Entri Terbaru

Kahwin Muda Sebab Gatal


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah dapat lagi bernafas dimuka bumi pinjaman Allah ini. Hari ini Yaya tertarik untuk membuat entri mengenai perkahwinan muda. Akhir-akhir ini dalam dua tiga tahun jugak macam tu lah kita sering mendengar berita tentang perkahwinan di usia muda. Barakallah. 

Terkadang bila niat kita baik, ada yang akan menguji kita. Ujian dari kata-kata, ujian hati. Pernah tak korang terdengar "Ala ni kahwin ni sebab gatal la ni", "Ni ke yang gatal nak kahwin tu?"...kata-kata seperti ini terkadang mengguris hati insan yang hendak berkahwin itu. Jika mereka berkahwin sebab gatal tanpa memikirkan tanggungjawab, maka rumah tangga yang dibina itu akan mempunyai masalah kelak. Kahwin bukan sebab gatal. Sebab mereka sudah rasa ada tanggungjawab, sebab mereka sudah bersedia untuk melaksanakan tugas dan melakukan salah satu daripada tuntutan agama. Jom kita analisis gambar diatas.

#1 TUNTUTAN AGAMA - perkahwinan merupakan tuntutan agama, sunnah Rasulullah.
#2 MENGELAK DARIPADA ZINA - dengannya pernikahan dapat mengelakkan pasangan daripada melakukan zina. Apabila sudah sah bernikah, apa yang dilakukan mendapat pahala. Kan bagus begitu? terhindar daripada melakukan dosa.
#3 MENJADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - Dengan perkahwinan..suami dan si isteri akan merasa tanggungjawab yang lebih. Akan belajar untuk menjadi lebih matang. Perkahwinan mengajar kita menjadi seorang yang bertanggungjawab. Percayalah!
#4 MENIMBULKAN KETENANGAN JIWA - Bila dah berkahwin, nak jumpa pasangan korang mesti korang tak la rasa susah hati kan macam korang tak sah dulu. Bila si dia jauh pun tak la korang risau semacam kan sebab nanti balik kita akan jumpa dia dekat rumah. Ada je depan mata. Tak la dok fikir kemana la si dia pergi? dah makan ke? sihat ke?
#5 FIKIRAN LEBIH MATANG - bila sudah berumah tangga, pemikiran kita pasti akan lebih matang demi perhubungan itu. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara yang kita akan lebih matang. Kalau dulu kita suka buat sesuatu kerja tanpa motif atau suka-suka, kali ini kita akan lebih berfikir tentang diri kita dan maruah pasangan kita.
#6 MEMBAIKI DIRI- dengan adanya pasangan hidup kita, kita saling melengkapi..melengkapi kekurangan yang dia ada dan dia adalah pelengkap kita. Semua manusia tidak sempurna jadi pasangan kita dapat melihat kekurangan kita dan dia akan cuba memperbaiki atau menasihati kita agar kita dapat perbaiki kelemahan yang kita ada.
#7 PLAN JANGKA PANJANG - kali ni kita akan lebih memikirkan masa depan kita. Bila dah ada plan jangka panjang, senang lah sikit..tak de la kita buat kerja tak bertujuan. Maksudnya kita akan lebih fokus akan tujuan kita.
#8 SEKS YANG BERKUALITI - bab ni yaya kurang ilmu untuk bercerita. Sama-sama kita fikirkan ye >_<
#9 REZEKI BERTAMBAH - Dengan niat kita nak membina masjid pun sudah ada mendapat rezeki. Rezeki mempunyai isteri. Pernah tak korang dengar atau mengalami situasi dimana pasangan ni mendapat rezeki sebelum diijabkabulkan. Tengok, Allah tu Maha Pemurah, baru nak bina masjid pun Allah dah mudahkan jalan kita. Rezeki ni datang dari banyak punca, anak pun juga sumber rezeki.
#10 JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA KALAU TAKNAK DIKEBAS ORANG LAIN - kalau rasa dah sedia, dah berkemampuan maka lamarlah sidia menjadi yang halal buatmu, pintalah si dia menjadi imammu. Mampu ni in Shaa Allah ramai lelaki yang mampu cumanya yang buat jadi tak mampu bila persiapan untuk majlis tu memakan wang yang banyak, tinggi, mahal..gadis-gadis, jangan minta sampai si dia tak mampu.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.”

Bukan gatal mereka berkahwin, tapi mereka nak pelihara agama kita yang suci ini daripada di cemari dengan pelbagai perkara terlarang. Bagi yang berkata dan berfikiran sebegini "gatal"..maaf..sila positifkan minda anda kerana ayat ini mampu menyakiti hati insan lain termasuk juga yaya. Memang sakit rasanya bila ada yang berkata begini. 

Sekian, andai tersalah kata , maaf dipinta.

12 comments:

  1. Yah, kalau orang dengar kes akak pulak kan Yah, orang akan cakap, "Dah tak de orang lain lagi ke kau nak kahwin?"

    Sedih tau Yah. Oh ya, ini bukan pasal Adam yang akak cerita itu hari, this is about a totally different man. Once dah officially confirmed nanti akak akan cerita the whole thing, and we will see how shock your reaction is.

    Till then just wait and see, and I really can't wait to tell you all of these.

    p/s: You're my role model in this situation you know. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok akak..really? ni y tak sabar nak dengar ni..role model?? kelas.. nanti ada masa kita share2 lagi ye akak syg... ^_^

      Delete
  2. Nice entry. Akak, kite culik gambar ni ! Heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. culik la..culik untuk kebaikan tak pe ^_^

      Delete
  3. Betul tuuu.. kadang2 sakit telinga dengar org ckp sebab 'gatai' bila nak kahwin awal ni. hurmmmmm jodoh dah mai, nk wat acano lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau jodoh tu dah datang terima je lah sebab kita takut lambat pulak dia menjelma kan?

      Delete
  4. tak semestinya kahwin muda tu gatal ye tak?

    ReplyDelete
  5. Dlu2 ye r . .zmn skrg ble mnx kwen awal dlm kpale msing2 kate sbb buat bnde x elok . .trok btol r suuzon org melayu ni . Heish

    ReplyDelete
  6. X sah org melayu kalau x suuzon . Heish

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...