkan badan..kuang kuang kuang.. roomate Yaya semua lain negeri, perak, johor dan kelantan.. Alhamdulillah mereka semua satu kepala dan cos kami pun ada pasangnya..mean 2 dari pengajian bahasa dan 2 lagi Tesl.. memang perancangan Allah itu hebat, Allah memudahkan kami untuk berada di sini. Alhamdulillah. 

MDS kami habis dalam pukul 12 lebih dan petang tu kami bercadang mahu melawat fakulti sambil nak pergi menara sebab nak tengok lokasi pejabat pos sebab nak pos barang nanti senang la kan. Kami pun gerak la dalam pukul 4 lebih. Sebelum nak naik bas tu kena la tanya dulu aka senior kan nak naik bas mana karang sesat la pulak. Nasib baik bas free, yang berbayar pun ada. Terpulang la kita nak yang mana kan ^_^

Naik je bas, terus la menuju ke menara. sampai je..peeerghhhh...banyaknya tangga.. macam naik dekat batu caves tu dah..penat kot..balik kolej naik tangga, pergi sana sini semua tangga lah..memang terbaik.. sampai atas menara tu..wow besarnya keadaan dalam u ni kan. maklumlah Yaya ni dulu dok sekolah je kan, macam batak la sikit. hehe. Pusing-pusinh dekat menara. lepas siap turun la kunun-kununnya nak usha la Akademi Pengajian Bahasa tapi tak jumpa. mana tah kami sesat. Jalan punya jalan mencari busstop sebab bas takkan berhenti kalau kat tepi jalan. Jalan punya jalan rupanya kami pusing balik lalu pintu depan nak masuk uitm nih..memang penat la kan. Tengah jalan terjumpa satu tempat air pancut dan ada macam kolam. apalagi kami bergambar la. Memang cantik tempat tu, siap je tangkap gambar kami teruskan perjalanan yang entah kemana arah tujunya..kira-kira 20 minit berjalan akhirnya nampak jugak bustop. Alhamdulillah.. Tak lama lepas tu bas pun sampai, abang driver tu tersenyum sebab dah dua kali dia ulang - alik tengok kami berjalan..hahahaha..sampai je kolej, kami beli bungkus makanan then balik bilik. Memang best. Pengalaman kan. ^_^ Malam tu memang pengsan semua dah la baru lepas MDS, penat tak habis lagi dah merantau. saksikanlah aksi2 jelajah kami ^_^.












dekat pintu utama..









pendpata? besar tak?







hari-hari la tengok kapal terbang..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...