Entri Terbaru

Belajar Untuk Bersyukur


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni rajin sikit luangkan berceloteh (padahal menaip je). sambil bersantai kita kupas isu "syukur". Macam apakar motivasi profesional je Yaya ni. In Shaa Allah kalau ada rezeki (one day) amin..

Syukur..mudahnya melafazkan kata syukur tapi jangan kita nak mengsyukuri. Eh? macam mana tu? Bersyukur ka kita disetiap hari yang kita lalui? Ujian hari ini? Hujan lebat sampai tak dapat nak keluar, sakit perut dan banyak lagi. Ujian? Setiap hari ada ujian. Kita vs syukur? Terkadang kita leka dan alpa sampai kita mengeluh dengan ujian Allah beri. Ujian itu kan nikmat. Nikmat istimewa bagi yang menerima. 

"Bersyukur dengan ujian"
Ayat ni Yaya dengar dari salah seorang sekolah lama Yaya. Selalu orang akan guna bersabar dalam menghadapi ujian bukan? kali ni kita tukar dia kepada bersyukur. Ada orang bersabar dengan ujian tapi adakah dia bersyukur? tepuk dada tanya hati. Tak perlu Yaya nak nafikan kerana Yaya pun serba kekurangan. Tiap hari pasti ada nikmat dan ujian yang lupa nak disyukuri. Allah..Kita nak semuanya sempurna serba lengkap tapi kita tak sedar ada sebab dan hikmahya Allah jadikan sebegitu. Bila berbadan kecik macam Yaya ni, nak minta yang besar, berisi sikit pun jadi lah..hehe..nampak tak yang Yaya ni tak mensyukuri nikmat yang Allah beri? ada sebab kenapa badan ni kecik sebegini rupa. Alhamdulillah bila sudah sedar, Yaya dah belajar menerima yang penting Allah masih beri Yaya kesihatan yang baik. ^_^

Belajar bersyukur sebelum nikmatnya ditarik.

Perasan dan sedar tak kita bila ada sesuatu yang dulu kita selalu merungut tentangnya ditarik Allah, ketika itu baru kita sedar yang kita memerlukannya kembali. Perasan dan yaya sedar akan itu! Setiap hari menapak Yaya cuba sematkan dalam hati untuk bersyukur. Ucaplah syukur walau kita tak dapat menghayati sebab bila mana sering kita mengucap syukur, hati kita akan sebati dan kita akan dapat hayati erti syukur itu. Akhir kata, semoga kita semua menjadi insan yang sering bersyukur dengan apa yang diberi.



6 comments:

  1. Setuju yaya..syukur,, sabar dan redha...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yg dikurnia sehingga saat ini.. :)

    ReplyDelete
  3. ujian tu tanda Allah sayang kita...patut bersyukur, bukan mengeluh kan

    ReplyDelete
  4. BW sambil sebar kebaikan ^^
    http://iniblogcantik.blogspot.com/2014/04/jus-kordial-sunnah.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...