Entri Terbaru

Marah vs Sayang

Assalamualaikum.
Pernah dengar tak korang ayat ni "jangan buat keputusan ketika marah dan jangan menabur janji ketika sedang sayang/bahagia"
Ayat ni tersangat lah Yaya setuju.
Bila marah, jangan jangan dan jangan buat sesuatu keputusan.
Bila marah syaitan suka, macam-macam dihasutnya.
Boleh jadi keputusan yang kita buat itu diluar akal waras.
Nanti sebab satu keputusan je kita menyesal seumur hidup.
Jangan tetiba je kita nak marah, selidik dulu apa yang berlaku dan terjadi kan?
Bila marah, kita perlukan masa dulu untuk bertenang.
Tapi menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Walau apapun kita buat, sejuta kali ulang kata maaf pun, apa yang kita dah lakukan masa kita marah tu memang dah tak boleh ulang.
So...beware when u are angry..Ececeh kelaur ayat omputih dia.

Bila sedang bahagia pulak (ni kes bila dilamun cinta la ni)
Jangan mudah tabur janji, takut nanti kita tak turuti.
Kan dah mungkir janji, lagi-lagi buat pasangan yang hangat bercinta.
Serius, kita tak tahu siapa yang akan menjadi insan terakhir dalam hidup kita sebagai pasangan kita.
Jumpa dengan pelbagai orang, tapi belum tentu dia yang akan menjadi yang HALAL buat kita.
Jadi, fikir dahulu sebelum berkata-kata.


6 comments:

  1. Assalamualaikum dan mat malam Yaya..sokong dgn ayat kat atas tu..

    ReplyDelete
  2. betul tu yaya.. kalau tengah marah atau sayang kita akan bertindak di luar kawalan diri..

    ReplyDelete
  3. sangat2 setuju... org kalau marah boleh bertindak di luar kawal... kawal marah dan warisi salah satu sifat Rasulullah... *salam kenal*

    ReplyDelete
  4. Yup..skrg ayut pon tgh praktik bnda ni..sboleh2x xnk bt kputusan waktu marah sbb nnt akn malu dan ssh sndri....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...