Entri Terbaru

Jangan memberi harapan andai tidak bermaksud demikian.


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat bercuti bagi siapa yang bercuti hari ini. Wanita, bila berbicara soal cinta seribu satu rahsiakan ada. Suka duka kecewa bahagia gembira dan sebagainya. 

Wanita, gadis, perempuan ; kenapa Yaya pilih golongan yang sejenis dengan Yaya untuk membuat entry kali ini? Sebab golongan Hawa ni hatinya sangat lah rapuh walaupun zahirnya ada diantara kami yang kelihatan tidak punya perasaan. Pastinya isu kali ni berkait antara golongan Adam dan Hawa. Kenapa? kerana kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Sebelum tu Yaya nak ketegorikan jenis-jenis lelaki pada pandangan Yaya.
  1. Suka ambil berat, peramah dan "gentleman".
  2. Pemalu dan tidak banyak cakap (bercakap bila perlu).
  3. Tidak punya perasaan (jenis selamba/blur).
  4. Berlagak dan sombong tapi baik hati.
Setakat ini je kot jenis-jenis lelaki pada pandangan Yaya. Korang yang lelaki tu jangan la marah Yaya pulak ye.

Baiklah, kali ni Yaya memilih jenis lelaki bernombor 1 iaitu seorang yang suka ambil berat, peramah dan sangat gentleman. Lelaki macam ni dia single ke ada makwe ke perangai tetap macam ni. Tapi perempuan ni bila dah tahu lelaki tu dah ada makwe, dorang ni lebih jaga batas maksudnya dorang tak suka nak berhubung sangat dengan lelaki tu takut la pulak makwe lelaki tu tahu kan.Tapi ada juga jenis lelaki yang dah ada makwe pun dia ngaku single (tahu lah belum ada isteri tu yang boleh letak title single lagi tu).

Bila kes macam ni kesian dekat golongan Hawa ni. Ditipu hidup-hidup depan mata pula tu. Selalunya golongan Hawa ni mudah terpikat atau jatuh hati pada lelaki yang suka mengambil berat (selalu tanya pasal keadaan perempuan tu), yang menunjukkan kasih sayang (pada family ke atau banyak lagi la), yang suka membantu (jenis ringan tulang sebab ada gak lelaki yang jenis malas melayan karenah perempuan bila dorang minta tolong), yang menghormati perempuan dan sewaktu dengannya. Naknya yang pandai berkata-kata. Lagi la senang. 

Tahu tak wahai golongan Adam bahawa Hawa memiliki hati yang rapuh dan tersangat rapuh. Oleh itu jangan cuba memberi harapan walaupun sebenarnya korang tak berniat pun nak anggap dia lebih dari seorang kawan. Karang kami ni di labelkan sebagai "syok sendiri" pulak. Mungkin ada diantara kami yang suka bila ada yang bertanya khabar tapi jangan terlalu kerap dan rapat dengannya sehinggakan dia menyimpan harapan pada korang. Mungkin korang kata "aku tak sangka pun dia suka kat aku" tak pun "aku saja je bosan jadi aku mesej la dia". Bukan macam tu caranya nak hilangkan bosan. Bila korang dah tak bosan korang biarkan Hawa ni macam tu saja?

Hati kami rapuh jadi tolong jangan cuba sentuh. Sentuh ni dengan pelbagai cara. Jadi andai korang anggap dia sebagai seorang kawan sahaja dan tak lebih daripada itu, tolong berkawan hanya sebagai seorang kawan, cara seorang kawan lain bukan? 

Entry ini bukan untuk menggalakkan lagi kita semua untuk bercinta, tapi untuk menyampaikan sesuatu. Pastinya yang terbaik adalah bercinta dengan jalan yang diredhai Allah. Segala yang baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan. Assalamualaikum.

13 comments:

  1. In Shaa Allah... hati itu milik Allah,berikan hanya ntuk Allah,....pinjamnya untk insan yg dsayangi

    ReplyDelete
  2. or in other words lelaki camne sweet talker. but i believe x semua camtu hehe.

    ReplyDelete
  3. bagi akk pulak perempuan senang nangis tapi hati nya lebih tabah dari lelaki...

    ReplyDelete
  4. Jadi kite sebagai hawa jangan mudah rapuh. Biar ibarat jinak-jinak merpati. Nampak mudah didekati, bila dekat terus terbang.. Baru lelaki pun tahu nak menjaga hati yang rapuh.

    ReplyDelete
  5. banyak bende yg menarik dan berguna ada dlm entri ini...terusakan mengarang yaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..insyaAllah akan cuba yang terbaik..

      Delete
  6. Entry yg menarik, teruskn menulis. anda tlh m'dpt seorang follower baru

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...