Entri Terbaru

Blogger's Birthday Segment

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 30 JANUARI 1993.. <--- jangan lupa eh pos hadiah Vee..hehe ^_^


Kita semua sama saja.

  ----> 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Kali ni gigih nak menaip walaupun kat luar tu bunyi dentuman kilat dan petir yang membuatkan Yaya kecut perut. Kali ni entry Yaya beremosi sedikit... Sebab? Sebab apa nak emosi tetiba ni?

Sebab apa lagi kalau bukan sebab perangai dan sikap segelintir manusia yang tak reti nak menghormati hak orang lain. Marah...marah...marah...Yaya marah walaupun dia tak buat dekat yaya..nasib baiklah tak jadi dekat Yaya..kalau tak bertambah lagi amarah ni rasanya... ASTAGHFIRULLAH... ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini..

Yaya nak cerita ni...apabila mengatakan soal hormat menghormati orang lain, terdapat banyak cara untuk hormat dalam setiap perlakuan kita. Untuk entri kali ni Yaya nak tekankan pasal hormat orang ketika sedang beratur. Beratur? Banyak tempat kan kita selalu kena dan harus beratur. Misalnya masa nak beli makanan, dekat bank, pejabat pos dan banyak lagi.

Ni kisah pagi tadi, Yaya pun ajak la sahabat Yaya, Syuhada untuk teman pergi menara untuk hantar hadiah kepada para pemenang november giveaway dekat pejabat pos. Sampai-sampai je, "Ah, selamat tak panjang". Tapi masa beratur tu sempat gak la barisan yang tadinya pendek memanjang. Sebab kaunter tu ada seorang je pekerja yang bertugas mungkin sebab yang lain tengah rehat kan. Tu yang lambat tu prosesnya. Tengah beratur, tiba-tiba " Eh aku kena beratur jugak ke? Aku pakai uniform ni". Terdengar suara seorang anggota polis yang berumur sedang berkata kepada kenalannya yang kebetulan sedang beratur jugak menunggu giliran di pejabat pos tu. Kenalannya itu merupakan salah seorang pekerja di UiTM ini. Hurm... aku mendengus...dalam hati...eeeeeeee kena jugak la beratur..ingat suka-suka je nak potong barisan? Lepas tu anggota polis tadi berkata pada kawannya "nanti kalau dah sampai giliran kau, bagi tahu aku k..tolong bayarkan untuk aku".. perrgghhh!!!! senangnya..

Maaf andai Yaya terkasar bahasa (walaupun bercakap dalam hati sebenarnya)..
Kisah ini bukan nak memalukan empunya diri tapi nk jadikan pengajaran buat kita.. Biar kita sedar yang pangkat kita bukanlah alasan untuk kita berbuat sesuka hati kita. Kalau kena beratur, beratur lah sekali. Tak rugi ape pun..Yaya tengok anggota polis tu bukanlah sibuk sngat pun..Dia hanya berlegar-legar je berdekatan situ..(malas nak beratur).. Memang la kalau nak tegur rasa tak sopan. Tapi sekurang-kurangnya beri penghormatan pada yang lain juga tak mengira tua atau muda. Kesiankan orang lain penat-penat beratur, dia pulak yang siap awal. Mengambil jalan mudah. Sepatutnya kita fikir jugak perasaan orang lain.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di hadapan Allah adalah orang yang paling bertaqwa.”
 (Al-Hujurat, 49:13)

Yaya nak tekankan disini, pangkat, darjat, keturunan bukanlah segalanya. Bukan sebab itu juga kita boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kita semua sama dimata Allah, cuma yang membezakan kita adalah taqwa dan amalan kita. Jadi, sila menghormati orang lain.

Perkara paling tajam di dunia.



Assalamualaikum semua.. bersyukur kita masih dapat merasai nikmatnya Jumaat. Sudah lama sangat rasanya Yaya tak berceloteh, tak menyampaikan sesuatu kepada semua. Ya Allah...sedih rasa hati. Hope korang sudi lagi singgah di blog picisan Yaya ni. (sob sob).


Apakah tanggapan korang bila baca tajuk entri Yaya? Perkara yang tajam? pedang kot... kan tajam kalau tercucuk tu boleh luka tau. Nak tahu apa yang tajam? Jom baca sampai habis k.. ^_^

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al- Ghozali bertanya
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak : "pedang".
BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. 


QS. Al-Ahzab [33] : 19. "Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".

Lidah...lidah dan lidah..
Selembut kata-kata tapi berubah menjadi bisa...
Sedikit lantunan tapi luka sepanjang masa...


pernah tak korang dengar pepatah "kerana mulut badan binasa"... pepatah ini memberi makna dan pengajaran kepada kita supaya menjaga setiap percakapan kita, apa yang kita lontarkan kerana ianya mampu membinasakan diri kita sendiri. Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Bahasa juga melambangkan sifat atau keperibadian kita sendiri. Jika apa yang dituturkan kita itu adalah perkataan yang baik-baik, maka pandangan orang terhadap kita adalah seperti percakapan kita dan begitu jugalah sebaliknya.

Tajamnya lidah manusia ini adalah melalui kata-kata yang keluar yang mampu melukakan dalam diam. Luka yang tak berdarah tapi sukar diubati dan akan meninggalkan parut yang takkan hilang. Begitulah tajamnya suatu  kata-kata. Antara sedar dan tak, mulut kita ni cepat sahaja bertindak bila melihat sesuatu. Paling cepat bila melihat benda yang tak cantik, yang pelik, yang tak elok...mulalah nak komen, nak mengata dan bergosip. Baik perempuan mahupun lelaki, sama sahaja. Tipulah kalau korang tak pernah jumpa mulut lelaki yang terkadang lebih berbisa daripada perempuan kan? Jadi dalam hal ini kita tak boleh nak menunding jari kepada salah satu jantina sahaja. 

Mulut memang susah kita nak jaga, sebab tu lah lebih baik diam daripada berkata perkara yang tidak baik. Dalam kehidupan, kita tak lari daripada melakukan kesalahan termasuklah juga Yaya. Terkadang kita tak sedar pun yang kata-kata kita telah melukakan hati orang disekeliling kita walaupun kita rasa apa yang kita tuturkan itu tidak berniat pun mahu menyinggung hati dia kan? Jadi andai kita terasa lain macam tu, sebaiknya mintalah maaf awal-awal sebelum berkata. Ada sesetengah orang pula suka sangat berbalas-balas. "Dia boleh pulak kata kat aku, aku pun balas la"... caci balas caci, maki balas maki... kesudahannya tak jadi pape..malah menimbulkan pergaduhan ynag berlarutan. Andai katalah anda yang mengata kita, bersabarlah walaupun duri tu mencucuk-cucuk hati.. sabarlah..jangalah pula kita balas sebab kalau kita balas sama saja kita dengan dia. 

Semoga kita semua dapat menjaga pertuturan kita seharian. La Tahzan.. Tazkirah hati kita, insaf diri kita agar kita mampu menjaga hati mereka melalui tutur kata kita. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...