Entri Terbaru

Menangani Kawan Panas Baran

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih dapat bernafas dimuka bumi pinjaman Allah ini. Macam mana cuaca ditempat korang? Hujan tak? Alhamdulillah semenjak dua menjak ni hujan membasahi bumi yang sebelum ini menanti dan terus berharap hujan kan turun dan akhirnya turun juga berlarutan. Tak silap Yaya kat Shah Alam ni dalam 2-3 hari la hujan pastu henti pastu hujan. Nak dapatkan sesuatu Allah tak bagi terus kadang-kadang. Allah nak kita usaha dan terus usaha meminta macam mana kita semua sedang mendoakan agar pesawat yang hilang tu dijumpai. Dah lama juga kan rasanya kita berdoa agar Allah menurunkan hujan dan baru kini Allah makbulkan. Kenapa? Ada hikmat dan musabab disebalik semua ini. Lepas ni dok sah merungut lagi ye.

Dah lari tajuk rasanya Yaya ni. Petang ni nak story mory pasal kawan yang panas baran. Ada masalah sikit je, cepat je dia melenting, naik angin dan marah. Tak kisah la sama ada pada kita atau pada orang lain. Tapi kalau asyik cepat panas je dekat kita, kita pun angin juga bukan? Baiklah, api tidak boleh lawan dengan api. Kita padamkan dia dengan hujan. Amboi hujan ha amik ko( bia cepat padam).. Hehe.. Bila korang ada kawan macam ni, mula2 sekali cuba tenangkan dia. Sedarkan dia dan minta dia beristighfar. Ingatkan kembali padanya bahawa marah itu kawan syaitan. Cakap dengan nada yang lembut. In shaa Allah marah dia akan berkurang perlahan-lahan. Ingat, handle dengan penuh hikmat. Kata-kata yang lembut mampu menyejukkan hati yang sedang panas.


Posted via Blogaway

4 comments:

  1. akak kalau ada kawan yang panas baran, akak diamkan jer...

    ReplyDelete
  2. boleh hilang kawan ni kalau tak bole kawal sifat baran D:

    ReplyDelete
  3. nice sharing yaya :) kawan yang kuat stalk x leh juga..

    ReplyDelete
  4. setuju dengan komen kak farah. tapi diam kita pun ada batasnya kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...