Entri Terbaru

Pemenang topap awesome.

assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca..
pagi ni Yaya sempatkan juga untuk mengumukan pemenang topap bagi giveaway yang Yaya anjurkan bulan lepas. Maaf sangat-sangat kerana tak dapat mengumumkan dan mencari masa yang sesuai kerana Yaya sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Harap semua faham. daaaaaaaaaaannnn

5 Peserta bertuah






Tahniah kepada siapa yang terpilih...
sila berikan maklumat anda
nama :
no hp : 
dan link blog dan jangan lupa sebut menang topap tau..
contohnya:

Saya NAMA ANDA pemenang topap bertuah dari blog LINK BLOG dan peserta NO.

dan hantar butiran dekat no Yaya ye 016-3348239
pemenang diberi tempoh sehingga 31/10/2013 untuk menuntut topap.

Sekali lagi maaf kerana kelewatan mengumumkan pemenang topap bertuah. Segala kesulitan amat dikesali dan harap korang faham. Thanks a lot.

Semakin hari semakin menghilang.

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bersyukur kerana masih dapat berceloteh disini walaupun hanya beberapa blogger sahaja yang tinggal menyinggah di CCY ni. Pertama sekali Yaya nak minta maaf pada diri sendiri dan semua kerana sudah jarang update entri dan melawat serta membalas kunjungan blogger, maaf maaf dan maaf teramat sangat. Buat masa ini Yaya tersangatlah sibuk dengan tugasan2 yang diberikan oleh pensyarah dan jugak aktiviti yang berkaitan. Ni pun Yaya update guna handphone je. Maaf sekali lagi. Akhir kata jika Yaya mempunyai masa terluang, insyaAllah Yaya akan datang berkunjung ke blog kalian.

Murah hati tinggi budi.

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan kehidupan seharian sebagai penuntut pula di sini. Kali ini Yaya nak kongsi serba sedikit ilmu yang Yaya ada dengan korang semua. Murah hati tinggi budi. Bila berkata tentang ini bagi korang siapa yang dikatakan murah hati? Orang yang selalu memberi bantuan atau orang yang selalu tersenyum? Papetah soalan Yaya ni kan? Orang murah hati ini sering dikaitkan dengan insan yang suka menderma iaitu membantu orang lain yang susah dengan pelbagai bantuan.

Tak perlu tunggu kita untuk menjadi kaya baru kita mahu menghulurkan bantuan. Beri bantuan itu bergantung kepada niat kita untuk membantu dan yang paling penting ianya ikhlas. Bantuan atau kata lainnya sedekah. Sedekah ini pula terbahagi kepada dua iaitu sedekah fizikal dan sedekah yang tak nampak.

Sedekah fizikal ini seperti bantuan dari segi wang ringgit, makanan, pakaian, barangan dapur dan pelbagai lagi bantuan yang kita nampak. Sedekah tak nampak ni pulak seperti pujian, nasihat, ilmu, bantuan tenaga dan seangkatan dengannya. Banyak cara disebut sedekah. Senyum pun sedekah. Hati yang terluka bisa terubat walaupun sedikit dengan senyuman yang kita lemparkan. Korang sedekah apa hari ni?

Pernah tak korang sedekah walaupun duit korang masa tu pun tengah sikit tapi bila korang derma korang rasa duit korang tak pernah kurang? Jangan ragu-ragu bila nak menderma dan jangan risau korang akan jatuh miskin kerana Allah sentiasa menolong hambanya. Kalau hubungan kita dengan Allah tidak dijaga, dunia kita tidak akan teratur dan sering ditimpa masalah tanpa kita sedar. Oleh itu jagalah hubungan kita dengan Allah. Okay la sampai disini sahaja entri kali ini.. Jumpa lagi ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...