Entri Terbaru

Saat Seorang Wanita sedang Berbahagia, Ada Lelaki Lain yang sedang Berduka


Tetiba teringat pula ayat dalam babak cerita Ariana Rose yang diungkapkan oleh Harith..entah apa nama dia tah yang pasti lelaki ni suka Ariana. Ayat dia berbunyi macam ni, "Saat seorang wanita sedang berbahagia ada lelaki lain yang sedang menangis"..Eh betul ke? macam tu la ayat dia..kalau tak sama tapi makna serupa. 

"saat seorang wanita sedang berbahagia, ada lelaki lain yang sedang berduka"...Mungkin bukan seorang, mungkin dua atau tiga atau lebih (ayat sama je macam entri sebelum ni). Bukan salah wanita atau lelaki nak jadi seperti ini. Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan bukan? Cuma kita kena terima dan redha dengan keputusan yang diterima. Hidup ini tak boleh berputus asa. Kita tak tahu apa akan jadi selepas ini. Cuma kita perlu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Nak dapatkan yang terbaik kita kena jadi yang terbaik dulu bukan? 

Pernah dengar tak ayat ni "Andai hidup ini menjadi punca perpisahan, biarlah maut menjadi penyatuanya"... Macam lain je bunyinya kan? tapi cuba fikirkan yang lain pulak. Mungkin dia nak cakap pasal hidup dia yang asyik berpisah dan dia harap dia akan bersama insan yang dia sayang tu dekat sana nanti.

Hidup ini memang banyak berteka-teki. Rahsia hari esok akan sentiasa menjadi tanda tanya hari ini tapi apa yang kita buat untuk hari ini agar hari esok menjadi hari yang dinanti? 

3 comments:

  1. esok tetap akan menjadi rahsia dan kita tak tahu apa itu percaturan Allah... akak selalu berpegang kepada kata2...when Allah say YES, who are we to say NO...

    ReplyDelete
  2. setiap hari adalah rahsia. Kita semua belum tau apa kan jadi sekejap lagi. Hanya boleh merancang itu ini dan hanya Dia yang menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  3. dan saat seorang lelaki hanya bercanda, hati seorang perempuan kian bertanda :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...