Entri Terbaru

Jumpa Sekali Sahaja

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Nyaman sungguh cuaca pagi ini kan. Santai je rasanya. Tengok tajuk Yaya kali ni, jumpa sekali. Eh jumpa siapa? Ehem ehem ke? Gewe ke? Mungkin yang kali ni special sikit. Allah pertemukan kita dengan dia sekali sahaja didalam satu suasana yang darurat. Darurat maksud Yaya masa ada masalah. Mungkin selepas itu bertahun, Allah jumpakan balik tapi antara kita ingat atau tidak.

Apa yang Yaya cuba sampaikan ni? Korang dah dapat agak ke belum? Sebenarnya nak cakap pasal, pernah tak korang masa tu dalam masalah, memang dah tiada siapa boleh tolong (semua orang yang kita contact sibuk, jauh dan tak dapat datang) lagi-lagi kalau kenderaan korang buat masalah lepas tu ada insan berhati mulia yang sudi membantu. Tak kira lah lelaki atau wanita. Lepas je setel masalah, dia pun hilang (balik la). Tiba-tiba suatu saat mesti korang akan terkenangkan kebaikan yang dia pernah buat dulu kan? Ada tak rasa teringin nak jumpa lepas tu nak ucap terima kasih lagi. 

Allah jumpakan kita sekali je kadang-kadang. Allah hantar orang tu untuk bantu kita. Bila terkenang macam tu, mesti rasa nak bantu je orang dalam kesusahan. Pernah tak dengar "kalau kita tolong orang lain, suatu masa nanti ada orang yang akan tolong kita balik walaupun orang tu bukan orang yang kita tolong dulu". 

9 comments:

  1. hurrrmm..x penah lg nie...klu dulu ms kat itm, ada laa jumpa mamat nie skali..kunun nak mengorat laa...tp skali tu jelah...pastu x jumpa dah..hahaha...

    ReplyDelete
  2. betul tu. tapi bila kita ada masalah, baru kita nak ingat Allah.

    From,

    Nasz

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  3. yup.. pernah mcm tu.. tapi tak jumpe dh :)

    ReplyDelete
  4. betul tu yaya,..pernah berlaku kat fizi tahun lepas...huhu

    ReplyDelete
  5. Penah jd...mmg sksli tu jela org tu tlg pastu xjmpe dh..tlg mnolong amln mulia kn?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...