Entri Terbaru

Sleeping Beauty



Assalamualaikum. Tengok tu bay tu sodap je tidur ye. Lenanya lah. Apa kaitan dengan tajuk entri Yaya kali ni? Sebenarnya bukan nak cerita kisah sleeping beauty tu tapi ia lebih dipanggil sleeping pain. Haa?? Istilah baru Yaya, mohon jangan tiru ye sebab tak betul. 

Kali ni nak cerita kisah Yaya yang suka tidur dalam kereta. No wonder la Yaya ni susah nak ingat jalan kalau pergi mana-mana. Masuk je kereta dalam 2 minit dah lelap. Walaupun nak pergi kenduri sekali pun. Ish3 Yaya ni. 

Yaya tidur bukan saja-saja, sebaaaab...
Yaya akan muntah kalau tak tidur sebab perut mudah masuk angin bila dok dalam kereta yang pasang penyaman udara dalam jangka masa yang lama. Tak kisah la sesedap dan senyaman mana rasanya, tetap tak dapat membantu ku untuk tidak tidur. Dulu masa kecik lagi la, kalau nak muntah tu, terus muntah. Tapi bila dah besar ni, dah pandai tahan dah tapi seksa la sikit sebab perut dan tekak pula rasa tak selesa.

Sampailah sekarang ni. Tapi kalau memandu tak la masuk angin. Pelik pulak rasanya. Korang ada tak yang sama macam Yaya ni?

5 comments:

  1. Ada jugak kadang kadang. Tapi kalau naik dgan org yg bwa slalu nak drift. Ahh pening -,-

    ReplyDelete
  2. biasalah tu. kalau memandu, kita kena fokus pada jalan. kalau tak memandu, kita rasa macam terbuai-buai je. Hehehe. sebab rasa nak muntah. tambahan lalu jalan yang berbelok-belok. memang termuntah terus.

    From,

    Nasz

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
  3. nik pun kalau naik kereta jauh2 tertidur jugak.. mungkin yaya blh cuba mkn gula2 ke masa jalan ..

    ReplyDelete
  4. Akak jarang tidur dalam kereta kecuali tak sihat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...