Entri Terbaru

Ke Hulu Ke Hilir Sebab Ubat Resdung.

Assalamualaikum.
Tengok tajuk entry tu.
Yaya ni semenjak dua tiga menjak ni kerap sangat ulang alik ke tandas.
Okay perut saya sakit =='
Mula-mula ingat keracunan makanan, jadi masa hari pertama sakit perut tu Yaya pun bedallah ubat sakit perut adik yang secara kebetulan dua tiga hari lepas adik keracunan makanan.
Tapi bila dan tiga hari dok kerap ke tandas, Yaya mula terfikir...
mungkin...jeng jeng jeng...
Yaya pernah cerita sebelum ni yang hidung Yaya kerap keluar darah kan?
itu mungkin dah biasa bagi Yaya, tapi...
bila jerawat yang tak diduga menetap dipipi dan sampai sekarang masih lagi tak mahu menghilangkan diri, Yaya mula hairan ditambah pula dengan bersin yang kerap dan tak henti.
Dalam hati Yaya "mesti resdung aku makin teruk ni"...
dan tindakan harus diambil (hamboi macam guru disiplin pulak dah)
Cadangnya pergi kedai nak beli kiub tok ubat resdung, bancuh jadi air tapi bila sampai kedai pakcik tu kata tak ada. Dia syorkan makan kapsul...dan demi cintaku pada diri ini, Yaya beli la nak cuba.
Alhamdulillah nampak perubahan..
Bersin?
Dah tak ada kedengaran dipagi hari sampai ke malam tapi yang lain pulak datang.
Yaya rasa maybe ramuan herba yang terkandung dalam kapsul tu panas kot tu yang perut Yaya tak tahan tu.
Lepas ni jawabnya kena cuba ubat jenama lain la pulak.
Nak cuba keluaran OK (orang kampung).
Baiklah, korang ada cadangan?

7 comments:

  1. Salam yaya,
    Maafla.saya ada jual shaklee.ada supplmnt tuk resdung..best price bg..
    Bleh try..thnkz

    ReplyDelete
  2. singgah sini lagi malam ni..all the best dlm berblog ye :)

    ReplyDelete
  3. herbs ni kekadang memang ada yg panas... ada org tak tahan...akk tatau nak suggest ubat resdong...

    ReplyDelete
  4. yui tak tau nak sggest ubt apa.. cri yg terbaik ya

    ReplyDelete
  5. singgah baca entry resdung awak.. :)

    ReplyDelete
  6. tak berani pula nak bagi cadangan, takut salah bagi cadangann lak

    ReplyDelete
  7. Ubt resdung xpnh plak tahu...byk jgk efek dr resdung yer.bru tahu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...