Entri Terbaru

Keadaan Mak yang Menggigil.

Assalamualaikum. Selepas 3-4 hari mak dapat tidur malam tanpa gangguan, Alhamdulillah...tapi hari ni keadaan mak jadi macam sebelum ni. Langsung tak bersemangat, muram, sejuk menggigil. Mungkin sebab malam tadi mak tak dapat tidur sebab mak lupa nak makan ubat penenang yang doktor bagi. Bila tak dapat tidur, macam ni lah jadinya.

Yaya biar mak berehat, Yaya pun lipat la kain sambil tengok cerita di televisyen. Tiba-tiba jantung Yaya ni bagai nak jatuh, mana taknya...dah la sunyi tengah syok2 lipat kain tiba2 ada yang peluk. Mak rupanya. Ya Allah...menggigil badan mak bila peluk Yaya. Dalam hati, Ya Allah sedihnya. Bila mak dah tak peluk, mak bangun dok atas sofa, Yaya pun pegi la ambil sweater soh mak pakai.

Ya Allah, sedih tengok mak macam ni. Kami tetap sabar berdoa dan menanti mak kembali sihat seperti dahulu. Yaya mintak jasa baik semua untuk mendoakan mak kesihatan mak Yaya sekali (Pn. Rosminah bt Shuhaimi). Terima kasih. :'(


Posted via Blogaway

6 comments:

  1. SubhanAllah..tabah ye yaya...semoga mak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. semoga mak yaya sembuh ye..sabar ye yaya..

    ReplyDelete
  3. semoga mak yaya cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. Moga mak yaya pulih dan dberi kesihatan yg baik..amin..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...