Entri Terbaru

Set Balik Niat Berblog

Assalamualaikum. Sebenarnya entri ni dah lama nak kongsi tapi tak berkesempatan. InsyaAllah hari ni Yaya nak sampaikan apa yang Yaya rasa. Yaya harap apa yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Sebelum memulakan entri, Yaya nak memohon maaf andai isi entri ini ada menyinggung hati pembaca. Segala yang baik datang dari Allah dan buruk adalah kelemahan diri Yaya sendiri dalam menyampaikan entri ini,

Bila berblog, macam-macam yang kita nak. Tapi ingat balik niat mula-mula kita berblog. Sebab apa? Suka? Berdahwah? Nak glamour? dan banyak lagi. Tapi ingat, pastikan niat itu suci murni tapi tak boleh la Yaya nak halang niat orang lain. Terpulang, kita boleh fikir mana yang baik dan yang buruk.

Mungkin ada niat nak berdahwah, atau mahu menunjukkan tauladan yang baik. Jangan cakap macam ni 
" aku blogger, muslimah pulak tu, aku mesti tunjukkan tauladan yang baik untuk pembaca aku"
cuba kita tukar kepada " aku mujahid, mujahidah, khalifah di muka bumi ini, aku mesti tunjukkan tauladan yang baik buat sesama saudara Islamku dan bukan Islam agar mereka dapat melihat indahnya agama Allah ini".

Jangan kejar popular!

Popular ni banyak datangnya, dari surat khabar, majalah dan pelbagai lagi. Mungkin best jadi bila dikenali tapi tak best bila setiap gerak geri menjadi perhatian dan penilaian orang lain.

Top komentar. "Saya nak komen bebanyak sampai aku tersenarai jadi top komentar lagi-lagi dekat blog retis", "Fuuuh, aku kena kejar ni nak komen banyak lagi entri dia ni". 

Tak salah kalau kita tersenarai jadi top komentar atau nak jadi top komentar. Tapi janganlah sampai apa yang kita buat tu semata-mata nak dapatkan sesuatu tapi niat kita?

Update entri setiap hari. Bab update entri ni memang tak ada salah la. Tak kisah berapa banyak nak update entri setiap hari kalau idea tu mencurah-curah, membuak-buak. Isi entri, itu penting. Sampaikan sesuatu. Kalau agak tak ada idea, tepu. STOP!!! jangan terus perah otak keluarkan idea sebab nanti kita yang stress. santai je, pergilah menyinggah baca entri blogger lain. Mana tahu dapat idea, kalau tak dapat jugak, tunggu je la besok. ^_^

Ini sahaja yang Yaya nak kongsikan. Set balik niat kita. InsyaAllah. Kita akan selesa berblog tanpa sebarang masalah dan tekanan.


12 comments:

  1. saya pun nak berblog balik :) first blog saya padam. second blog ini, insyaallah buat entry yang lagi baik. hihi

    ReplyDelete
  2. cik berblog santai je..ikut mud cik akak je dik..hihi..
    kalau cik akak tak de mood nak komen....
    jangan harap..hihi

    ReplyDelete
  3. :)
    nice entry.
    nic sharing!


    Perbaharui niat setiap hari

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.. yaya,

    mselim3 nie... kekadang xder niat pape pun.. bagi mselim3 sekadar memeriahkan dunia blog itu sendiri dan menjalinkan ukhuwah..sesama blogger tak ada niat pape pun..

    mselim3

    pls: kekawan.. utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Jika kita hendak memacing ikan.. campak umpan kita kat lubuk paling byk ikan.. begitu juga berdakwah.. kena cari tempat yg ramai orang... faham kan.. kekadang komen macam nie menempah utk orang kenal kita.. contohnya.. terhasilnya entry nie daripada komen mselim3 kan...ehehe. Tiada siapa yg tahu apa niat kita...

    ReplyDelete
  5. In Shaa Allah.... niat sangat pnting,Abak pun selalu tsasar dri mtlamat sebnar

    ReplyDelete
  6. terima kasih yaya atas nasihat itu...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum terima kasih peringatannya.. muhasabah diri ini

    p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik

    ReplyDelete
  8. Assalam cik Yaya,
    Rasanya macam pis taim sampai sini.
    Salam perkenalan.. >.<

    Teringat satu quotes from blogger Nazihah,
    "Blogging is not about popularity."

    Well said.
    Could not agree more!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...