Entri Terbaru

Lampu Isyarat.

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni Yaya bukan nak cerita pasal lampu isyarat yang warna-warni tu yang ada merah, hijau, kuning. Kali ni nak cerita pasal isyarat lampu dari kereta. Pernah tak korang perasan terutamanya yang memandu, bila tengah memandu tiba-tiba kereta depan dilaluan bertentangan dengan kita bagi lampu. Sekali, dua kali. Double la. Pernah? Korang rasa ada sebab tak dorang buat macam tu? Mesti yang mahir tahu kan. Kalau macam tu selalunya ada PAK POLISI. 

Al-kisahnya, tengah Yaya memandu nak balik dari Sungai Besar, mula-mula ada sebuah kereta warna gold macam tu bagi lampu. Tapi tak sedar lagi tu dia bagi dekat sape. Kejap je lepas tu ada sebuah kereta lain bagi lampu lagi, hai mulalah lain macam kan. Mak kata "kalau macam tu selalunya ada polis". Ku pandang kiri ku pandang kanan, ku cari tak jumpa. Mungkin mata ku sudah kabur kali ya? (endon la pulok). Mak dah sedia dah pakai setbelt. Lepas tu tengah mak sebuk pakaikan Yaya setbelt, tiba-tiba membutang mata ko Yaya tengok bapak polis dok pegang kamera yang kesan had laju tu dekat pondok. 

Hadoi...dia main sorok-sorok lak ye. Nasib baik la Yaya bawak 60 km/j je. Tak teringin pulak hari ni nak bawak laju. Santai2 je. Kecut perut seram sejuk dibuatnya kalau la polis tu perasan aku tak pakai benda alah tu. Hadeh. Tak pasal2 kena. 
============================================================
Beberapa jam kemudian...

Bila abah balik je cepat je Yaya tanya "abah, kalau tembak (kamera) tu dia kesan tak kalau kita tak pakai setbelt?" "tak" Fuuhh.. jawapan abah buat aku rasa cool...hehe...
Pengajarannya pakailah setbelt ye ketika memandu, jangan melanggar undang-undang. Sayangi diri anda. (pesanan penaja).

11 comments:

  1. selalu sangat dah dapat isyarat double tu..

    ReplyDelete
  2. kalau mcm ni dia kesan laju kereta je. selalu menyorok bawah jenjatas atau jambatan jalan raya tu.
    btw, link nak cek alexa rank apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..hehe..http://www.alexa.com/siteinfo

      Delete
  3. Hahaa. Selamat bawak rileks jea ehh. Tempat aten selalu myorok bawah jambatan. Haishh.

    ReplyDelete
  4. wah yaya pandai driving rupanya..bestnyer..

    ReplyDelete
  5. wajiblah tu kalau orang depan bg lampu tinggi :D kalau akk balik kelantan...mmg kerap ada pengguna lain bg signal :D .polis biasa xdalah tp JPJ banyak huhu :D

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum yaya....selalulah pakai seltbelt yer...bahaya tu kalau x pakai...:)

    ReplyDelete
  7. Hihi..ad skali ayut jna tp xperasan..tak tahu kna ke tak kamera...

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat surat saman kena bayar jawablah. :-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...