Entri Terbaru

Kesilapan Membasuh Rambut Yang Sering Terjadi!

Rambut ibarat mahkota wanita baik bertudung mahupun tidak. Orang kata, ingin miliki rambut yang sihat kita harus rajin membasuh rambut. Namun tahukah semua ini sebenarnya hanyalah sekadar mitos sahaja. Membasuh rambut setiap hari dengan menggunakan syampu boleh menyebabkan rambut kamu semakin rosak dan kering.

Kali ni Yaya nak kongsi maklumat yang Yaya dapat sedikit sebanyak tentang kesalahan ketika mencuci rambut.

      KERAP MEMBASUH RAMBUT 
Untuk mendapatkan rambut yang sihat, tidak bermakna kita harus kerap membasuh rambut. Amalan ini akan membuatkan rambut semakin rapuh dan mudah kering. Oleh itu, basuhlah rambut selang sehari berbanding setiap hari.

      MENGGUNAKAN DUA PRODUK BERBEZA DALAM SATU MASA
Mungkin bagi sesetengah orang amalan ini tidak berapa serius. Namun, tahukah kamu bila kamu mengabungkan dua jenis produk berbeza dalam satu masa bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut akan mula memberi tindak balas yang negatif pada kepala. Langkah yang baik gunalah syampu dan perapi rambut dari satu jenama bukannya berbeza.

      TERLEBIH SYAMPU DAN PERAPI RAMBUT
Terlebih penggunaan syampu dan perapi rambut juga boleh menyebabkan rambut kamu rosak dan tidak sihat. Seperti rumput, jika kerap di semburkan racun lama kelamaan rumput akan mengering dan kekuningan.

      TIDAK MEMAKAI PERAPI RAMBUT
Andai amalan mencuci rambut kamu tepat dan ikut pada waktunya tetapi kamu tidak menggunakan perapi rambut juga tiada gunanya. Fungsi perapi rambut adalah untuk mengekalkan kelembapan tekstur rambut dan merapikan rambut. Jadi, jangan sesekali cuba skip pengunaan perapi rambut.

       MANDI DENGAN AIR PANAS
Sewaktu membilas syampu atau perapi rambut pastikan kamu menggunakan air yang sejuk bukannya panas. Ini kerana, air panas mampu memberi kesan yang tidak sihat pada kulit kepala. Malah ia juga akan menyebabkan rambut kamu layu dan secara tidak langsung rosak dan mengering.

      TERLALU LAMA MEMBASUH RAMBUT
Jika kamu mewarna rambut, elakan daripada membilas rambut terlalu lama. Ini kerana sedikit demi sedikit warna rambut akan luntur dan hilang. Silap haribulan ada juga yang gelarkan rambut kamu ‘lalang kering’.

Info- remaja

7 comments:

  1. Rasanya kita selalu terlebih syampoo ni. Patotlaaa. Hahaaa. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. info berguna nih..bleh amalkan selalu..

    ReplyDelete
  3. hebat..nice share..akak ni mmg cuci rambut hari²..

    ReplyDelete
  4. ok, gambar izzue islam xtahan tuuu hahahaha.

    ReplyDelete
  5. owh,,patut la rambut ni selalu brcabang..selalu kena air suam

    ReplyDelete
  6. Tang perapi tu btul..dpt beza pkai perapi dgn x..tp klu mlas ye dtg perspi tu skip slalu..hiihi

    ReplyDelete
  7. cik akak malas betoi nak guna perapi...keras rambut jadinya..hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...