Entri Terbaru

Manusia Semakin Terdesak


Assalamualaikum. Dunia semakin tak aman. Sebab apa? Ada suara-suara yang masih mengatakan dunia aman. Mungkin dari sesuatu sudut aman, tapi hakikatnya zaman sekarang dunia makin tak tenang. Bukan salah dunia, manusia, penghuni dunia ini yang menjadikan dunia tidak aman.

Apa motif Yaya cakap macam ni? Yaya ni selambe je kan keluarkan statement begini. Mana tak amannya, ekonomi sekarang ni tak tau nak habak macam mana. Pastinya disebabkan kewangan, ekonomi yang tak stabil, ramai yang mengambil keputusan mudah. Korang pernah dapat tak mesej atau pesanan daripada teman korang yang memberi peringatan tentang kes2 atau tektik2 penjenayah sekarang ni yang tamakkan duit. MANUSIA TERDESAK??? Nakkan duit dengan cara mudah tapi dorang tak fikir apa perasaan orang yang mengalami.

Banyak jugak Yaya dapat pesanan supaya berhati-hati bila keluar, memandu atau pun duduk dirumah. Sekarang pelbagai cara orang nak merompak. Alhamdulillah ada juga yang memberi peringatan supaya berhati-hati. Cara penjenayah zaman sekarang, ada yang jenis langgar belakang kereta, ada yang letak sticker dekat cermin belakang, ada yang bukak paip kat luar rumah kita tengah malam, ada yang datang rumah kononnya nak bagi surat BRIM dan pelbagai lagi. SEgala tindak-tanduk kita kena berhati-hati, berwaspada lebih lagi golongan wanita macam kita ni. Dalam handbag tu simpan la apa2 barang sebagai pertahanan diri. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau boleh nak keluar jangan sorang-sorang, berteman.

Entri ini peringatan untuk kita semua supaya berhati-hati.

5 comments:

  1. jenayah membawa padah.. tp tulah.. ramai tak fikir sblm terjemak..

    ps: zam setuju dgn pendapat ttg ekonomi tak stabil boleh menyumbangkan kpd peningkatan jnyh

    ReplyDelete
  2. ngantuk ni..tp singgah sini jenguk tuan blog :) hehe

    ReplyDelete
  3. mcm² cara org skang nak menyamun..haishhh!!

    ReplyDelete
  4. tapi yang pasti orang nak merompak ni memang kreatif. benda yang tak terfikir di akal leh lak diorang buat hmmm

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...