Entri Terbaru

Kasih Ibu.

Assalamualaikum semua. Jom hayati lirik lagu Ibu ni.

Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Hanya dia satu-satunya ibu , mak, ummi yang Yaya punya dalam hidup ini.
Dia tiada ganti.
Dia insan hebat yang dikurniakan Allah buat Yaya.
Dia insan kuat, dia tabah.
Cukup tabah dalam mengharungi pahit getir kehidupan walau terkadang
kakinya sudah tak larat melangkah, namun demi kasih cintanya, dia teruskan jua.
Dia gagahkan kaki demi cinta suci.
Tanpa dia siapalah Yaya.
Dia amat bermakna dalam hidup Yaya.
Tak dapat digambarkan melalui kata-kata betapa sayang dan cintanya Yaya terhadapnya.
Semoga mak akan sihat, kuat dan ceria seperti dahulu. (kesat air mata) :'(

I MISS YOU MOM.
MISS YOUR SMILE.
MISS EVERYTHING ABOUT YOU.

3 comments:

  1. sedih lagu ni... rindu mak kat kg..

    ReplyDelete
  2. terharu dan tersentuh bacanya.rindu umi di kampung... sob2

    ReplyDelete
  3. alahai sedihnyer yaya..rindu mak akak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...