Entri Terbaru

Suntikan HPV ke-2


Assalamualaikum korang semua. Kali ni nak story mory kisah suntikan pelalian kanser serviks lagi.
Ingat tak entry Yaya pasal Kanser serviks dan merupakan kali pertama Yaya mendapat suntikan yang pertama. Sebulan yang lepas. Kali ni Yaya pergi PK lagi untuk mendapat suntikan ke-2. 
Macam biasalah, datang-datang terus pergi bilik suntikan tu. Kejap je tak rasa pun masa nurse tu suntik.
Tunggu sat kat luar dalam 15 minit baru boleh balik sebab nak tengok takut-takut ada alah. 

Tapi dukacita untuk tahun ni pelajar yang lahir tahun 1993 dah tak free. Tahun ni pelajar yang lahir tahun 1994-1995 je yang free. Nasib Yaya sebab Yaya sempat dan terniat nak pergi suntik, kalau tak kenalah bayar dalam 200 something la juga. Oleh itu, siapa yang ada adik atau anak yang lahir tahun 1994-1995 moh la pergi buat suntikan HPV sebab mencegah lebih baik dari mengubati.

Lepas je suntik, kami bertiga (Yaya, Syifa dan Nani) pun gerak la g jalan-jalan nak isi perut.



BURGER BAKAR ABANG BURN.
Dah nak masuk enam bulan tinggal kat Shah Alam ni,
tak pernah pun nak singgah dan makan dekat sini.
Lalu-lalang je. Hari ni baru singgah. Nak rasa gak kan orang selalu cakap sedap.


Muka budak excited nak makan.


Lepas makan teringin nak minum benda alah ni pulak.
Menapak la sikit demi sikit ke giant.


Manggo menjadi pilihan.


Lepas tu teringin lagi nak makan LEKO-LEKO pulak.
Sedap tau.
Kalau nak rasa keropok terengganu beli je leko-leko ni.
Conform puas hati.


Budak excited nak pergi suntik,
okay sekarang dah mula rasa sengal-sengal + sakit.

3 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...