Entri Terbaru

Antara punca kenapa terdapat sesetengah wanita yang hidup membujang.


Assalamualaikum dan selamat malam. Kali ni Yaya nak kongsi mengenai punca kenapa sesetengah wanita yang hidup membujang. Sebelum itu Yaya nak minta maaf andai entry kali ni ada menyinggung perasaan pembaca kerana ini merupakan isu sensitif kepada wanita. Wanita mana yang tidak mahu berkahwin, mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai zuriat dari darah dagingnya? Setiap wanita mempunyai naluri keibuan yang membuatkan mereka ingin mempunyai zuriat mereka sendiri, tapi terdapat beberpa punca yang buat mereka fobia atau trauma untuk memberi komitmen dalam bercerita tentang hal berumahtangga.
Antara sebab yang Yaya tahu ialah :

~ Mereka takut mempunyai nasib yang sama, mereka takut bila mendengar berita dan cerita orang sekeliling mereka yang baru sahaja berkahwin sudah bercerai, sering bergaduh dan bermacam lagi kes.

~ Mereka mempunyai masa silam, mungkin pernah dikecewakan dengan sangat teruk suatu masa dulu.

~ Masih takut menerima lelaki kerana kes-kes jenayah yang sedang banyak dilakukan seperti rogol dan sebagainya.

~ Mereka tak bersedia memberi komitmen, mungkin meraka tidak pandai dalam bab percintaan.

~ Mungkin ada yang terlalu memilih sehinggakan tiada yang sepadan di mata mereka. (yang ini memang susah lah).


10 comments:

  1. hihi...senyum je baca blog dik yaya nie...
    memang pengalaman pahit kekadangan buat individu takut untuk berkahwin :)

    ReplyDelete
  2. betul juga tu...dan jgn lupa mgkn belum ada jodoh lagi..:)

    ReplyDelete
  3. Memilih utk.mmbujang tu tnda putus asa dgn Allah... Sbb Allah suruh kita usaha... Setiap kekecewaan juga dr Allah...

    ReplyDelete
  4. Aih... ada sbb dan musababnya kan... sngat rlevan sbb tu.. In Shaa Allah..pasti ada jodoh..

    ReplyDelete
  5. apapun, jangan takut.. berserah pada Allah.. tentu ada terbaik untuk kita tanpa kita sedar

    ReplyDelete
  6. Bila bicara bab poligami, ramai yang melentingkan, tapi inilah syariaat Allah yang majoriti mengambil sikap remeh dan menentang Syariat Allah tersebut. Menyebabkan ramai insan yang lemah membujang...

    Ada bbp perkara yang membatalkan keimanan seseorang, berdasarkan firman Allah Subhanahu waTa’ala:
    Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.” Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman. [al-Taubah 9:65-66; Rujuk al-Tibyan Syarh Nawaqidh al-Islam oleh Syaikh Sulaiman Nashir al-Ulwan; Pembatal ke: 6]
    Oleh itu mereka yang terbabit dalam penulisan, bidang drama dan wayang serta orang ramai hendaklah berwaspada daripada menjadikan poligami sebagai bahan ejekan, jenaka, hiburan, olok-olokan dan mainan....

    Allah Subhanahu waTa’ala berfirman:
    Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. Berlakunya yang demikian kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. [Muhammad 47:8-9; Rujuk al-Tibyan Syarh Nawaqidh al-Islam; Pembatal ke: 5]

    Mereka memilih pemikiran-pemikiran Barat yang anti-poligami, lalu menyisihkan pemikiran yang pro-poligami. Mereka berhakim kepada thaghut (apa jua sembahan selain Allah) dan menyisihkan Allah. Padahal Allah Subhanahu waTa’ala telah mengingatkan:
    Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada thaghut itu dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [al-Nisa’ 4:60; Rujuk al-Tibyan Syarh Nawaqidh al-Islam oleh Syaikh Sulaiman Nashir al-Ulwan; Pembatal ke: 4]

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...