Entri Terbaru

Bahana Obses Mahukan Kulit yang Cantik

Gambar pinjam google.

Assalamualaikum semua. Bila berbicara soal kecantikan ia tak lari daripada golongan wanita. Tapi sekarang terdapat sesetengah golongan lelaki yang juga mahukan kulit muka yang cantik. Maknanya yang betul2 jenis jaga kulit muka, pergi spa dll. Tapi disebabkan terlalu mahukan kulit muka yang cantik sehingga menyebabkan sesetengah wanita yang mengalami kerosakan kulit muka mereka. Bukan jadi semakin cantik tetapi semakin rosak. 

Sekarang ni banyak produk kecantikan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kita selalu mahukan yang cepat cantik tapi kita tak selidik dulu tentang sesuatu produk yang kita gunakan. kebanyakkan produk yang ada dipasaran mempunyai bahan kimia yang tinggi yang menyebabkan kesan jangka panjang. Yaya bukan mahir tentang produk2 kecantikan ni, Yaya hanya pakai yang biasa sahaja. Yaya berani pakai safi balqis je. Memang la teringin nak jugak bila tengok kawan2, sepupu mempunyai kulit yang cantik tapi Yaya takut bila dengar ramai yang mengalami kulit muka yang rosak bila menggunakan sesuatu produk. 

Dulu ada la jugak guna produk2 macam ni, tapi sekarang tak pe la. Pakai yang biasa2 je la. Takut nak amik risiko. Tapi sekarang Yaya sedang mengamalkan makan sesuatu yntuk mendapatkan kulit muka yang diidamkan ramai wanita. Nak tahu apa yang Yaya makan? Kita tunggu nanti bila Yaya dah ready nak kongsi dengan korang semua. Yang pastinya apa yang Yaya makan ni adalah tergolong dalam golongan buah. ^_^

Akhir entri kali ni, Yaya nak ingatkan diri sendiri dan kita semua agar berhati-hati ketika membeli sesuatu produk kecantikan. Selidik dulu, ada tak pengguna yang mengalami kesan buruk dari produk itu. 

5 comments:

  1. sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan kita kena siasat dulu..yaya tahniah dah menjadi tunangan orang...akak tengok gambar tu lepas tu tengok kat sidebar..so memang confirm... *_^

    ReplyDelete
  2. Ena just makan vit C je, pastu pencuci muka.. hehehehe.. yg lain, byk kana sayur and buah2an je.. huuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Memang tak berani nak cuba2 sebarang produk. Takut hilang hidung :)
    Datang lawat Yaya & follow back.

    ReplyDelete
  4. saya tak berani sangat nak cuba macam-macam..takut jadi pa2x hihi tengok orag je la.

    ReplyDelete
  5. Betul tu... obses cantik..last2 jadi mangsa kita jugakkan.
    Yg penting check dgn kkm n halal..

    Jom jenguk blog kita
    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...