Entri Terbaru

Tiba-tiba Bad Mood !!!

Assalamualaikum. Pernah tak menghadapi perasaan atau situasi seperti ini? Bad mood tetiba dengan tak semena-mena padahal punca masalah yang tak logik kadang-kadang. Mesti pernah kan? Yaya pun pernah gak macam ni. Tetiba je bad mood tak pasal-pasal.

Tiba-tiba kita tak de mood sebabnya adik buat bising(padahal kita dah biasa dengar adik kita memekak), dengar baby menangis, kawan sapa kita, pen buat hal, laptop hang, kekasih buat update status dekat fb, kekasih keluar dengan kawan-kawan, kawan tak tanya khabar, kawan terlupa nak ajak makan dan bermacam lagi yang tiba-tiba je benda kecik buat kita tak ada mood. Bertambah parah lagi bila kita tunjukkan bad mood kita tu dengan cara hempas barang, marah dan macam-macam sampai kita hilang pertimbangan.

Hati-hati bila kita disituasi ini. Saat ni lah syaitan dok bisik dengan riangnya biar kita ni makin marah dan orang sekeliling pun turut bengang sekali dengan tindakan kita tu. Sebab benda kecik macam ni je kita boleh bergaduh kan? Bila menghadapi situasi ini, kita kena tarik nafas panjang-panjang dan lepas, pergi ke tempat sunyi untuk tenangkan fikiran, kalau boleh jangan jumpa sesiapa yang kita rasa boleh buat kita berplus-plus bad moodnya, cuba fikir kembali kenapa kita bad mood, paling penting mengucap dan ambil wuduk, baca al-quran dan ingat Allah. Part2 macam ni la syaitan dok suka bisik kat hati kita ni.

Sebab apa kita bad mood? Mungkin sebab terlalu penat dengan tugas seharian sebagai ibu, pekerja, pelajar dan banyak lagi. Mungkin tetiba kita cemburu dengan kawan kita? Atau kita cemburu dan geram dengan makwe/pakwe kita bila kita stalk fb dorg, dorg dok chat atau komen dengan member dorg. Mungkin sebab kita stress dengan exam. Banyak sebab kenapa tetiba kita hilang mood tapi yang penting kita kenalah pandai mengawalnya kan?


Posted via Blogaway

5 comments:

  1. Betul tu kak yaya! Saya pun selalu juga bad mood tak memasal lebih-lebih lagi bila balik sekolah. And kalau time tu, janganlah ajak saya bersembang. Penat nak bercakap dah sebab dekat sekolah penat jawab soalan. >.<

    ReplyDelete
  2. sabar je dik...hihi....
    senyum je lah :)

    ReplyDelete
  3. Normal.dh tu.. Pmpuan la kata kn.. Hehe

    ReplyDelete
  4. yup kadang2 kalau bad mood mmg xblh nk kawal..

    ReplyDelete
  5. Betul tu Yaya.. Abak setuju...Bila dalam keadaan glisah syaitan trus mnerus mnghasut kita... sebaiknya kita bwuduk,solat sunat ataupun tidur smntara..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...