Entri Terbaru

Keadaan Mak Kini.

Assalamualaikum. Pada yang pernah baca tentang cerita mengenai mak Yaya dulu pasti tahu pokok pangkalnya. Sudah lama rasanya Yaya tak kongsi kisah mengenai mak. Mak masih lagi berubat sampailah sekarang. Sudah banyak tempat pergi, Darus syifa' pun dah berkali-kali tanpa jemu, klinik dan rawatan kampung.

Ada yang cakap mak kene buatan orang, katanya ada dihantar benda ditanam dekat area rumah. Kawasan lebih jelas lagi dihadapan pintu rumah. Sejak sakit dah nak dekat setahun mak tak menjahit dan bawak motor. Ini semua punca kerana dengki sebab ramai upah baju dengan mak dulu dan abang Yaya bukak bengkel kereta, bertambah sakit hatinya.

Memang lah tak boleh nak percaya tapi benda macam ni memang wujud. Abang dulu dah pergi berubat, Alhamdulillah sekarang dah baik tapi tak sangka mak juga sasaran si iri hati. Ya Allah, cukuplah terluka aku melihat keadaan mak yang kurus temulang, muram kekadang dan tak bersemangat. Cuma doa tanpa henti agar mak sembuh dan kuat macam dulu balik. Alhamdulillah selera makan mak makin membaik daripada sebelum ni.

Korang kalau ada cadangan nak berubat kat mana atau tahu tempet2 berubat, contact Yaya k tak pun msj dekat facebook klik kat menu tab atas tu ye. Terima kasih. Doakan kesembuhan mak Yaya ye.

" Pabila iri hati menguasai diri, bisikan syaitan menjadi-jadi, halal haram tak dipeduli"


Posted via Blogaway

4 comments:

  1. bersabar ye yaya..Yakin pd Allah, tiada sesuatu berlaku tanpa keizinanNya..truskan usaha untuk sembuhkan mak yaya..akk akak pun adalah dugaan yg sama.. skrg akk bagi moral support supaya dia kuat semangat untuk hadapi dugaan ni..

    ReplyDelete
  2. semoga mak yaya cepat sembuh... manusia sekarang semakin moden semakin kuno juga... suka sangat berpaksikan atau taksub pada ilmu sihir menyihir dan buat membuat orang ni...

    ReplyDelete
  3. Be strong yaya..akak doakan mak yaya pulih seperti sediakala..insyaAllah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...