Entri Terbaru

Let bygones be bygones.



Assalamualaikum semua. Teringat kata-kata seorang sahabat walaupun tak rapat tapi ikatan yang pernah terjalan yang disatukan oleh Allah ini kekal sehingga sekarang. Alhamdulillah. Katanya :
"lets bygones be bygones"
Kata-katanya ini menyuntik lagi semangat buat Yaya. Kesilapan dan kesalahan lalu yang pernah kita lakukan biarlah berlalu dan jadikan ianya sebagai pengajaran buat kita. Pernah dengar tak "pengalaman mematangkan kita". Rugilah orang yang tidak sedar dan tidak mengambil pengalaman lalu sebagai pengajaran yang bermakna. Dari pengalamanlah kita mengorak langkah masa depan agar lebih baik. Betul tak? Lebih banyak kehidupan kita berdasarkan pengalaman.

Contohnya bila exam, bila dapat markah rendah untuk kali ni pasti akan datang kita akan buat yang terbaik. Pasti kita akan semak kenapa dan sebab apa kita tak dapat buat yang terbaik. Sebab study lewat atau kita leka?

Tanpa pengalaman mungkin kita tak ada panduan untuk masa hadapan. Pengalaman juga yang mengajar Yaya. Pengalaman juga yang buat Yaya lebih matang sebegini. Allah beri dugaan, Allah tunjukkan kesalahan kita sebab Allah nak kita berubah. Allah nak kita lebih dekat dengan dia. Bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita jangan pula kita mengeluh dan bersangka buruk dengan apa yang terjadi. Mungkin itu memang salahnya dari kita sendiri juga. Jadi, belajarlah dari pengalaman ^_^. THE END ^_^

5 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...