Entri Terbaru

Tanda-tanda si dia sudah ada yang lain.


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat warga Selangor dan yang sewaktu dengannya. Lepas update entry mengenai jangan beri harapan pada wanita, kali ni Yaya nak kongsi serba sedikit apa yang Yaya tahu bila pasangan kita sudah ada kekasih lain.

Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku. Antaranya mungkin:
  • Si dia sudah tawar hati dengan anda. Mungkin ada perlakuan anda yang mengguris hati dia atau mungkin anda terlalu sibuk dengan urusan lain sampai dia terasa diabaikan.
  • Si dia sudah bosan dengan anda.
  • Si dia mula melihat kelemahan diri anda.
  • Si dia telah berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih bagus dari anda.
  • Anda terlalu mengongkong.
  • Si dia berasa rimas dengan sikap anda.
  • Anda terlalu cemburu buta.
dan banyak lagi sebab yang kita boleh kenal pasti puncanya. Jadi bagaimana kita nak tahu yang si dia sudah ada pengganti lain? Mungkin si dia mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak berterus terang. Mungkin si dia belum bersedia dan menunggu masa yang sesuai untuk memberi tahu anda. Antara tanda-tanda si dia sudah ada yang lain.

  • Kalau dulu dialah yang kerap mesej dan telefon kamu tetapi kini dia sudah jarang-jarang melakukan demikian.
  • Dia sudah jarang bertanya khabar mu.
  • Kalau dulu si dia mesej panjang-panjang kini ayatnya hanya "ok", "hmmm". Bila ditanya si dia berkata "tak ada pape la", "okay je".
  • Si dia suka menimbulkan pergaduhan.
  • Dia memberi bermacam alasan untuk berhubung dengan anda.
  • Dia sudah mula pandai mengkritik tindak tanduk anda walhal dahulu dia tak pernah membantah.
  • Ada saja yang tak kena tentang anda dimata si dia.
  • Si dia semakin menjauh dari anda.
Baiklah ini antara yang Yaya dapat lihat tanda-tanda bila pasangan kita ada orang lain. Semoga apa yang baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan. Maaf andai kata terdapat salah di dalam entry kali ni. Sekian.

9 comments:

  1. selalu jugak buat perangai yg ada tu, tp saya xada yg lain lagi.. setia pada yang satu je.. hee :D

    ReplyDelete
  2. semoga encik hubby sentiasa syg pada akak..hehehehe..tqvm syg yaya..

    ReplyDelete
  3. yaya singgah la blog ni. :D mintak pendapat yaya sekali :) KLIK SINI

    ReplyDelete
  4. Hmmm.sukar nak terima kenyataan bila dia putuskan hbgn yg bertahun lama hanya kerana seorang pompuan yg bru dia kenal.remuk hati ini.

    ReplyDelete
  5. Thanz dear😍😍😍

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...