Entri Terbaru

Maruah Tergadai.


Assalamualaikum dan selamat malam..dah lama rasanya tak menaip entri..last entri just share lagu nasyid je buat korang semua. Malam ni Yaya nak sembang-sembang tentang dunia sekarang ni. Yaya tahu saya bukannya mahir untuk mengulas lebih lanjut apa yang jadi, hanya mampu untuk memberikan sedikit pandangan dari hamba Allah yang kerdil ini. 

Apa yang Yaya perhatikan zaman sekarang ni tak kira lelaki mahupun perempuan semua sama saja tapi bukan la semua, ada beberapa atau sebahagian sahaja yang begini. Yang bagaimana? Ini adalah hasil daripada pembacaan Yaya dari berita-berita yang tersiar tak kita di surat khabar atau di laman sosial tapi selalu berita dari laman sosial lagi cepat bukan? 

Akhir-akhir ni memang banyak kita dengar kes-kes berkaitan remaja. Sejujurnya memang dari dahulu lagi kes remaja ni tak habis-habis. Kes buang anak bagaikan halwa telinga buat kita sahaja. Dah penat dengar. Tapi sekarang ni Yaya tengok menjadi trend pulak kepada pasangan couple tak kita pakwe atau makwenya menceritakan hal "kenikmatan" yang mereka rasai. Zina yang mereka lakukan. Terang-terangan. Yaya pernah terbaca satu kisah tentang dari blog someone tentang seorang remaja perempuan yang membuat status begini "Dapat teruna si dia, fuuh selesa".. macam tu la..yaya pun tak ingat.. naik geli bacanya tapi nak tahu juga ceritanya.

Kalau kita perhati ramai lagi pasangan couple yang berani dan tanpa segan silu memuat naik gambar ketika bercium, berpeluk dan ada yang rasanya tahap melampau sekali gambar tanpa pakaian dan berstatuskan yang tidak elok. Baru-baru ini ada lagi kes iaitu apabila seorang pelajar perempuan yang bangga berkongsi gambar air maninya di laman twitter. Berdasarkan komen dia dengan pakwenya mengalahkan pasangan suami isteri. Malah suami isteri yang dah halal tu pun malu dan tak de keje pulak nak share benda2 yang aib begini. 

Sedih bila kaum sendiri yang melakukannya. Ye memang kita tak lari dari melakukan dosa tapi kita juga berhak untuk menolak sesuatu yang salah. INGAT!!! INI AKHIR ZAMAN..WANITA ADALAH FITNAHNYA..jagalah diri sebaik mungkin wahai kaumku yang aku kasihi dan aku sayangi walaupun aku tak pernah mengenali kalian. kalau kita tak mampu untuk menahan nafsu, berpuasalah kerana dengan berpuasa dapat menahan nafsu kita daripada perkara yang tidak baik. In shaa Allah kita akan merasa nikmatnya saat berbuka nanti.

Semoga kita sama-sama mengingati mereka yang lain. Tegurlah andai mereka melakukan kesalahan. Jangan dibiarkan perkara yang kecil itu kerana ia mampu menjadi besar andai kita tidak bendung.

4 comments:

  1. Dunia Akhir Zaman. Astaghfirullahalazim....

    ReplyDelete
  2. Dunia akhir zaman. Makin teruk dah akhlak remaja sekarang..

    ReplyDelete
  3. Memang betul2 tak faham dengan mereka ni. Macam dah dirasuk dengan sesuatu sampai tak kenal halal haram baik buruk. Kalau boleh apa saja nak ditunjukkannya pada satu dunia. Hanya mampu berdoa agar mereka sedar dan insaf.. Sedih lihat mereka. Moga2 kita dijauhkan daripada perkara2 sebegini sampai bila2...

    ReplyDelete
  4. Cantik penulisan Yaya.. Btl ckp Yaya ni. Kita kena saling memperingat. Tp susah org skrg, tak boleh terima teguran.. Huhu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...